Perlukah Aku Berpisah?

Hai assalamualaikum. Terima kasih kalau confession ni disiarkan. Waktu aku menulis ni aku baru saja dapat tidurkan anak aku yang berusia 4 bulan.

Aku perkenalkan serba sedikit tentang diri aku. Aku syifa berusia 33 tahun dan baru berkahwin setahun lebih. Ada anak sorang berusia 4 bulan.

Suami aku umur 31. Work from home. Aku sekarang tengah mencari kerja untuk aku bekerja semula. Setelah resign pada trimester kedua kehamilan aku. 

Seperti tajuk diatas, aku tak tahu kenapa benda ni bermain dalam fikiran aku. Sama ada aku nak berpisah atau tak. Kalau aku cerita mesti pembaca akan cakap ni masalah remeh.

Mungkin pada sesetengah orang remeh, tapi pada aku makin dipendam makin boleh burn out. Aku rasa aku dah tak nak jadi isteri. Aku nak keluar dari perkahwinan ni. Lagi pun aku tak nak berdosa bila tak jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. 

Meh aku cerita sebab apa. Aku rasa macam kena scam dalam perkahwinan. Suami aku tipikal lelaki melayu yang kena bersuruh untuk buat kerja rumah. Aku penat nak suruh itu ini dan aku tahu laki tak suka disuruh itu ini. 

Tambah dengan aku breastfeeding anak aku, aku rasa penat sangat badan aku sekarang ni. Badan memang dah slim balik ke asal sebelum mengandung, tapi penatnya rasa bila dah beranak dan menyusu badan ni. Sampai aku rasa nak angkat anak aku pun tak larat.

Tapi suami aku, macam tak reti2 nak faham pulak aku penat. Mungkin rasa dia aku hanya duk rumah dan jaga anak serta menyusu badan sahaja.

Masak pun kadang2 sebab aku tak larat. Suami aku memang tak pernah marah and tak kisah kalau aku tak masak, cuma aku lah rasa tak berguna as isteri. 

Tu bab kerja rumah yang asyik nak kena bagitahu buat itu ini. Melainkan basuh pinggan mangkuk, periuk nasi malam2 sebelum tidur dan buang sampah. Yang tu memang tak perlu diberitahu. Dia memang akan clearkan dapur.

Tapi bab common sense kemas rumah, asyik la nak kena ingatkan. Contoh; beli barang pape, letak atas meja. Dah guna barang tak reti nak simpan balik. Haa benda2 cam tu la buat aku rasa nak marah je. 

Tu satu part, part layanan batin aku dah lama tak de mood dan tak bernafsu sejak melahirkan anak. Ni pun antara sebab aku nak keluar dari perkahwinan ni. Aku tak rasa nak having sex dah dan aku rasa tak nak berdosa bila aku tak layan suami aku.

Dia memang tak pernah meminta tapi biasa la ada hint2. Aku cuma cakap aku tak pakai perancang lagi dan aku tak nak anak dah.

Kenapa aku jadi macam ni ye? Adakah aku baru nak adapt kehidupan ada anak atau sebenanrya aku memang dah tawar hati dengan suami aku?

Bab nafkah, kewangan laki aku tak de masalah. Memang minta apa je sedaya upaya dia tunaikan. Tapi fahamlah kita ni as isteri bukan nak suami hanya contribute bab kewangan sahaja, tapi bab kerajinan dan common sense.

Benda tu nampak remeh tapi bila aku pendam aku rasa mcam sakit hati. Aku tak confront lagi dengan suami aku pasal isu ni anda pasal niat aku nak keluar dari perkahwinan. Sebab bila aku tengok muka anak aku, aku fikir, boleh ke kita jadi co parent yang baik. Selfish ke aku?

Aku tak nak lama2 kitorang jadi macam housemate je yang besarkan anak tapi secara emosi suami isteri, dah tak de hati dan perasaan. Faham kan?

Aku harapkan comment dari pembaca untuk isu aku ni. Supaya aku boleh buat keputusan yang rasional dan waras. 

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

18 Comments

  1. Baru setahun sis. Kalau boleh borak laa dengan husband mana tahu nanti dia faham. Kalau tak boleh borak, sis nangis jaa. Lelaki kadang common sense bodo sikit jadi bagitahu laa dia. Mood tengah swing ni jangan fikir. Fikir masa happy masa tengah rileks. Kalau fikir masa penat, semua benda kita rasa nak give up. Chaiyokkkk sis

  2. awal lagi usia perkahwinan da giveup.. anak baru nak kenal mak ayahnya.. nti bila da cerai ada jodoh lain and sis hadap benda yg sama xkan nak cerai lagi? komunikasi sgt penting.. sis tgh penat kot tu fikir yg mengarut sampai nak bercerai.. skrg fasa jaga anak menyusu badan mmg penat tp jgn abaikan hubungan suami isteri.. makan jamu utk dapatkan tenaga, booster susu badan.. sis bole try jamu mutyara, ade juga utk naikkan nafsu bersama suami.. hubungan suami isteri ni penting jgn ambil remeh.. mungkin jika hubungan batin sis n suami terjaga bole selamatkan rumah tangga tu..

  3. pergi kk, mntk nak dapatkan kaunseling or buat ujian dass. bab hubungan batin tu, pon kena check takut mati putik. org perempuan pon ada jgk mcm org lelaki mati pucuk. ko jgn buat main2 benda tu. kalau pesan mak aku, bab kemas umah ni jgn nk perfect sgt, nnt ko sendiri yg penat. buat mana yg mampu. sakit mata tu, mula2 je, nnt lama2 baju 3bakul ko tak lipat pon ko akan raikan dengan beli bakul lagi utk baju2 yg lain. hahahaha chill jeala.

  4. Awakk. Awak baru nak adapt hidup tambah ada anak. Sabar dulu. Kita pernah di fasa awk. Husband pun tak kisah masak ke tak. Husband faham awk. Awk kena tarik nafas lepas. Awk cuma penat ni. Plus duduk rumah sebab tu fikiran bercelaru rasa tak guna. Okay. First kena redho umah tak berkemas. Tahan mata sikit. Jika nak bantuan suami. Awk mintak je dia. Mmg leceh asyik nak kena cakap. Tapi mintak je. Dia mgkin dibesarkan dgn cara berbeza. Cakap amd cakap. Mintak je tlg. Tapi at the same time, cuba perbaiki diri. Sbb baby pun kecik lagi kan bru 6bulan. Kita pun anak dah stahun lbih bru dapat rentak hidup. Baru boleh fokus diri sndri. Hehehe . Awk ckp nak cri kerja kan. Haa cri je. Nnti dh keje insha Allah ok tu. Sabar ya. Banyakkan doa.

  5. Jangan harapkan common sense sgt kak. Cakap je ulang-ulang2 ngn laki akak tu, tapi cakap elok2 la. Jgn marah2.

    Men are wired that way. Dalam otak laki byk mende yg ktorg fikir, tapi x cerita kt wife masing2. Sebab tu mende common sense depan mata pun mcm tak nampak. Hakikatnya nampak, tapi tak register dalam otak, sebab dalam otak kami ni macam2 benda yg kami fikir.

    Akak harapkan laki akak faham fikiran akak, jadi akak pun kena la faham jugak fikiran laki akak. Seboleh mungkin communicate la perasan & fikiran masing, even that mean you have to repeat saying the same things every single day 😊

    • Btul sgt.. sy suruh smp 1 ribu kli pun ulang2 benda yg sma nk kena suruh.. tp kna jaga air muka dia jg as husband.. selagi husband bkn kategori mnganiayai istri, just live with it.. perkahwinan n rumahtangga adalah ibadat yg paling pnjang n besar nilai pahala dlm hidup seorng manusia, tmbh lg brdosa besar minta cerai kalo xda reason kukuh.. sabar je laa.. xkn ada suami yg perfect dlm dunia ni awk akn jumpa.. kita pun x perfect.. segala kekurangan awk tu slow2 awk overcome, cari solusi cari something utk spark blk kasih syg antara awk n husband.. usaha laa, nk dpt mknan pun kna usaha kn.. semua bnda perlukan usaha baru nmpk hasil..

  6. Alhamdulillah, at least suami pandai juga clear dapur dan buang sampah setiap hari. Suami saya, kena disuruh. Sampah kena siap ikat. Dia tolong buang sahaja. Wrapper biskut, jajan, dibiar je atas kaunter. Awal2 saya stress, marah. Sekarang saya sedar, marah pun tak guna. Nampak sampah, saya kuis ke dalam tong. Nampak cawan atas kaunter, saya masukkan dlm sinki. Kalau larat, saya basuh. Takyah fikir2.

    Saya berkerja, dan hari2 masak breakfast dan dinner sejak mula kawin. Anak 5 tahun.

    Sis, keadaan akan lebih baik. InsyaAllah. Sis sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan. Mungkin berpisah nampak seperti jalan pintas tapi ia tak semestinya yang terbaik.

    Jaga diri sis baik2. Dapat kembali badan sebelum mengandung, Alhamdulillah. Atur jadual tugasan kalau perlu. Mungkin kaedah organisasi di rumah boleh diperbaiki, guna kaedah yang suami boleh hadam.

  7. Akhir zaman, ujian semua ni.
    Solat 5 waktu perlu dijaga.
    Al quran jadikan sahabat.
    Sentiasa basahkan bibir dengan zikir.
    Solat sunat tahajjud, solat sunat hajat, solat sunat qabliyah, bakdiyah, dan solat sunat taubat perlu jugak diusahakan.
    Surah al kahfi jangan lupa baca setiap hari untuk jauhi fitnah dunia, fitnah kubur dan fitnah dajjal.
    Dah buat semua paling penting sentiasa bersangka baik pada pasangan, maaf memaafkan sebelum tidur, dan kurangkan sosial media yang relate dengan hiburan dan keduniaan.
    Insyallah, semua ini kalau buat hidup akan aman. Hati akan tenang. Hati ni pun kene suapkan jugak dgn zikir dan membaca al quran.
    Untuk solat ni lepas habis solat jangan lupa minta doa. Jauhi dari menjadi sombong pada Rab yang maha pengasih lagi maha penyayang. Bila solat tak berdoa pun tak elok. Doa byk². Perkahwinan baru setahun, kalau buat ibadah ni di awal perkahwinan insyallah berjaya dunia akhirat.

  8. hahaha sama sebijik mcam aku dulu masa anak baru lahir mcam nie la..Biasa la lepas beranak dgan breastfeeding lagi mostly tenaga kita untuk anak je memang la penat, dah penat mesti la lagi emotional..suami sis pun sebijik mcam sy tapi sekarang dah ok sikit tak payah kena suruh2 sgat dah masak perangai masing2 biasa la tak ada manusia yg betul2 sempurna.. fokus on your healing and your baby enjoy your moment with your baby tak payah stress fikir bukan2 lagi tak payah pisah la kita dah jadi mak2 nie kena lagi bijak & matang ok muahh

  9. saya pun baru setahun lebih berkahwin, belum ada rezeki untuk dikurniakan anak…. suami saya dah cakap sekali pun masih tak buat apa yang saya minta. 3/4 kali baru dia buat…. tu pun lepas saya dah bebel. Sebelum nak bercerai, fikirkan anak dulu kesian anak nanti. Apa-apa pun bersabar yaa.. dan doakan saya dikurniakan rezeki zuriat aamiin

  10. klu suami xde masalah bab kewangan blh cafi helper klu penat sgt. mgkin boleh hantar anak ke pengasuh, klu mls masak oder je grab food. baju hantar dobi yg blh siap2 lipat dan gosokan. Sesekali buat lah mcm tu.

  11. Makan suplemen yg bagus utk dpt tenaga n sihat. Yg bancuh dan boleh replace/additional to meal lagi bagus.

    Berkawan dengan perempuan sebab suami tak dapat replace kawan2 perempuan kita. Hidup akan sepi tanpa kawan2 perempuan. Lelaki cara sembang n beraktivitinya lain.

    Luah perasaan n minta nasihat pd wanita (kwn/saudara/ibu) yg kita percaya n tk mulut tempayan. Jgn pendam sorang2.

    Beli lauk, suami masak nasi guna cooker. Kudapan. Roti. Frozen food yg mampu. Buah. Salad/ timun/karot. Stock up dlm peti ais. Tk wajib makan sedap hari2. Asalkan sihat n kenyang pun dah alhamdulillah . Suami take over beli n sedia mkanan, kemas dapur mlm2, buang smpah, cuci bilik air/tandas seminggu sekali dan sidai kain. Puan buat yg lain. Kata kat dia…kalau dia tolong kerja rumah, puan ada masa luang n tak letih untuk layan dia. Puan juga tidak akan rasa di scam sebab rasa pembahagiaan tugas tk adil.

    Minda lelaki tk sama dgn wanita. Lelaki anggap sex tu seperti main meal yg wajib untuk hidup. Wanita anggap sex tu seperti side dish saja. Tk ambik pun tk pa. Hehe. Jadi isteri boleh guna sex for her advantages. Jadi isteri kena pandai2 la kan.

    Solat, doa, tawakkal. Moga Allah permudahkn urusan. Aamiin.

    Jangan berpisah lagi ya.. kalau tiada problem serius lain dari yg puan cerita ni. Masih fasa penyesuaian hidup kearah hidup yg lebih mencabar.

  12. Hi sis.

    Hugs to you. Saya penah melalui fasa yg sama sebijik mcm sis. Apa yg sis lalui skrg ni ialah post partum. Sbb kita new mom, baru nak adapt to new situation, ada baby kecik. Disebabkan keletihan nak adapt with new baby, rutin baru, baby need attention etc semua tu buatkan kita hilang rasa utk semua benda. Especially, having sex with our partner.

    I’ve been there done that. Sis boleh slow talk dgn suami sis. Sama sama jaga baby. Actually bukan sis tak suka paksa paksa, tapi lelaki mmg kita kena sentiasa cakap direct dgn dia. Bagitahu dia apa sis nak. Your husband pun baru nak adapt jadi new parents too. Kuncinya sabar, communicate & kerjasama.

    Inshaa Allah once baby dah besar sikit, you’ll slowly getting yourself again. Percayalah. The mood for sex & everything semua akan slowly you dapat balik. I might sounds disgusting, tapi sex n masa bersuami you adalah penawar. Slow2 cari balik mood for sex tu likes, beli baju tidur baru, makan n sembang selalu. Build the “sparks” again. As time goes by, you sendiri akan pandai bahagikan masa utk diri you, baby you & “masa” with your husband.

    Jgn fikir utk berpisah. Itu semua hasutan syaitan. You get this sis. Fighting!!!

  13. Awak beruntung, suami awak tolong awak juga kemas dapur. Bagi nafkah , jaga kewangan keluarga. Suami, awak kena minta tolong selalu sahaja. awak tak tahu ramai isteri di luar sana yg perlu buat semua kerja rumah walaupun mereka isteri bekerja. Ada isteri yg tidak diberi nafkah langsung , perlu guna duit sendiri untuk belanja rumah tangga. Itupun ada isteri yang masih bertahan. Awak tidak didera fizikal , mental. Bersyukurlah. Ada isteri yang lebih teruk, semua urus sendiri A – Z. Anak anugerah Allah. Jagalah anak itu sbg saham akhirat. Bayi nacam tu lah. Dah nama pun bayi kan. Kita pun bayi juga dulu entah apa ragam , kita pun tak tahu. Jadilah isteri yang tahu bersyukur , sedar diri. Bertanggungjawab. Jangan nak kesempurnaan sahaja. Itu hanya ada di syurga. Isteri di Gaza kebih derita daripada awak . Sedar diri sbg orang Islam. Ingat ada isteri yg lebih menderita, awak jauh lebih baik. Semua isteri kena buat kerja rumah lah. Mereka pun letih , juga la. Di syurga, baru tak letih. Bersyukurlah awak. Allah kan ada. Berzikir lah. Jangan asyik komplen shj. Tinggal di Gaza baru awak nak sedar , mungkin.

  14. suami sis ada buat buat juga tu, clearkan dapur sebelum tidur.. atleast bukan takbuat langsung. cuma kena di asah lagi. tulis ke letak dekat peti ais “abang, ni list, tolong ya, saya tak larat” maybe? communicate with each other, sis. kalau perlu menangis merengek macam anak kecik, buat je biar sis rasa keluar semua yang dipendam..
    kalau sis pilih cerai sekarang atas sebab ni je, what happened kalau nanti dah single sis rasa sunyi? nak kawin balik? your husband gonna wait for you atau you confident that someone else can be better than your husband? tanya diri, sis. yang mana boleh dibetulkan dan bincang, bincang la sis, jangan pendam sorang..
    lelaki kalau takcakap, dia zero knowledge bab emosi hahaha saya dulu almost every year menangis masa birthday sebab suami saya lupa birthday saya. sekarang, birthday saya, saya ingatkan dia that month and bagitahu saya nak surprise, and he did it. tapi geram la sebab kena bagitahu macam kita hegeh2 tapi nak tunggu je.. hmm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *