Assalamualaikum warga net dan terima kasih pada admin andai coretan hati saya disiarkan. Sebelum itu, maaf saya tak pandai karang ayat.
Okaylah, seperti biasa ruangan iiumc ni adalah ruangan luahan hati untuk orang seperti saya yang terpendam seribu kata dihati. Nak luah dekat suami takut kita yang nampak jahat, Nak luah pada family sendiri takut terbuka aib keluarga belah suami. Jadi, sonyapp jo lahh.
Okay dipendekkan cerita saya tiada isu mertua membenci saya, ipar duai benci saya. Malah saya diberi rezeki dan nikmat dapat keluarga mertua dan ipar2 yang tersangat lah baik, alhamdulillah.
Cuma…
Ini adalah bebenang kenapa saya bersikap seperti ini.
1. Saya sudah berkahwin selama 4 tahun. Tahun pertama, ke-2, dan ke-3 saya dan suami duduk rumah sewa. Masuk tahun ke-4 company suami ada masalah jadi kami berbincang untuk cari rumah sewa yang lebih murah.
Dan perbincangan kami sampai dekat mertua. Sebab suami sendiri yang sampaikan.. sudah berapa kali saya bersuara, masalah kewangan kita, jangan sampai keluarga tahu. Saya boleh susah senang sama2 dia. Cuma suami saya tak pernah hidup susah.
2. Jadi ayah mertua saya carikan rumah sewa untuk kami dan ayah serta mak mertua saya duduk sekali (mertua saya dah ada rumah sendiri, mereka hanya berniat untuk membantu kami) maknanya rumah sewa yang baru ni akan dibayar separuh suami, separuh ayah mertua.
Okay disitu saya bersyukur sebab keluarga mertua saya sanggup cari rumah sewa dan duduk sekali dengan kami, untuk mengurangkan kesempitan kewangan kami.
3. Bulan yang ketiga duduk sekali, oh sebelum tu saya adalah surirumah, mak mertua saya pun surirumah. Jadi banyak benda rahsia rumahtangga kami mak ayah nampak. Saya suka mengemas. Saya seorang yang perfectionist (semua benda kena teratur, kemas, bersih) dapur sentiasa kena bersih selepas masak. Peti ais kena sentiasa tersusun.
Berbeza pulak dengan keluarga mertua saya. Mereka semua jenis asal boleh. Sinki kadang penuhkan dengan pinggan mangkuk kotor. Toilet berlendir, dapur selepas masak, percikan minyak biar dimerata2 tempat, dalam peti ais main campak2 sahaja makanan, betullah orang kata. “Biar jauh asal wangi, jangan dekat tapi busuk”.
4. Sebelum tidur saya akan pastikan dapur bersih, ruang tamu bersih, dalam toilet takde rambut bersepah2 atas lantai, bilik2 dibersihkan. Mainan anak disimpan rapi, sapu rumah pastikan sisa2 makanan yang anak makan tak bersepah dikarpet. Ini memang rutin saya semasa saya duduk rumah sewa lama.
5. Jadi sekarang keadaan rumah sewa tidak seperti dahulu. Saya jadi lagi penat mengemas rumah bila sorang pun dalam keluarga mertua tak tolong saya untuk kemas. 100% letak dibahu saya. Adik beradik suami pun jenis yang suka sepah2 kan rumah. Suami ada anak2 sedara ramai. Jadi bila diaorang datang 3 kali ganda rumah bersepah (mereka kerap datang kerumah).
Anak2 sedara suami jenis panjat kerusi, sepahkan mainan, tv kalau boleh nak pegang2 skrin sampai terbalik2 tv, makan sampah buang merata2, tumpah2kan makanan, sepahkan bilik tido, main air dalam toilet, mak dia biarkan je. Katanya budak2 lagi. Tak dinafikan mereka kurang bab ini, tapi hati mereka semua baik dengan saya.
6. Cuma perlukah saya bersikap seperti ini? Dahulu saya jenis yang cukup gembira bila keluarga mertua nak datang rumah sewa lama kami. Kalau balik ke rumah mertua, saya lah orang yang paling gembira.
Tapi sekarang hujung minggu saya tak nak balik rumah mertua saya, saya dah tak segembira dahulu bila ipar duai nak datang kerumah. Saya jadi pendiam, saya jadi berganda2 penat. Kalau diaorang datang saya akan layan seperti biasa, tapi bila anak2 sedara suami semakin hyper saya lari masuk kebilik.
7. Itu bukanlah punca sangat kenapa saya bersikap sedemikian.. saya banyak makan hati bila mak mertua saya suka banding2kan cara saya dan anak2 nya (selalunya bandingkan cara saya didik anak tak sama macam anak dia didik anak), apa yang saya buat kadang tak kena dihati mertua, saya tidak sehebat anak2 dia, mak mertua saya cakap saya ni cerewet sebab suka kekemasan.
Jadi saya kurangkan jadi seorang yang pengemas. Saya kurangkan jadi pembersih. Saya biarkan rumah bersepah bila anak2 sedara suami datang, pinggan2 mangkuk saya biarkan, tapi mak mertua saya pulak yang bersihkan rumah sambil mengomel2, jadi saya take over kerja tu, end up saya pulak yang penat sebab mak mertua tinggalkan saya sorang2..
Saya ikhlas cuma keikhlasan saya jadi ragu2 dek penangan hasutan syaitan sebab sepanjang saya mengemas adik beradik yang lain sakan bergelak tawa depan tv.
Entahlah labu….. adik beradik suami saya tak pernah diajar ke dapur dan cara mengemas rumah. Baik lelaki baik perempuan.nasib selepas berkahwin suami banyak membantu.
Dulu selalu juga saya mengadu dengan suami, tapi suami suruh bersabar untuk seketika sahaja. Bila saya banyak nak luahkan suami makin tak suka dan pernah termarah saya (tapi lepas tu suami minta maaf).
Jadi start dari situ saya yang ubahkan diri saya untuk pendam dan layankan saja. Sebab layanan mereka pada saya sebagai menantu tersangatlah baik.
Ini sahaja luahan hati saya, kepada keluarga mertua saya, saya minta maaf sangat2, saya okay je cuma kadang2 saya terlampau penat dan tiada siapa yang memahami.
Jadi saya ambik pendekatan untuk meluahkan segala isi hati disini, sekurang2nya saya terluah. Saya taknak pendam2 yang akan memakan diri. Sebab saya tahu banyak juga kekurangan pada diri sendiri.
Itu sahaja, yang baik datang dari Allah, yang lemah datang dari saya sendiri. Semoga kita semua dikurniakan keluarga sakinah mawaddah. InshaaAllah. Assalamualaikum.
– Hati celaru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit