Assalamualaikum.. Saya perkenalkan diri saya sebagai Nia. Berumur awal 30an dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Anak yang pertama dan kedua dari perkahwinan yang pertama dan 2 lagi perkahwinan yang ketiga.
Yer, saya bertemu jodoh sebanyak 3 kali. Yang kedua tiada zuriat kerana saya merancang sekejap. Alhamdulillah tiada komitmen dengan yang kedua. Baiklah izinkan saya bercerita dari awal lagi supaya mudah difahami.
Diawal usia muda dizaman sekolah rendah saya selalu dipinggirkan. Mungkin kerana saya tak sepandai dari adik yang nombor dua.
Masih saya ingat lagi saya pernah minta almari baju dengan ibu saya tapi permintaan saya ditolak dengan alasan bilik saya sempit.
Tapi selang beberapa hari ada almari yang sampai, kata ibu saya itu untuk adik saya yang nombor dua. Padahal saiz bilik kami sama.
So korang boleh bayangkan? Adakah aku yang terlalu sensitif atau ada pilih kasih antara kami?
Sehinggalah hari hari berikutnya aku sebagai anak sulung sentiasa mengalah dan berkecil hati walaupun kadang2 aku bertegas juga.
Sehinggalah lepas sekolah adik2 memiliki kereta atas nama sendiri hadiah dari ayah kami tapi saya hanya dapat kereta buruk itu pun kereta atas nama ayah sebelum ini yang tak digunakan.
Faham2 la kereta burukkan kereta orang dah tak nak pakai mudah rosak. Bila rosak saya disalahkan dan sejak hari tu saya meniaga Alhamdulillah dapat beli kereta baru sendiri dengan menggunakan nama saya sendiri.
Tapi saya tak berkecil hati pun dengan ibubapa saya, bagi saya mungkin itu balasan saya yang nakal dizaman sekolah.
Kemudian selepas habis sekolah selang 3 tahun kemudian saya berkahwin diusia muda dan mendapat dua cahaya mata. Disitulah bermula kisah hidup saya yang banyak mematangkan saya dalam kehidupan.
Lima tahun saya bersama dengan orang yang langsung tidak hargai saya walau sekelumit. Bab kaki perempuan, clubbing memang menjadi makanan dia. Pernah hampir 3 bulan ex saya tak balik kerumah.
Sampai saya kalis dan langsung tiada perasaan dan tawar hati. Sebelum itu memang kami selalu bergaduh dan dia memukul saya. Sebab saya selalu bertanyakan dia kemana dia pergi kadang tak balik rumah.
Pernah dia bangun seawal sebelum subuh dengan alasan nak beli nasi. Padahal kedai pun tak bukak lagi.
Bermacam lagi lah sehingga saya meminta cerai kerana hidup tak seperti ada laki. Tambah2 dengan anak dua. Saya bercerai selepas 5 tahun saya pertahankan.
Kali kedua jodoh saya dengan lelaki yang saya ingat boleh menjaga saya. Pada mulanya hubungan kami ditentang keluarga kerana saya janda beranak dua sedangkan dia bujang dan sudah bertunang.
Pada mulanya saya tidak tahu dia sudah ada tunang sehinggalah kawan baik saya sendiri yang bagitahu. Akhirnya mereka putus tunang disebabkan saya. Jahatkan saya? Mungkin balasan tuhan jugak untuk saya.
Perkahwinan saya dengan dia tak lama sebab dia kaki dadah dan juga kaki pukol. Lunyai juga saya dibuatnya. Duit banyak habis kerana pelihara dia sebab lepas jer kawin dia diberhentikan kerja.
Ibarat keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Selepas setahun kemudian saya bercerai tanpa kehadiran dia atas alasan taklik pukol.
Perkahwinan ketiga, saya bertemu lelaki bujang juga. Bekerja, tapi tak mampu menyara saya dan anak2 saya.
Nasib baiklah saya ni bekerja dan sewa rumah serta kereta saya yang bayarkan. Termasuklah kereta saya yang dia bawa pergi bekerja. Saya ada dua biji kereta.
Selepas setahun saya melahirkan anak dia dan kemudian melahirkan seorang lagi anak comel.
Suami baik, tidak pernah marah serta penyabar. Anak dia dua orang ini saya keraskan hati supaya dia membeli keperluan mereka. Sebab saya kena tanggung banyak lagi tanggungan.
Kadang barang dapur dia belikan. Kadang saya yang belikan. Begitulah putaran hidup kami. Disebabkan shift kerjanya berlainan dengan saya maka banyak masa saya dengan anak2.. Tapi anak2 memang terlalu sayangkan dia.
Yang menjadi masalah saya sekarang ini. Setelah 5 tahun bersamanya baru saya tahu dia peminum ketum dan suka beli nombor ekor. Betapa hancurnya hati saya ini. Saya ingatkan kesengsaraan saya sudah hilang. Tapi rupanya tidak.
Cumanya dia tak pernah mintak duit saya dan tak pernah memukul saya. Dia seperti lelaki normal yang lain. Pernah saya jumpa air ketum tu dalam peti ais. saya tanya dia tapi dia kata ubat sakit perut.
Dia ingat saya bodoh. Bila saya bau benda tu busuk sangat. Adakah ketum asli dia berbau busuk? Saya amat tertekan kerana ini perkahwinan ke tiga saya.
Kalau saya bercerai saya malu dengan family saya yang sememangnya memandang rendah pada saya.
Kedua kesian pada anak2 yang amat baik dengan suami dan ketiga bagaimana nak bertegas dengan orang seperti ini? Atau hanya penceraian adalah penyelesaian?
Saya amat buntu. Saya tak mahu dikatakan seorang yang bermasalah. Sedangkan punca adalah mereka. saya teringin sangat hidup seperti orang lain. Kadang2 rasa nak pergi jauh dari sini bersama dengan anak2..
Tapi saya kesian nak pisahkan dia dengan anak2.. Lagipun dia tak pernah menyakiti saya. Pasal kes ketum ni pun dia buat bodoh dan diam sahaja. Malah tidak mengaku dan mengatakan itu ubat.
Sedihnya saya.. Padahal saya sudah tahu itu ketum sbb ada terbaca dalam group wasap kawan2nya.
Saya harap pembaca dapat berikan pendapat tanpa makian. Kerana saya sudah tiada tempat mengadu. Kawan2 pun tidak tahu kerana saya merasakan tiada yang mampu menyimpan rahsia. Terima kasih..
– Nia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit