Perlukah Aku Pinta Perpisahan?

Nama aku D berusia awal 30an. Begitu juga suamiku. Kami berkahwin hampir 8 tahun atas dasar suka sama suka. Tapi belum dikurniakan zuriat.

Aku bekerja di dalam bidang professional manakala dia bekerja biasa2 tak tetap pendapatan tak tentu masa.

Setahun dua perkahwinan aku bahagia walaupun kami takde apa2 lagi masa tu.

Kami kahwin selepas kami berdua habis ijazah dalam bidang yang sama. Cuma nasib dia tak sebaik nasib aku dari segi pekerjaan. Bagi aku dia seorang yang penyayang bertanggungjawab ikhlas jujur.

Selepas beberapa tahun berkahwin dia berubah. Dia jadi seorang yang tak pentingkan agama, panas baran, cepat marah, ego,

Dan paling menyakitkan jiwa aku dia boleh abaikan aku berhari2, berminggu, berbulan lamanya kalau kami ada berselisih faham tanpa anggap aku ada dalam rumah.

Padahal waktu itu dia takde apa2, pekerjaan tak tetap income semua tak ada.

Ada masa buat part time biasa2 sekadar lepas makan minum dia. Masa tu semua perbelanjaan rumah aku tanggung. Aku hidup di Ibukota.

Korang boleh fikir kot berapa perbelanjaan kami, and kami tinggal di sebuah condo.

Namun atas dasar sayang, cinta hormat pada dia aku tak pernah memperlekehkan apa saja yang dia buat. Aku pernah bagi modal untuk dia meniaga sikit2. Namun tak menjadi.

Aku sabar je sebab aku tahu perkahwinan ni tak semua indah. Aku banyak pujuk dia mengalah dengan dia setiap kali kami gaduh walaupun hakikatnya dia yang salah. Kerana sayangkan perkahwinan ni.

Dikala dia sekejap ada kerja sekejap takde, dia banyak habis kan masa melepak dengan kawan2 pada waktu malam.

Bila melepak sampai lewat malam balik lewat pagi, pagi tidur sampai tengah hari.

Bila kejut subuh pun tak bangun aku pergi kerja macam tu je. Balik keje malam dia takde lagi kat rumah. Begitu setiap hari 1 jam. Dua jam je jumpa.

Tapi setiap malam dia tinggalkan aku sorang2 sampai pukul 2 3 pagi baru balik. Boleh dikatakan setiap malam.

Hati aku mula fikir yang bukan2. Ada sesuatu instinct yang tak sedap datang. Aku bukan jenis yang mudah mengamuk atau suka tuduh yang bukan2.

Aku akan cari bukti kalau kata dia ada buat benda tak baik dibelakang aku.

Satu malam dia dah tidur masa tu pukul 4 pagi. Aku tengok phone dia terbukak sebab dia tertidur waktu menonton football league.

Aku amik phone dia dengan keadaan berdebar2 macam ada sesuatu. Aku bukak whatsapp dia and ada satu latest conversation dengan DP perempuan sexy.

Kandungan whatsapp tu adalah conversation dengan satu pusat pelacuran, yang penuh dengan gambar2 betina pelacur untuk di booking.

Ya Allah hanya Allah je tahu betapa aku sakit pada masa tu. Ikut kan syaitan yang menghasut aku nak je amik pisau dah terus bunuh dia. Tapi aku sabar walaupun hati aku panas sakit pedih.

Aku masih buat-buat biasa dengan dia. Masih cuba untuk cari sebarang kemungkinan. Mungkin dia saja-saja je whatsapp.

Macam2 aku cuba husnozon. Aku sabar aku diam. Aku teruskan hidup macam biasa.

Tapi aku tak berhenti berdoa pada Allah seandainya dia ada buat benda terkutuk di belakang aku, moga Allah tunjuk kebenaran.

Ada satu masa tu kami berselisih faham, dia abaikan aku lagi 2 3 minggu dia memang tak amik tahu. Makan minum sakit demam.

Balik pukul berapa mana pergi. Kalau berselisih dalam rumah dia anggap aku ni tak wujud and macam tak nampak kewujudan aku. Aku tekad nak cari apa2 je bahan bukti.

And masa dia masuk mandi ke toilet aku selongkar bag dia, aku jumpa satu kad tulisan cina, hati aku berdebar sebab kad tu ada cop satu tarikh dia visit.

Aku tahu tu adalah kad visit pusat pelacuran. Ya Allah runtuh segalanya kepercayaan aku pada dia hormat aku taat aku.

Aku rasa nak bunuh diri sebab aku stress sangat masa tu. Aku amik gambar sebagai bukti. Aku lari keluar negeri pada masa tu berminggu aku takde.

Dia tak cari aku. Aku stress sangat aku pergi tenangkan diri sorang2 pada masa tu. Patut laa dia tak kisah kan aku setiap kali kami gaduh 2 3 minggu sebulan dua bulan. Rupanya ada ‘entertainment’ lain.

Aku cuba berfikiran waras, lama aku mendiamkan diri akhirnya aku decide untuk minta lepaskan aku. Aku minta untuk jumpa dia dan berdepan dengan kenyataan.

Aku tanya mana dia pergi pada tarikh tu. And aku tunjuk gambar kad tu pada dia. Dia terus terdiam pucat. And aku mengamuk macam2 malam tu.

8 tahun aku simpan perasaan sakit pada dia aku luah semua benda yang aku tahu. Aku mintak untuk diceraikan for the 1st time dalam perkahwinan ni.

Aku susah ke aku takde duit hidup kami susah sikit pun aku tak pernah merungut.

Tapi apa yang dia buat ni adalah batas kesabaran aku yang terakhir. Dia cuma merayu melutut sujud dikakiku dengan janji takkan ulang benda tu.

Which is dia mengaku dia pegi ke tempat tu untuk dapatkan ‘service’ pela***.

Aku buntu dengan peluang dia dia minta. Namun aku cuba lagi bagi dia peluang.

Selepas beberapa bulan kami ada berselisih faham lagi dan again. Dia abaikan aku lagi… tak seperti janji2 manis dia sebelum ni. Takkan abaikan aku. Akan jaga perasaan aku. Tapi janji tu sementara.

Setiap kali dia balik lewat pagi setiap kali tu fikiran aku fikir macam2. Mana dia pegi apa dia buat. Kepercayaan tu macam dah hilang.

Ya Allah aku Buntu. Aku rasa nak hidup sendiri tapi aku takut untuk hidup sorang2 walaupun hakikatnya aku dah lama hidup sendirian.

Mohon doakan jalan yang terbaik untuk aku.

– D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Assalamualaikum sis,
    pada pendapat saya kalau kepercayaan tu dah hilang,
    nak terima balik seseorang tu pun tak ada guna,
    sebab kepercayaan dalam hubungan tu tersangatlah penting,
    kalau suami sis kata nak berubah tapi still buat lagi,
    belajarlah untuk melepaskan,
    berilah peluang kepada orang yang lebih nak menghargai sis.

  2. ni pembuli isteri, tak bersyukur, dah bagi peluang, tapi tak hargai, elok la awak keluar dari perkahwinan ini, jgn seksa diri sendiri….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *