Perlukah Aku Suarakan?

Assalamualaikum semua.

Satu perkara yang bermain dalam fikiran aku saat ini. Patutkah aku beritahu Gandum (suami) bahawa aku tahu dia layari p*rn.

Kalian, tolong bagi pendapat

Aku sedih, cemburu dan marah. Betul.

Tapi, aku layan dia seperti biasa seperti rasa marah dan cemburu itu tak wujud.

Cuma, hati aku mengata-ngata saat tengok mukanya yang macam orang innocent, baik. Hmm.

Sekarang, sudah jadi tabiat aku untuk check fon dia.

Dulu, aku tak begini. Tak pernah ambik tau apa ada dalam fon dia.

Time aku tiada di rumah, time dia tunggu aku shopping @ time kerja itulah time dia layari laman itu. Boleh kata hari hari ada aje history carian.

Dari mana dia dapat segala nama perempuan yang menegak menonggeng tu, aku pun nak tau juga. Sungguh bijaksana.

Kami bukan muda lagi. Dah ada cucu pun.

Aku nak tanya, patutkah aku cakap pada Gandum,

“Abang, tolong jangan tengok perempuan naked. Saya jealous. Saya rasa rendah diri sangat dan saya tak mahu abang berdoshaaa. Tengok lah saya. Abang tau tak, saya ni hari hari on, abang yang sebulan dua kali”

Mau ke dia dengar?

Agaknya, mesti dia naik suara sebab terbuka rahsia saya skodeng fon dia. Atau, dia blame saya yang sajikan betik kecut. Mesti saya yang sendu nnti. Atau, kalau nanti dia kata nak cari spark baru. Haa, baru padan muka.

Ntahlah. Perlukah saya diam dan doa sahaja? Atau luahkah lahar marah dan cemburu yang memang ada dalam hati?

Ntahlah.

Saya tertekan.

Saya jalani hidup sekarang dengan rasa sayang pada dia yang menduakan saya dengan wanita maya.

– Barley (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Hampir tepat mengambarkan seorg lelaki, kecuali mereka aulia salafusoleh dan nabi yg dibelah dada dibersihkan hati. Apa yg penting layan dia, penampilan menarik, penuhkan aktiviti bersama dn tegur indirect.

  2. Memang tak dinafikan semua orang sukakan variety. Boleh tanya suami apa yang dia suka dalam p*rn tu? Ada tak cara untuk hidupkan hubungan intim macam keinginan suami?

    • Semua lelaki sama saja
      Depan bini muka bersih muka innocent
      Belakang bini wassap menggatal sana sini
      Layan porn tak habih2
      Dah kantoi
      Dah bergaduh
      Pun duk buat lagi
      Sampai mati agaknya

      Lepas tu nak kita hormat n percaya depa
      Gila!

    • Variety dari segi posisi x pela, kalau dia nak variety yg jenis pompuan muda cmne? Nak suruh confessor buat plastic surgery atau carikan isteri baru yg separuh umur?

  3. Variety dari segi posisi x pela, kalau dia nak variety yg jenis pompuan muda cmne? Nak suruh confessor buat plastic surgery atau carikan isteri baru yg separuh umur?

    • Saya bukan confessor jadi saya tak boleh jawab. Tapi sekurang kurangnya poligami tu lebih baik daripada tengok p*rn.

  4. Mungkin confessor boleh cuba alihkan perhatian suami dengan aktiviti lain untuk elak dia ada masa lapang untuk tengok benda tu. Macam sama2 join hobi atau minat dia. Boleh juga penuhkan dengan aktiviti2 amal dan ibadah dengan harapan lama-kelamaan dia akan tinggalkan zina mata ni.

  5. Apa kata confessor bagi hadiah pada suami tolong minangkan perempuan muda untuk dia. pasti sampai ke telinga suami tersenyum sahaje. rumahtangga pun bertambah manis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *