Perlukah Aku Terus Bersabar

Assalamualaikum. Aku Mawar, usia awal 30an, bekerjaya sebagai penjawat awam dan telah berkahwin genap 8 tahun dan belum dikurniakan zuriat. Telah menjalani rawatan iui di klinik pakar sakit puan selama dua kali (boleh google). Namun Allah belum makbulkan doa kami suami isteri.

Aku sekadar ingin meluahkan rasa yang terbuku dihati. Ingin diluahkan kepada keluarga, rasa tidak mampu. Selagi boleh dipendamkan. Aku usahakan menyimpanya sendirian.

Rasa tak kuat, rasa ingin menyerah semua ada, lebih-lebih lagi mulai akhir tahun lepas suami berterus terang tentang perasaanya. Seolah2 tidak lagi mampu bersabar. Memberi hint. Sampai bila harus begini? Seandainya dia ada calon, adakah aku akan mengizinkan berpoligami?

Bermulalah episod memendam rasa, berteman air mata. Selama ini aku fikirkan suami akan sama2 kuat dan bersabar. Namun, perasaanya yang sebenar terbongkar apabila aku bertanyakan adakah dia sanggup hibahkan rumah yang kami diami atas nama aku?

Jawapanya tidak. Kerana aku tidak mampu memberikanya zuriat hingga saat ini… Nyata kasih suamiku bersyarat, lama juga aku mengambil masa memujuk diriku sendiri. Sedih sangat, sayu, hilang semangat, kepada Allah aku mengadu.

Kedudukan ekonomi suami juga semakin kukuh, walaupun rupa paras suami biasa sahaja, namun kedudukan suami memang stabil, jika benar beliau ingin mencari pengganti diriku, ibarat petik jari, in sha Allah bertemu penggantinya.

Sebagai isteri, aku ada juga bertanya suamiku. Kenapa masih bertahan hingga kini? Jawabnya, kerana kasih sayang yang masih berbaki membuatkan dia tidak sanggup meninggalkan aku. Pilu sangat hati ini, kerana sedar diri bukannya terlalu disayangi. Ayat kasih yang berbaki sangat melukakan hatiku.

Selain itu, suami juga berterus terang, hatinya seolah-oleh tidak kuat sudah menempuhi ujian belum dikurniakan zuriat ini. Berbolak balik sama ada ingin berpisah atau terus dengan hubungan ini… Jika kalian ditempat aku, apakah tindakan kalian?

Akhirnya, aku juga memberi kata dua. Jika ada yang lain. Lepaskan aku. Kerana aku tidak saggup berkongsi kasih…

Untuk pengetahuan pembaca, aku ini insan biasa sahaja. Begitu juga suami ku. Ujian rumah tangga datang silih berganti. Namun yang ingin ku kongsikan hanya lebih kepada perjalanan rumahtanggaku. Tahun 2015 Allah tunjukkan kecurangan suami dengan pelajar praktikl ditempat kerjanya.

Waktu itulah aku belajar, tiada kasih sedalam kasih Allah, rasul, dan ibu bapa kita sendiri. Walau pun kisah mereka tidak ke mana, kerana hanya baru bunga-bunga cinta, namun meninggalkan kesan kesedihan yang sukar aku lupakan hingga saat ini.

Akhir zaman ini, janganlah kalian percaya dengan pandangan zahir, selagi tidak benar-benar mengenali hati seseorang (kerana suamiku curang dengan gadis yang berpenampilan islamik, berjubah, berpurah) Allah.

Kini kami sedang berusaha untuk meneruskan rawatan di klinik pakar. Namun, suami pula tiba2 memberi alasan bolehkah rawatan ditangguhkan, kerana beliau risau tidak mampu memberi komitmen sekiranya ada rezeki zuriat kerana ini membeli kereta idaman… Allah.

Wahai pembaca sekalian, kadang aku juga tidak mengerti. Apakah sebenarnya yang bermain di fikiran suami? Sudahlah kerap kali menyatakan ketidak yakinan terhadap segala usaha mendapatkan zuriat dan sentiasa dibayangi ketakutan seandainya segala rawatan berhadapan kegagalan.

Tidakkah dia cuba berada di tempatku sebagai isteri? Tidakah dia merasa betapa hancurnya hatiku disaat ini?

Maaf andai coretan ini lebih sekadar luahan melepaskan keluhan… Terkadang aku berfikir. Adakah perceraian sahaja jalan terbaik? Sungguh… Aku sangat sayangkan suamiku. Walau terlalu banyak calar dihatiku…

Akhir-akhir ini air mata peneman setia, apalah daya. Soal rezeki zuriat. Semua Allah yang tentukan. Aku tahu, ujian yang Allah timpakan kepadaku, hanyalah secebis kecil dari ujian-ujian besar yang dialami pembaca diluar sana.

Ku pohon doa pembaca, doakan Allah beri aku kekuatan. Agar terus kuat dan yakin, Allah itu tidak pernah zalim kepada hambanya. Ku berharap ada kemanisan disebalik kesabaran ini…

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *