Perlukah Jadi Jutawan?

Assalamualaikum. Bebelan ni khas untuk wanita.

Perlukah jadi jutawan? Perlukah ada 7 angka dalam akaun bank?

Kena wajibkan diri sendiri bayar zakat RM sejuta ke?

Perlukah abaikan keluarga, anak-anak yang tengah membesar untuk kumpul kekayaan dunia?

Big why dia kumpul kekayaan untuk anak. Tak apa abaikan anak sekarang sebab dia kecil lagi dan tak faham apa yang mak dia buat sekarang untuk kesenangan masa depan dia.

Sanggup tahan diri rindukan anak semata-mata untuk kerja kuat-kuat untuk bayar zakat banyak-banyak.

Korang yang dah jadi mak mesti faham perasaan rindukan anak kan?

Dan korang sepatutnya tahu, anak-anak kecil tu lagi berganda-ganda rindu kan belaian kasih-sayang dan perhatian dari seorang mak.

Masyarakat zaman sekarang gilakan duit. Zakat cuma 2.5 percent dari income. 97.5 percent tu yang digila-gilakan.

Kalau memang tujuan nak bantu orang macam Ustaz Ebit tu boleh faham la. Tapi berapa orang je yang boleh buat macam tu. Jutawan dah ramai dekat Malaysia.

Tapi orang susah tetap sama juga. Sampai ada yang buang anak sebab tak mampu nak jaga. Mana juatawan-jutawan ni? Kalau betul cari duit nak bantu orang kenapa tak cari orang yang perlu bantuan?

Bila income dah sampai RM sejuta lagi galak buat bisnes adalah. Kena capai juta yang kedua, ketiga dan seterusnya pula. Bila masa nak cari orang susahnya?

Duit yang banyak-banyak tadi beli rumah besar, kereta mahal, perhiasan rumah mahal-mahal, gelang emas sampai ke ketiak, gadjet up-to-date, handbag, kasut, make-up semua mesti branded, travel tak payah cakap la.

Lepas tu apa lagi? Wajib lah ditayang kat FB.

Siap upah orang buat video untuk tunjuk semua kekayaan dia.

Alasannya? Untuk memberi inspirasi dekat kaum wanita yang lain. Supaya orang lain boleh join bisnes dia dan jadi kaya macam dia kononnya.

Orang yang tengok pula kalau boleh berfikir dengan baik mungkin tak terpengaruh.

Yang mana yang tak boleh fikir ni. Hari-hari dicanang perlu jadi jutawan, perlu jadi jutawan. Yang ni la yang kehidupan dia akan stress walaupun pada asalnya kehidupan dia serba cukup.

Sebab apa? Sebab masyarakat kata kena jadi jutawan. Sekadar cukup je tak boleh.

Nak sedekah sama macam jutawan. Mesti nak kena cerita kat FB. Nama disebut-sebut. Disanjung-sanjung. Sedekah singgit buat malu je. Kitab mana yang dia baca tak tau la.

Zakat dibayar bila cukup haul. Sedekah dan infaq bila-bila boleh. Berapa jumlah pun tak kisah.

Jangan jadikan alasan kena bayar zakat sejuta untuk puaskan nafsu sendiri. Dan jangan hasut orang lain untuk jadi sama macam tu. Terutamanya golongan wanita.

Wanita yang dah berkeluarga dan ada anak tanggungjawab besar beri perhatian pada anak. Suruh ayah dia yang gila cari duit untuk anak. Bukan mak.

Tengok anak-anak zaman sekarang. Emosi terabai. Dah besar memberontak. Tak diajar nilai-nilai yang baik. Tak diajar susah. Semua nak terus dapat.

Macam mana pun korang akan kecam, tak boleh dinafikan peranan seorang mak. Allah cipta kita ada peranan masing-masing. Allah wajibkan suami bayar nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Isteri boleh fikir sendiri peranan masing-masing. Of course tak semua pasangan sempurna. Ada suami yang tak bertanggungjawab biarkan isteri cari nafkah sendiri. Semoga diberi kesedaran untuk lelaki macam ni.

Nak kaya boleh. Nak Berjaya boleh. Nak jadi jutawan lagi la digalakkan. Tapi perhatikan juga apa yang kita korbankan sepanjang perjalanan.

Kalau anak yang dikorbankan fikirla panjang-panjang. Kehidupan kita lama lagi. Kita akan tua, anak akan membesar.

Kalau kita abaikan dia sekarang, jangan mengeluh kalau tua nanti kita diabaikan. Hidup ni kalau sekadar cukup pun dah bagus. Ada sikit bersyukur. Ada banyak kongsi.

Bebelan panjang-panjang ni hanya sekadar peringatan. Kalau mampu, ada support system yang kuat silakan jadi kaya-raya.

Kalau tak mampu jangan stress-stress. Allah dah tetapkan rezeki kita. Selagi mana kita hidup selagi tu ada rezeki. Tak perlu tamak dan terikut-ikut kehendak macam orang lain.

Apalah gunanya wang banyak dalam akaun bank kalau tak digunakan pada jalan Allah.

Apalah guna gelang emas berkilo-kilo gram kalau tak digunakan pada jalan Allah. Setiap satu sen harta kita akan dinilai oleh Allah nanti.

Last sekali, untuk surirumah yang jaga anak yang nak kaya, cuba bukak Al Quran. Dalam tu ada banyak tips untuk jadi kaya dunia dan akhirat. Tips direct dari Allah. Buat semua yang tu. Jangan risau pasal rezeki.

P/s : Kalau anda wanita tak kahwin lagi, ibu tunggal dan seangkatan dengannya sila abaikan yang mana tak berkenaan. Nasihat ni sesuai untuk yang dah bekeluarga yang cukup makan pakai.

– Suria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *