Perlukah Ku Teruskan?

Nama aku Megat. Aku ni bukanlah anak orang berada. Tapi bukan calang calang juga. Degree holder, grad universiti tempatan.

Bertahun aku struggle dengan kelas, assignment, project, thesis tidur tak cukup, makan tak tentu tapi aku lawan sampai habis. Bila hari convocation tu sampai, aku rasa macam semua pengorbanan terbayar.

Lepas grad, rezeki aku baik. Aku terus dapat kerja tetap, dalam bidang yang aku belajar, gaji lebih 3k sebulan. Bagi sesetengah orang mungkin nampak biasa biasa je, tapi bagi aku cukup steady.

Aku boleh bayar bil sendiri, ada simpanan sikit sikit, hulur duit kat mak ayah, dan masih ada baki untuk enjoy hidup. Aku tahu ramai fresh grad lain masih terkapai cari kerja, so aku memang bersyukur.

Aku bukan jenis nak hidup over. Aku beli Honda City hatchback RS secondhand, tapi condition elok gila. Enjin senyap, aircond sejuk, bodywork masih kemas. Aku bangga dengan kereta tu sebab aku beli hasil titik peluh sendiri.

Kawan-kawan ramai masih naik motor, ada juga yang masih pinjam kereta family, so bagi aku Honda tu simbol kecil yang aku dah mula stabil.

Soal tempat tinggal, aku pilih duduk rumah abang. Bukan sebab tak mampu nak sewa rumah sendiri, tapi sebab aku fikir long term. Duduk dengan abang lebih praktikal duit jimat banyak, boleh simpan lebih.

Aku tahu ada orang mungkin pelik, “Kete H kot, gaji besar, tapi duduk rumah abang?” Aku senyum je. Diorang tak tahu aku main long game, sebab aku ada target masa depan sendiri.

Cerita jadi menarik bila aku kenal sorang gadis online. First impression dia simple, cara dia layan aku pun selesa. Chat tak pernah bosan, kadang aku sendiri tak sangka boleh klik macam tu.

Tapi dari awal aku decide nak buat satu “eksperimen sosial” kecil. Aku purposely tak reveal pasal degree aku, kerja tetap, kereta H semua tu. Aku cerita kat dia seolah olah aku cuma kerja kilang, gaji ciput, hidup biasa biasa.

Kenapa aku buat macam tu? Sebab aku nak test. Nak tengok sejauh mana ikhlas dia layan aku. Kalau dia boleh terima aku masa aku “nampak nothing special”, itu tandanya dia betul betul hargai aku sebagai manusia, bukan sebab status atau duit.

Mula-mula semuanya smooth. Dia layan aku baik, tak kisah pun aku cakap kerja kilang. Kalau jumpa pun gerak dgn Grab saja. Dia tak kisah. Aku impressed dengan dia. Dalam hati aku terdetik, “Wow, maybe ni lah calon isteri aku.” Aku mula invest emosi, aku mula percaya.

Tapi manusia kan… bila involve family, lain ceritanya. Satu hari family dia somehow dapat tahu pasal “kerja kilang” tu. Dari situ terus berubah. Nada, vibe, cara cakap semua jadi lain.

Ada yang siap bagi sindiran, “Kerja kilang ni gaji pun tak seberapa. Standard kerja sementara tunggu result spm je. Esok lusa nak sara anak orang macam mana?” Dalam sekelip mata, aku yang kononnya kerja kilang ni terus jatuh taraf di mata diorang.

Masa tu aku cuma mampu senyum. Dalam hati aku sebenarnya gelak kecil. Diorang tak tahu pun aku sebenarnya degree holder, kerja stabil, gaji lebih 3k, ada kereta H, ada saving. Diorang belum tengok lagi payslip aku kadang campur ot hampir 4k pun pernah.

Kalau aku reveal semua tu, aku yakin reaksi diorang akan berubah 180 darjah. Mungkin siap nak berebut jadi besan. Ironi kan? Bila status kerja rendah, terus pandang hina. Bila ada title degree + kereta + saving, terus nampak “layak.”

Eksperimen kecil aku ni memang bukak mata. Aku nampak sendiri betapa cepatnya orang letak value kat manusia hanya berdasarkan kerja dan gaji. Padahal, kalau ikut logik, kerja kilang pun halal biarpun gaji tak seberapa. Tapi mentaliti masyarakat masih stuck kat status.

Sekarang aku stuck. Hati aku kata aku suka gadis tu, sebab dia personally layan aku okay je. Tapi kalau family dia jenis judge macam tu, aku boleh bayang betapa susah nak survive long term. Benda kecik pun dah pandang rendah, apatah lagi bila masuk fasa rumahtangga?

So aku tengah dilema. Patut ke aku terus fight untuk hubungan ni, reveal kat family dia siapa aku sebenarnya? Atau patut aku angkat kaki, move on awal awal sebelum lebih parah?

Kadang aku terfikir, mungkin lebih senang kalau aku ghost je, macam orang lain selalu buat bila dah rasa “vibe tak ngam.”

– RS Genzboy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *