Memandangkan aku dalam kelompok yang pernah bertanya soalan seperti dalam tajuk, aku nak kongsikan apa perbezaan terus kerja lepas SPM dengan sambung belajar lepas SPM. Sesuai sangat untuk adik-adik yang masih sedang belajar dan bagi mereka yang buntu kenapa perlu bersekolah dan pentingnya sijil SPM tu. Selepas SPM 2012 dahulu, terus terang aku sendiri langsung tidak tahu halatuju yang patut aku tempuhi. Aku sendiri tak tahu kenapa ramai sangat orang yang sambung belajar. Yang aku tahu sijil SPM tu penting untuk permohonan kerja. Tanpa SPM majikan taknak ambil bekerja. SPM digunakan sebagai kayu ukur ilmu dan jati diri seseorang. Seseorang yang dapat keputusan yang baik dan cemerlang sudah tentu telah mencuba sehabis baik dalam pelajaran mereka. “Kebiasaannya” dah tentulah mereka mantap dalam pelajaran yang mereka ambil. Oleh itu, mereka yang cemerlang dalam SPM kebiasaannya mempunyai tahap pemikiran dan pemahaman yang tinggi berbanding mereka yang langsung tak bersekolah, berhenti sekolah atau yang menolak untuk bersekolah.
Jadi SPM akan digunakan majikan untuk memilih mereka yang bakal bekerja. Semua penghargaan yang kita dapat melalui sijil-sijil PMR,SPM,STPM,Matrikulasi, Diploma, Ijazah, Master, Phd semuanya adalah sebagai Impresi kemampuan kita untuk menjawat sesuatu jawatan. Senang cerita, Makin tinggi belajar, makin tinggi gaji dan makin besar tanggungjawab jawatan yang kita pegang. Aku akan tunjukkan sedikit perbandingan tangga gaji dengan sijil yang majikan mahukan. Perbandingan aku ni adalah berdasarkan tangga gaji yang dipaparkan dalam website permohonan pekerjaan jawatan dalam kerajaan. Untuk mereka yang bekerja di dalam kerajaan, mereka dikelaskan mengikut gred (boleh semak website SPA untuk tengok gred). untuk mereka yang membuat permohonan menggunakan PMR/PT3, gaji permulaan mereka minimum adalah RM1218.00 sebulan. Untuk mereka yang membuat permohonan menggunakan SPM/Sijil Vokasional (SKM) gaji minimum ialah antara RM1,377.00 hingga RM1,493.24 sebulan. Bagi mereka yang membuat permohonan dengan Diploma/STPM/STAM pula, Gaji minimum mereka adalah pada RM1,797.00 sebulan. Untuk mereka yang memegang Sijil Matrikulasi, mengikut pekeliling baru mereka boleh memohon jawatan dalam kerajaan setaraf dengan pemegang diploma tetapi dengan tangga gaji yang lebih rendah berbanding pemegang diploma(kecuali bagi jawatan penghulu). Pemegang ijazah pula? untuk jawatan akauntan W41 gaji minimum mereka adalah RM2,820.00. Bagi pemegang Master dan Ijazah adalah lebih dari itu.
Banyakkan perbezaan ? inilah antara faktor ramai yang berlumba-lumba menyambung pelajaran. Walaupun terpaksa berhutang dengan PTPTN dan sebagainya. Mari buat sedikit kiraan kasar.
Bagi mereka yang tidak menyambung pelajaran dan mempunyai hanya kelayakan SPM. Kerana tidak sambung belajar jadi komitmen bulanan adalah rendah berbanding pemegang diploma. Contoh, tangga gaji adalah RM1,377.00. Andaikan setelah ditolak Bil Utiliti RM150, Makanan RM400, Mak Ayah RM200, Sewa Rumah RM300, Belanja lain RM100 (minyak motosikal). Baki yang tinggal adalah RM227 sebulan. andaikan RM79 lagi ditolak untuk penggunaan data WEBE. Tinggallah RM148 sebagai simpanan atau sebagai simpanan kecemasan. Andaikan simpanan RM148 disimpan untuk tempoh 9 tahun. (RM148x12=1,776 setahun) 1,776 x 9 tahun = RM15,984 dapat dikumpulkan dalam masa 9 tahun.
Bagi pemegang diploma pula. Kita ambil gaji minimum RM1,797.00 sebagai contoh. dengan komitmen bulanan yang sama tetapi ditambah dengan komitmen bayaran hutang ptptn. Andaikan setelah ditolak Bil Utiliti RM150, Makanan RM400, Mak Ayah RM200, Sewa Rumah RM300, Belanja lain RM100 (minyak motosikal), Data WEBE RM79, PTPTN (selepas penstrukturan RM120 sebulan) Baki yang tinggal adalah RM448 sebulan. Disimpan pula untuk tempoh 9 tahun (RM448x12=5,376 setahun) 5,376 x9 = RM48,384 dapat dikumpulkan dalam masa 9 tahun. Andaikan hutang dengan ptptn adalah RM30,000 termasuk bunganya. RM120 telah dibayar selama 9 tahun ( RM120x12=1,440) RM1,440×9 = RM12,690 berjaya dibayar. RM30,000 – RM12,690= RM17,040 Baki Belum Bayar. Dari jumlah simpanan ditolak dengan jumlah baki. RM48,384- RM17,040 = RM31,344 baki simpanan.
Jadi pemegang diploma mempunyai RM31,344 selepas 9 tahun.
Boleh cuba kira untuk pemegang ijazah pulak. Aku bandingkan ni sebabkan aku sendiri pun baru dapat pegang diploma. Aku bukan peminjam ptptn jadi tak tahu nilai pinjaman tu untuk setiap kursus. cuma nak berkongsi secara kasar. Buat pengetahuan korang. Gaji maksimum yang ada dalam website tu adalah kenaikan maksimum yang berlaku sepanjang dalam jawatan. Kiranya gaji maksimum ni adalah gaji akhir korang selagi tiada kenaikan pangkat. Dalam kerajaan setiap tahun akan ada kenaikan tahunan dan gaji maksimum tu adalah had di mana gaji korang akan naik. Berdasarkan kiraan ni, siapa yang WIN? matematik tak pernah menipu tau. Itu kalau korang kerja dengan kerajaan. Persaingan untuk bekerja dalam kerajaan ni tinggi sebab ramai nakkan pencen.
Yang ni pulak aku share kira-kira untuk orang yang takder kelulusan tapi pendapatannya cuma meniaga air jus mangga dekat tepi jalan. Ikut kawan aku sorang ni, Jual air mangga RM3 secawan dari pukul 10 pagi sampai pukul 5 petang boleh dapat untung bersih dalam RM120 sehari (untung bersih maksudnya dah tolak modal). Maksudnya RM3600 sebulan itupun kalau tiada aral melintang dan buka kedai setiap hari. Itu kalau hari-hari buka kedai. Dalam sebulan contohlah 9 hari cuti sebab cuti sabtu ahad. RM120x21 hari = RM2,520 sebulan. RM2,520 sebulan tolak Bil Utiliti RM150, Makanan RM400, Mak Ayah RM200, Sewa Rumah RM300, Belanja lain RM600 (minyak kereta RM20 sehari, meniaga bawak kereta), Data WEBE RM79. Tinggallah RM791 sebulan. RM791 untuk simpanan selama 9 tahun. RM791x12= RM9,429×9 tahun = RM85,428 untuk 9 tahun. tanpa komitmen ptptn , tapi simpanan kecemasan memang kena prepare untuk cover modal andai rugi. Dan dengan simpanan tu lah mereka akan rolling semula andai berlaku kerugian untuk perniagaan seterusnya. Andaikan RM20,000 dah digunakan untuk cover kerugian? tinggallah RM65.428. Siapa yang WIN?
Kiraan secara kasar je ni. AWAS, Berniaga bukan semudah makan kacang. Mungkin ramai akan pilih berniaga lebih win. tapi tanpa ilmu, berapa orang yang jatuh ditimpa tangga? Perniagaan yang aku ceritakan ni adalah berkonsepkan jual beli. MLM? MLM tu berniaga untuk melingkup. cubalah korang kira-kira perniagaan MLM tu. “Indah Janji dari rupa”. Jadi untuk yang masih bersekolah fikir-fikirkanlah. Itu seseorang yang berniaga tanpa kelulusan. Bayangkan orang yang berniaga dengan mempunyai kelulusan? Mempunyai pelbagai pengetahuan dari segi pengurusan perniagaan, organisasi? Ilmu pengetahuan tu penting untuk buat apapun.Maksud aku bukanlah ilmu secara formal, korang jugak boleh cari ilmu dengan mencari pengalaman berniaga.
Kerja dengan swasta pula bagaimana? ha yang ni aku nak nyatakan pendapat aku. Swasta tu korang kena faham, swasta adalah bersifat mementingkan keuntungan dan mengurangkan kerugian. Bukan untuk kebajikan. Yang berjaya dalam swasta kebanyakannya orang yang banyak menonjolkan diri, membantu meningkatkan pendapatan syarikat, yang power-power. Yang cikai-cikai tak pandai nak buat apa banyaknya rugi la jugak. Kenapa rugi? cuba korang tanya balik, berbaloi kah pemegang diploma digajikan syarikat swasta dengan gaji RM1200 sebulan. Padahal ilmu pemegang diploma dah tentu banyak. Sebab takder pengalaman untuk aplikasikan ilmu tu takkanla drag gaji sampai RM1200 je sebulan. Dah lah latihan industri pun dah buat. tu bukan kira ilmu, hutang ptptn/mara pun besar jugak. Nak bayar guna apa kalau RM1200 sebulan? Pengalaman aku bekerja dalam kerajaan, ramai jugak yang lari ke swasta sebab mereka mempunyai lebih ilmu pengetahuan dan tidak mahu dikongkong oleh senioriti dan tangga gaji yang kecil. Ramai jugak berhenti dari swasta, kebanyakannya dipaksa berhenti sebab syarikat tu nak meminimakan kerugian disebabkan ekonomi negara kita tengah tenat.
Kesimpulannya siapa yang rugi? yang rugi adalah orang yang berputus asa dalam hidup dan tak mahu mencuba untuk menambahbaik diri sendiri. Tu yang mana yang tak sekolah tu sebaiknya pergilah sekolah. Sekolah memang penat, tapi dekat sekolah la kita belajar asas dalam kehidupan. Biar kita menyesal sekarang, jangan menyesal waktu tua nanti banyak benda asas kita tak tahu nak buat. Fikirkan zuriat korang nanti, takkan korang nak mewarisi kebodohan dekat diorang? Generasi sekarang aku tengok ramai dah melingkup. Perjuangkan ganja la, ketum la. Yang jadi pengikut siti kassim la, Kena tipu dengan skim cepat kaya, kena tipu dengan skim DBI, yang merempit guna basikal atas highway lah, yang tampal Pantiliner atas dahi untuk kurangkan demam. Yang tampal Kad LA SAVER untuk jimat elektrik dan minyak. takkan korang nak biar zuriat korang jadi macam tu?
Jadi fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.
– kira
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit