Tak penting pun confession ni, cuma sekadar luahan hati dan inginkan perkongsian dari sesiapa yang sudi.
Aku perempuan yang telah lama memendam rasa, hampir 5 tahun dan alhamdulillah, cinta aku dihulur oleh dia yang sudah 6 tahun memendam rasa. Luckily, dia yang mulakan langkah terlebih dahulu. Mulakan langkah dengan izin dari kedua keluarga. Kedua belah pihak tahu. Niat dihati nak kahwin. Tapi, aku pilih keluarga.
Lately, di facebook, di whatsapp, di twitter, di instagram aku penuh dengan invitation kahwin, cerita pasal kahwin, gambar kahwin, gambar pasangan halal, pasangan nikah muda yang tersangat sweet sweet dan sweet. Bahkan ada yang muda dari aku. Allah je tahu betapa sakitnya hati aku. Kahwin muda, siapa tak mahu kan? Banyak sangat kelebihan yang aku dapat baca dan tahu dari laman sosial, dari orang orang nikah muda sendiri.
Usaha? Allah tahu usaha aku. Allah tahu keinginan aku. Berdoa, menangis setiap hari. Tapi, apakan daya. Aku pilih keluarga, aku takut untuk kecewakan ibu ayah aku. Ibu ayah inginkan anak sulung perempuan ini belajar dulu. Baru kahwin. Ya, aku redha. Aku ikut. Aku takut untuk kejar cinta, aku pilih kejar redha. Aku sayangkan keluarga aku. Aku tak akan paksa. Aku sayang ibu ayah. Aku tahu mesti ada sebab ibu ayah susah untuk lepaskan aku. Aku buang keinginan aku untuk berkahwin awal. Aku kuat!
Cuma, masalah aku. Aku cemburu, dan aku hanya mampu menangis dan berdoa dikuatkan hati bila melihat setiap kegembiraan yang diupload, dishare, diupdate pasangan halal, pasangan nikah muda. Antara usaha aku, unfriend, unfollow pasangan pasangan itu untuk langkah melembutkan hati aku dan tak menyalahkan sesiapa atas "bukan rezeki aku". Itu ketentuan Allah untuk aku, dan aku pilih untuk tidak ingkar dengan ibu ayah. Bila sekali dilarang dan tidak diizinkan. Maka cukuplah sekali, taknak memaksa, takut ibu ayah kecil hati.
Aku perlukan perkongsian nasihat, pengalaman untuk bantu aku hilangkan cemburu, dan untuk elakkan aku dari terus mempersalahkan diri aku kerana terlalu patuh dengan ibu ayah. Sepatutnya aku fight. Tapi…… Hmmmm. Aku sayang ibu ayah, aku kejar redha ibu ayah dalam masa yang masa, aku impikan perhubungan halal. Aku tahu, masalah aku kecil, tak layak pun untuk dikongsi. Tapi, pelajaran aku terganggu, aku pilih untuk sesorang instead of berkawan. Emosi aku tak stabil. Bantu aku please
– Sis Cemburu