Assalamualaikum. Saya inginkan pandangan dan kata2 yang positif dari kawan2. Rasa sekarang ni dah hampir rebah dan hilang hala tujuan.
Tiga tahun yang lepas saya berkahwin dengan seorang ustaz hafaz alQuran yang diperkenalkan melalui kawan. Saya pada waktu itu bekerja di luar dari semenanjung Malaysia dan dia mengikut saya berhijrah ke tempat saya bekerja kerana pada waktu itu dia belum ada kerja tetap.
Sepanjang perkahwinan kami, dia seorang yang rajin membantu kerja rumah dan membantu memasak seperti siang ikan, potong bawang. Banyak kerja rumah kami buat bersama. Dan saya sebagai isteri cuba jadi yang terbaik untuk membantu dia mencari kerja dan plan untuk memulakan perniagaan di semenanjung kerana kami ingin pulang bekerja di semenanjung.
Sehingga la pada suatu hari, selepas 6 bulan kami berkahwin dan pada waktu tersebut saya mengandung sebulan, kami dapat offer untuk mengajar alQuran dari rumah ke rumah. Bermula dari situ dia kenal dengan seorang anak angkat polis saya nama kan dia sebagai A di rumah dia mengajar. A merupakan ‘drug pusher’ dan dia offer kepada suami untuk beli syabu melalui dia. Tapi rasa hati saya dia ada juga ‘approach’ si A untuk mendapatkan bekalan.
Apabila dia menjadi ‘addicted’ kepada syabu semula baru saya tahu yang suami merupakan penagih dadah sebelum berkahwin dan dia cuba untuk berhenti daripada mengambil syabu dan ahli keluarga mereka tidak bagitahu kepada pihak saya sebab mereka juga yakin yang semua itu akan hilang selepas berkahwin.
Rentetan dari kejadian berjumpa dengan si A, bermula lah mimpi ngeri dan cerita sedih dalam hidup saya. Saya yakin ramai yang mendambakan perkahwinan yang seronok sehingga ke akhir hayat. Sepanjang 6bulan pertama perkahwinan saya, saya sangat bersyukur dan gembira sangat kerana Allah berikan peluang untuk saya punyai keluarga dan suami kerana saya ni agak pemalu untuk bergaul dengan lelaki dan saya pernah terfikir adakah saya tidak akan kahwin kerana sifat tersebut. Sewaktu remaja saya tidak bercinta kerana mengharapkan cinta selepas kahwin. Tetapi panas tidak sampai ke petang.
Sepanjang 2tahun lebih saya mencari tempat berubat, ada yang sampai mencecah rm10k untuk rawatan selama 2 minggu dan pelbagai jenis cara dan jalan digunakan untuk membantu suami. Namun, hanya seminggu sahaja suami dapat kawal dan bertahan selepas itu dia akan mencari bekalan semula. Apabila dia mendapat bekalan, perangainya akan berubah menjadi ‘violence’ dan akan menyebakan ‘harmfull’ terutama kepada anak yang masih bayi.
Akhir sekali dengan bantuan keluarga, dia melepaskan saya dan dia ada bagitahu nak usaha dan berazam untuk elakkan diri untuk tidak mengambil syabu. Semasa kami suami isteri berjuta kali dia bersumpah dan berjanji tetapi dia masih ambil barang tersebut. Saya faham benda ni melibatkan bahan kimia di otak, tidak mudah bagi dia. Dia pernah bagitahu di luar sana, mereka nak kenalkan dadah kepada orang dengan cara bagi cuba secara percuma, selepas tu mereka akan jadi regular customer dengan mereka.
Sekarang kami sudah berpisah. Jauh disudut hati bermacam2 perasaan bercampur aduk. Kadang sedih, marah, kecewa, malu, ‘lost hope’. Bermacam2 persoalan di fikiran saya untuk berjalan menempuh jalan kehidupan seorang diri u tuk membesarkan anak dan tambahan anak saya perlukan ‘follow up’ di hospital kerana ‘congenital’ issue.
1- Kawan2 saya masih ramai yang belum tahu kami berpisah. Ini untuk kurangkan gosip dan fitnah timbul dan mudahkan untuk saya fokus pada kerja. Adakah perlu saya bagitahu pada mereka?
2- Adakah perlu saya berterus terang pda saudara mara jika mereka bertanya, sebab saudara mara juga tidak mengetahui. Saya rasa sangat malu dan rendah diri, sebab saya boleh dikatakan budak baik dan pendiam dari kecil dan scorer dalam pelajaran. Tidak sangka ujian kehidupan terjadi kepada saya seperti ini. Namun saya yakin, sesuatu terjadi tidak sia2 dan Allah tahu apa yang terbaik untuk saya.
3- Adakah ada ‘support group’ untuk ‘single mother’ untuk saya join?, kadang2 perasaan sedih, rendah diri, sunyi, dperession, takut, nervous macam2 timbul dalam diri saya. Ada hari yang saya rasa kuat dan happy dengan kehidupan sekarang tetapi nama apabila berhadapan dengan ‘triggered issues’, saya akan jadi down semula.
4- Saya sedih juga anak saya membesar tanpa mendapat kasih sayang dan perhatian dari seorang ayah.
Tolong, saya perlukan input dan komen yang positif dan membina.
– -sumayyah-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit