Permainan Anjing: Tikam Member

Assalamualaikum semua, kalini aku nak berkongsi tentang pengalaman aku yang aku tak boleh move-on dekat tempat kerja lama aku.

Kalau korang perasan, tajuk untuk cerita aku ni namanya Permainan Anjing tau. Sebab apa aku cakap macam tu, korang kena follow lah story aku ni.

And yes, benda ni adalah kisah benar yang terjadi dalam hidup aku. Kalau sekarang tengah trending pasal Game Sotong dekat Netflix tu, hidup aku pula telah melayankan Game Anjing ni terlebih dahulu.

Sebelum tu aku nak perkenalkan diri aku, nama aku FA, seorang lelaki, berumur 24 tahun dan aku merupakan graduan universiti awam di zon tengah.

Kenapa aku cerita macam ni, sebab dalam story aku ni akan ada banyak nama2 dorang yang sebenar tapi aku shortform kan.

Tempat kerja lama yang aku maksudkan adalah di salah sebuah hospital awam, yang berdekatan dengan universiti aku. Dan aku bekerja di unit dietetik dan sajian sebagai seorang pramusaji.

Ceritanya begini, aku mengenali dengan AY ni masa aku mula2 masuk kerja kat situ lagi. Sebabkan dia adalah otai dan dah bekerja lebih lama dari aku,

Aku hormati diri dia dan yes, aku panggil dia dengan panggilan Abang AY. AY ni berumur awal 30-an, telah berkahwin dan bakal dikurniakan cahaya mata.

Tapi aku menjadi semakin akrab dengan AY sebab kami ni dah macam geng, kadang lepak sama2, kalau dia naik wad yang kami gelar sebagai wad iblis,

Aku akan tolong dia juga dekat wad tu walaupun kadangkala supervisor aku macam menyampah dengan tindakan aku tu, tapi aku ikhlas tolong dia sebab aku anggap dia sebagai sahabat aku.

Fast forward, dalam aku berkawan dengan AY ni, apa yang aku perasan ada lah dalam banyak kali juga dia pernah hina dan malukan aku,

Tapi aku tetap butakan mata aku, aku pekakkan telinga aku, sebab yelah masa tu aku serious dalam berkawan dengan dia, aku anggap dia sebagai kawan aku.

Jadi, masa dia malukan aku tu cuma kecil-kecilan saja dan aku melupakan semua tu. Tapi itu semua bukan lah sesuatu yang mengganggu aku sangat pun, cuma ialah memang sikap si AY ni yang suka memalukan orang lain termasuk aku sendiri.

Tikaman-tikaman halus itu aku tak ambil peduli sangat pun walaupun pedih dan sakit bila aku sendiri mendengarnya, aku tetap melupakan hal itu.

Tanggal 31 Ogos 2021, ialah hari keramat buat kita semua, ada yang sedang bercuti dan ada yang sedang bekerja termasuk aku. Pada haritu, aku shift pagi cumanya aku terlewat bangun, agak barai juga aku masa tu,

Aku tak tahu apa yang aku fikirkan yang penting adalah dalam 2-3 hari juga aku terlewat thumbprint masuk kerja, kadang 6.30am kadang 6.45am ada yang aku nak dekat jam 8.00am baru thumbprint (thumbprint shift pagi sebelum jam 6.00am).

Nak dijadikan cerita, pagi hari merdeka tu aku memang shift pagi dan terbangun lambat, masalah timbul bila henfon aku takleh hidup so kalut juga lah pagi tu aku nak inform sv aku pasal kehadiran aku.

And Alhamdulillah, tak lama kemudian henfon aku dah boleh restart so aku terus lah shoot ke tempat kerja aku, lambat pun lambatlah janji aku dapat bayaran triple, dah la haritu memang aku kena full kalau ikut jadual.

So aku pun masuk kerja lah macam biasa, and yang mengejutkan aku si AY ni masuk pagi sekali masa tu.

Ikutkan si AY ni shift petang, tapi sebab pagi tu tak cukup staff, sv aku dah call dia untuk masuk walaupun time tu dia gigih datang walaupun rumah dia jauh (dalam dua jam gak sebab dia bawa motor).

So, aku pun apa lagi, excited lah sebab ada geng kan, kebetulan time tu aku fikir dia shift petang tapi masuk pagi, so kira dia full sekali lah dengan aku.

Bayangkan member baik kau full dengan kau masa hari special, bayaran triple and ada lagi geng2 aku yang pun kena full juga masa tu.

Pagi tu semua okay, start dari plating apa semua okay. Pastu masuk waktu untuk plating lunch pulak, dan aku di-assign-kan untuk partner dengan si AY ni masa buat nasi.

Basically yang incas untuk nasi ni kau kena letak nasi saja semasa trayline berjalan. So aku pun happy lah time tu dapat pair dengan dia.

Masa aku turun saja dari wad lepas serve, aku terus prepare glove untuk kitorang and buat mangkuk nasi.

Untuk pengetahuan korang glove nasi ni sedikit rumit sebab kena pakai glove plastic berlapis-lapis dan bukan tu sahaja, kena buat untuk kedua-dua belah tangan.

Untuk yang mangkuk nasi pulak, kena lapiskan cling wrap tu berlapis-lapis lepas tu kau kena lekapkan ikut bentuk mangkuk tu, dan selalunya aku fail untuk part buat mangkuk tu.

Tapi sebabkan aku rasa dia member aku, aku nak permudahkan kerja dia so aku cover lah sekali untuk glove and mangkuk nasi dia walaupun time tu aku barai sangat sebab lepas semua tu aku dapat lelapkan mata dalam 15 minit saja dalam restroom kitorang.

So dah siap apa semua tu, tibalah masa untuk plating lunch and aku dah ambil tempat aku, aku cakap dengan dia yang aku nak buat nasi DD (diebetik diet) and aku cover bubur sekali, tapi dia aku minta buat nasi ND (normal diet).

Sepatutnya orang yang buat nasi ND kena cover sekali dengan bahagian bubur, tapi tak aku nak mudahkan kerja dia, aku buat nasi DD and aku cover sekali part bubur tu. So dia Cuma fokus kat satu saja iaitu nasi ND.

And aku minta dia buat nasi ND sebab mangkuk tu susah nak masuk dalam compartment tapau, sebabkan tangan dia besar aku bagi lah dia buat nasi ND kalau nak suruh aku memang lambat lah nasi tu nak masuk dalam compartment.

Okay, aku rasa dah panjang sangat aku type, yang ni takda apa-apa isu sangat untuk part ni, basically pasal explaination kat kerja aku so that korang takda la lost ke apa nantikan.

So korang tunggu saja part-part yang seterusnya, ada banyak lagi yang aku nak cerita, yang lebih menarik and yes story aku ni banyak plot…

Stay tune….

– FA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *