Permainan Dunia

Assalamualaikum.
Saya nak cerita pengalaman saya. Mungkin ada nasihat dan pandangan dari orang lain untuk saya tentang apa yang terjadi ni. Kisah ni pun baru je berlaku. Saya dah 5 tahun bercinta dengan seorang lelaki. Dah penah berjanji nak bina masjid bersama. Dah pasang angan-angan hidup bersama sebagai satu keluarga. Family dia pun saya dah beberapa kali jumpa. Memang dah serius lah dalam perhubungan ni.

Tapi dalam setiap hubungan mesti ada ujian kan? Sepanjang 5 tahun saya rasa saya dah cuba jadi yang terbaik. Susah senang kami lalui bersama. Duit nak kahwin pun kami ada kumpul bersama. Dari dia tak punya apa-apa sampai sekarang dah ada kerjaya dan kereta. Beli kereta pun baru je sebulan .Tu pun tanya pendapat dan ikut pilihan saya. Mungkin betul kata orang, lelaki diuji saat dia memiliki segalanya.

Cerita pasal keluarga, keluarga saya bukanlah orang berada tapi bukan orang susah dan saya pula bercinta dengan orang biasa biasa sahaja. Tahun akhir belajar mak ayah saya dah belikan kereta. Kereta tu yang saya selalu guna untuk tolong dia. First interview kerja saya hantarkan sampai dia dapat kerja. Banyak kali interview pun saya hantar. Masa dia sakit pun saya ada hantarkan pergi klinik dan check up.

Tapi langit tak selalunya cerah. Sepanjang perhubungan kami kerap bergaduh. Bergaduh hanya kerana perempuan. Salah ke saya kalau rasa cemburu bila dia keluar dengan perempuan lain? Bagi dia perempuan tu hanya kawan sahaja. Bila dia keluar dengan perempuan dia tipu saya. Bila saya tanya dia tak mengaku. Sedangkan saya tahu saya cuma nak dia jujur je. Tapi tiap kali dia keluar akan kantoi sebab saya tahu semuanya. Dia bagi alasan bila tipu saya kata sebab tak nak saya marah bila bagi tahu perkara sebenar. Dan dia bukan nya buat salah pun cuma keluar dengan kawan perempuan borak borak takde perasaan pun.

Tiga kali dia tipu saya. Jadi tiap kali bergaduh saya selalu ungkit pasal ni. Dia salahkan saya sebab cemburu tak bertempat. Rasa saya control hidup dia. Sekarang dia tinggal kan saya sebab kata saya suka tuduh dia suka perempuan lain dan tak tahan sebab asyik kena ungkit salah dia dan dia kata saya dah tak boleh percaya kan dia.

Sehari lepas putus dia ada post status pasal nak cari perempuan hantaran 3ribu. Kemudian ada perempuan kategori baik, kawan sekolah rendah dia yang baru je contact masa raya hari tu tiba-tiba offer diri kata setuju. Hari yang sama dorang boleh janji nak berkahwin. Mungkin hujung tahun ni akan kahwin.

Hati mana yang tak hancur sebab saya still sayang kan dia. Puas dah saya cuba untuk pujuk dia pertahankan hubungan ni. Tapi dia still nak pilih perempuan yang tak pernah ada masa dia susah alasannya perempuan tu baik. Perempuan tu hafizah(hafal al-Quran). Perempuan tu pun nak berkawan dengan dia mintak izin keluarga terlebih dahulu dan hari pertama perempuan tu dah bagi tahu keluarga dia pasal hantaran 3ribu dan keluarga dia setuju. Kiranya dapat rezeki seolah-olah jatuh dari langit sebab ada perempuan yang tak berkira pasal hantaran dan baik dari segi agama jadi sayang nak lepaskan. Konon nya nak bercinta lepas kahwin. Perempuan tu pulak mesti lah nak dia sebab kenal je lelaki dah ada semua. Dah ada kerjaya, kereta dan duit hantaran untuk kahwin yang dia simpan untuk kahwin dengan saya selama ni. Perempuan tu pun tak kisah langsung bila tau pasal saya dan dia still nak kan lelaki ni. Betul ke tindakan dia? Tinggal kan perempuan baik demi yang lebih baik? Silap saya ke semua ni jadi?

P/S: Jangan lepas yang baik demi yang lebih baik tanpa sedar terlepas yang terbaik. Yang baik boleh ubah jadi yang terbaik bukan cari yang terbaik. 

– Hanna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit