Tujuh tahun sekam terbakar, baru sekarang menyala apinya.
Mungkin itu metafora terbaik bagi Mrs F yang pukul rata lelaki-lelaki yang main ‘game’. Kerana seorang dua lelaki yang berperangai teruk main ‘game’, semua ‘gamer’ dihentamnya tanpa usul periksa. Marah atau dendam?
1) Main ‘game’ buang masa? Yer, membuang masa jika tak pandai mengurus masa, atau jika sampai mencapai tahap ketagihan. Sama juga dengan hobi lain seperti melayari internet, baca novel, bermusik, futsal, golf, wayang kulit, berkuda, dll. Untuk pengetahuan, kebanyakan pemain video game ni berstatus bujang. Bila kahwin, ramai yang berhenti main lagi-lagi bila sudah ada anak. Sebab kami orang lelaki pada dasarnya mengutamakan keluarga berbanding HOBI, tidak kisahlah apa HOBI kami. Ada juga yang sudah berkahwin, sudah ada anak, masih main ‘game’, tapi jarang-jarang kami dapat tengok dia main, ini pengalaman peribadi. Orang sebegitu, ada kalanya, tengah main game, tiba-tiba afk. Sebab uruskan anak katanya. Ini kisah benar tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Bukan kata asal main ‘game’, terus lupakan segala-galanya.
2) Main ‘game’ tak solat tahajjud? Sebenarnya, berapa ramai lelaki di luar sana yang tak main game, tapi dia solat tahajjud setiap malam? Saya berani kerat hujung kuku jika Mrs F kata 99% peratus dari total lelaki yang tak pernah main game, akan solat tahajjud hampir setiap malam ( Kami sayang jari ok. Jangan pula lepas ni kata gamer tak potong kuku ya). Saya main game, ada kalanya bila terjaga awal, akan tahajjud juga 2 rakaat, beserta witir. Ada kalanya, terjaga, tapi tak solat pun, sambung tidur. Tapi bukan sebab game, tapi sebab nafsu tidur semata. Nak bangun solat malam, atas diri sendiri, atas rahmat Tuhan. Penghalang terbesar : Bantal dan selimut.
3) Solat Subuh. Seperti di atas. Saya main ‘game’, tapi saya usaha untuk solat Subuh di masjid. Memang ramai kawan-kawan lain yang main game, tapi tak solat. Juga, ramai kawan-kawan yang langsung tak main game, tapi dia pun tak solat. Jadi, main ‘game’ bukan hipotesis utama seseorang lelaki Islam itu mendirikan solat atau tidak, yang paling utama ialah Iman.
4) Macam mana main game, tapi nak solat berjemaah di masjid, atau sekurang-kurangnya solat sebaik sahaja masuk waktu? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Gunakan akal fikiran, kalau waktu Zohor masuk 13:15 contohnya, janganlah 12:30 tu nak search ‘game’ (Dota contohnya, setiap permainan 20 minit- 50 minit). Boleh buat anggaran sendiri waktu bila boleh main ‘game’, waktu bila tak patut main ‘game’.
5) Main ‘game’ dan mengaji. Sama juga seperti di atas. Saya main game, tapi cuba untuk mengaji setiap hari, selepas Subuh. Juga, pergi ke KELAS MENGAJI. ‘Game’ bukan hipotesis seseorang itu pergi ke kelas mengaji atau tidak. Betapa ramainya yang tak main game tapi langsung tak buka Al Qur’an walau seminggu sekali? Soalan ini khas untuk semua orang.
6) Mencarut. Saya kenal dua-tiga orang yang suka bercakap kotor, yang menarik dua-tiga orang tu tak main ‘game’ pun. Jelas dengan sendirinya ye Mrs F. Golongan yang bercakap kotor ni, wujud di mana-mana, tapi kewujudannya dibenci sekalian alam. Bukan asal main ‘game’, terus suka mencarut, kami pun benci orang yang suka mencarut.
7) Main ‘Game’ dan tanggungjawab. Manusia yang meminati E-Sukan ni terdiri dari pelbagai golongan, dengan bermacam latar pendidikan dan pekerjaan, dari pekerja bawahan sehinggalah ke golongan professional. Jika benar bagai dikata, main ‘game’ menjadikan manusia itu tidak bertanggungjawab, ramailah yang dah kena buang kerja. Pelajar Universiti pun ramai yang tak akan grad. Kami main game je kot, bukan hisap dadah.
8) Ye, kami mengaku memang ada ‘gamer’ ketagihan ‘game’. Tapi, itu sangat kecil bilangannya. Dan ia juga berlaku dengan hobi-hobi yang lain.
Nasihat kami, jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Marahkan pijat, tilam dibakar. Marahkan tikus, rengkiang dibakar. Akhirnya tidur terdedah, bertilamkan lantai, perut pula kebuluran.
Puan seperti feminist yang keterlaluan. Jangan kerana peristiwa buruk dengan seorang lelaki yang bermain ‘game’, semua lelaki yang bermain ‘game’ hendak dihinakan..
Suka saya meminjam kritikan Hamka, “Ya, demikianlah perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya, walaupun kecil, dan dia lupa kekejamannya pada orang lain walaupun bagaimana besarnya.”
Confession sebelum ini, dia menggunakan perkataan ‘hamba game’. Sebagai metafora seseorang yang ketagihan permainan ‘game’ yang melampau.
Namun, seseorang yang menggunakan ayat Qur’an seperti Puan F dalam hujahnya, sepatutnya lebih mengerti akan maksud tuduhan seseorang itu sebagai HAMBA GAME. Kita semua ini hanya layak menjadi hamba Allah Azza Wajalla. Menuduh mukmin lain sebagai hamba selain Allah sangat keterlaluan, boleh rosak Aqidah, bahkan lebih teruk dari manusia yang ketagih main ‘game’ + mencarut + tidak bertanggungjawab.
”Tidaklah seseorang menuduh orang lain dengan kata fasiq, dan menuduhnya dengan kata kafir, kecuali tuduhan itu akan kembali kepada si penuduh jika orang yang tertuduh tidak seperti yang dituduhkan.” – HR Bukhari
Hati-hati dengan perkataan.
Ampun maaf dipinta bagi sebarang kekhilafan. Lelaki yang main ‘game’ bukanlah bersih dari dosa, tapi hobi ini janganlah dihinakan. Jangalah semua yang buruk, bagi dekat lelaki yang main ‘game’ ni. Berlaku adil lah walau dalam menuduh.
Sekian.
Glosari
i) Rengkiang = tempat menyimpan padi; kepuk; jelapang
– matz
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit