Saya adalah seorang wanita bekerjaya sebagai seorang pendidik di sebuah universiti.
Sewaktu buat PHD, saya ada skandal dengan seorang pensyarah status suami orang. Pangkat dia dah prof masa tu.
Dia yang banyak tolong saya, kemana-mana dia pergi memang saya akan ada je.
Lepas dapat PHD, saya diserap masuk ke universiti itu melalui pertolongan dia.
Saya berhubungan sulit dengan dia lama juga, pasangan kami masing-masing tak tahu.
Malahan dekat komen kawan-kawan banyak je yang ‘kenen’ kan kami walhal saya sudah bersuami ketika itu.
Apa yang merungsingkan saya, baru-baru ini kisah lalu saya telah diketahui oleh orang beserta bukti.
Apa patut saya buat, orang itu tak ada ugut tapi saya takut dia laporkan kepada pihak universiti.
Saya dah putus dengan lelaki itu kerana lelaki itu yang nak putus.
Bagaimana nasib saya? Saya risaukan kerjaya saya selain saya takut suami dan anak saya tahu.
Mohon bagi pendapat semua. Jangan kecam ye. Saya tak kuat. Terima kasih.
– W (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
awak ni pendidik gen Z ke apa.. cerita tak matang mcm budak darjah 6.. tak, skrg ni awak dah taubat ke belum, ke ada pengganti skandal lain? putus dgn skandal lama pun sbb dia yg minta putus kan.. kalau x minta putus awak nak teruskan je kan.. skandal dulu awak ni setakat whatsapp saja atau dah sampai ke hotel.. benda dah terjadi, dik.. hadap je la.. semoga awak dah taubat nasuha..