Pernah Sekurus Itu

Assalamualaikum.

Pernah seselim itu Pernah

Pernah sekeding itu Pernah

Pernah Sekurus itu

Tapi itu dulu………

Tapi akhirnya buncit jugaaaaa

Aku nyanyi penuh perasaan. Hwa hua hua..

Aku, Chik Nab – nama samaran. Umur, lagi 3 tahun pencen pilihan.

“Cuba le kuruskan badan. Abang suka badan awak macam dulu. Kalau kurus balik, abang beli bikini”

Hat beli bikini, aku gelak besar. Huis, mamun apa nak beli bikini nye.

Last last aku diam. Cam ne nak kurus nya.

Tapi bila fikir balik, tahun lepas aku dapat capai berat badan ideal selepas tiga bulan jaga makan.

Ya makan, makan juga. Tapi jagalah jenis Dan portion nya. Sebab? Sebab kesihatan.

Dr. Kata ada masalah saluran darah. Patutlah cepat semput. Pra menopause.

Aku juga buat brisk walking. Sempat la tukar saiz baju. Happy nya rasa.

Tapi… Tapi jangan start cheat day bcoz dia jadi cheat days dan cheat week.

Kejap aje beb. Seminggu balik kg. Makan, cam tak sedar diri. Cakap sendiri, nanti sambung balik jaga makan. Nipu!

Tapi akhirnya, bulat jugaaaa..

Betullah. Gemuk itu pilihan.

“Abang, saya ni gemuk sebab stress. Dulu, awak buat macam macam sampai saya stress.”

“Yalah tu. Kita la pulak yang salah”

Hi hi hi.

Sekarang ni lapor aje manjang.

Hmmmm camner nak kurangkan saiz badan ni?

– Nab (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Sama la kita. Bila masok usia senja, metabolism dh rendah. Tambah pulak tak aktif. Satu lg, bila dh pencen kita join kuliah agama, kelas ngaji, dll. Org melayu ni tak boleh nk pisahkan majlis & jamuan makan. Adoiii..makanan pulak sedap2…..eeermmmmm dugaan betul.
    Saya pun dulu dh dpt BMI ideal. Betahan 1 tahun lebih je…sekarang dh bulat semula…..sekapal la kita.🥴

  2. Kita pun sama, lepas bersalin punggung peha perut semua out. Nak diet, asyik fail jer dengan godaan duniawi. Nak betul2 kurus tu memang kena kental la kan. Tapi kita buat ala2 macam kurus je la. Lepas sarung seluar THERAPANTS, tiga2 masalah tu selesai.. alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *