Pernah Tertarik Untuk Bunuh Diri

Assalamualaikum. Thanks kpd admin if menyiarkan cerita ni.

Cerita ni kisah aku. Firstly, aku akan cerita tentang latar belakang dan masalah aku serba sedikit. So korang tak ada lah macam terpinga-pinga kan. Okey , masa aku baby , embah dan tok aku bela aku , since arwah abah meninggal sejak aku baby lagi. Aku tak sempat nak kenal abah dengan lebih rapat. So embah aku bela aku. Dia take over aku dari mama aku. Nak dijadikan cerita, mama aku ni macam terasa lah jugak hak jagaan dia diambil.

Mungkin embah nak bela aku sebab dia rapat dengan arwah abah, and abah anak kesayangan. Okey.. Selepas beberapa tahun embah meninggal, atok sakit. Tak dapat nak berjalan. Automatically, hak jagaan aku di ambil oleh paklong( dlm islam, hak jagaan ank adik lelaki yg mninggal jatuh kpd tgn adk beradik lelaki sulung). So paklong aku jaga aku dan stay lah dgn keluarga dia.

Pak long aku dan keluarga dia melayani aku mcm anak dia lah. Sebab aku pnggil dia babah dan bini dia aku panggil mami. Tp masa tu aku kecik jugak,sekali
duduk dengan orang ni, mesti lah dia ada layan kita ni macam kurang lah sikit dari anak2 dia. So, aku rasa macam masa tu aku tak suka sangat cara paklong aku. So, aku hati aku memberontak nak balik rumah nenek (which is rumah parents my mum).

So since that, aku rasa selesa masa tu. Nenek kata, boleh je jaga aku, so aku macam selesa. Walaupun masa tu,aku hanya akan balik rumah nenek time cuti sekolah sahaja. Rumah nenek lah jadi tempat aku macam ‘ feel like home ‘ sikit. Ada sekali, aku bergaduh dengan sepupu aku, dia hantar Dm, die cakap, aku menyusahkan family dia, ayah dia. Kalau korang mesti terasa kan? Masa tu aku form 5, aku duduk hostel. Asal minggu balik je, aku mesti balik rumah nenek. Sebulan dah aku yak balik rumah paklong. Tapi macam mana entah, sepupu aku tu dia Dm aku balik, die macam pujuk ke macam mana entah. So aku pun balik, kebetulan masa tu raya. Hari last puasa tu aku balik.

So.. Bila aku dah semakin membesar start aku habis spm, aku continue pra universiti di salah sebuah sekolah jauh dari rumah dan kehidupan. Aku saja buat macam tu supaya, aku dapat lari kejap.

Habis je pre – u ,dah dapat result. Result aku tak secantik spm, so aku try bnyak kali apply degree tapi tak lepas. . Kat sini lah bermulanya, titik pressure dalam hidup.. Aku duduk rumah nenek,. Jadi gais sebelum i move to continue ,aku nak selitkan sikit, nenek aku ni makin aku besar dia jadi macam pilih kasih, kadang-kadang dia macam berkasar dengan aku, layan aku macam orang luar, dia maki, dia kutuk, tapi dengan aku je, bukan dengan cucu lain. Mungkin dah meluat kot sebab asyik duduk rumah dia. So, sambung balik.. Okey aku duduk rumah nenek aku,.start dari ni, ramai orang persoalkan, dan tanya macam-macam pasal kerja. Kerja kerja kerja. Ada yg push pasal suruh isi spa. My mom keep blame me, why aku tak dapat kerja kerajaan.and everyone in that house macam judging me, cakap aku pemalas, cakap aku ni makan duit nenek aku je. Fyi, aku bukan tak usaha, aku dah banyak isi kerja kosong, spa tiap minggu aku update.kau bayangkan. Cuma takkan aku nak isi tu aku nak heboh dekat orang kan? Takkan nak screen shot spa, canang kat fb, instagram, twitter dan whatsapp?.

So this problems, makin menjadi, jiran sekali masuk campur. So the pressure came from semua pelosok. Maki hari aku jadi makin lemau. Aku menangis tanpa sebab, aku jadi risau,. Aku jadi keep blaming my self without any reason, and i think a lot about my self, i alone, i love to being alone. And satu lagi masalah yang aku hadapi sekarang…

Aku pergi balik rumah nenek, nenek macam suruh aku balik rumah paklong. Balik rumah paklong, paklong suruh balik rumah nenek. Mesti korang tertanya kan kenapa tak balik rumah mak aku jer?

Okey lah aku cerita sikit ,pasal mak aku.. Mak aku dia jadi rengang dengan aku sejak dulu.. Setiap kali bertemu,mesti mak aku sengaja cari pasal.kadang benda kecik pun dia nak besarkan. Kadang aku duduk diam dia macam sengaja je.aku bukan buruk kan mak aku. Cuma aku nak korang faham situasi dia je. Dan terpaksa cerita. So, aku ni stress, kadang aku tak sedar aku melawan mak aku, sometimes, tetibe aku rasa macam nak pukul je. Astaghfirullah. Aku terlampau tertekan, dan tiada seorang pun dari mereka tahu, dan nak ambil tahu. Probably, diorang nampak aku macam chill, rilek, tapi diornag tak tahu my mental going so far. I might look like okey. But, no.

Kenapa aku tak cerita saja dekat diorang?
I know who they are.. Dan macam mana mereka. Tak berguna kalau kita luah, sebab none of them yang faham. What is depression. Diorang hanya akan cakap. Aku mengada, aku saja je. Dan sebg nya. Tapi deep inside me, i need someone who hug me. Comfort me. Pernah sekali aku tak tahu dah nak luahkan dekat sape masalah aku, sebab orang takkan faham. So, aku pernah fikir to committe suicide. Astaghfirullah. Aku masih ada Allah. Masa tu aku fikir arwah abah. Sebab aku satu2 nya anak dia. Dia masih perlukan doa seorang anak.

Pernah sekali aku berlari ke kubur, aku melawat embah, abah dan atok. Aku rasa aku nak cerita kat diornag. So after that, aku sedekah lah apa yang patut untuk diorang. I probably, miss my abah. So much! Benda yang paling sakit merindui orang yang kau tak pernah jumpa, tapi ade ikatan yang kuat dengan kau. Thats so hurt!

Aku cuma risau dengan keadaan masa depan dan diri aku. Aku tak nak end up jadi orang yang takda masa depan. Aku jugak pernah fikir, takkan sampai bila2 aku nak harapkan paklong. Paklong makin tua, nanti2 die pencen jugak. Walaupun dia banyak duit, tapi aku rasa patutnya umur dah 20 an ni kene jugak push diri.. Aku mempunyai keinginan membuak-buak nak study. Tapi at the same time, aku pressure dengan masalah macam2.kewangan dan lain-lain.

Aku sebenarnya, tak sedia lagi nak menempuhi alam pekerjaan sebab aku dah set awal2 nak study lagi.tapi dah jadi macam ni.

Family sbelah mak aku tu macam tak ambil port dah . Yang diorang tahu asyik nak push aku. Dan asyik nak membebankan otak ni. So Seriusly, i m lost.

Aku tak tahu nak buat apa dah. Aku tak pernah menangis depan kawan-kawan. Tapi kalau aku menangis tu, i really need you. And i m weak. Sebab karakter aku seorang yang gila-gila.
Dengan diorang.

Recently, aku ade buat test depression, aku dapat high marks. Meaning aku memang ada simptom- simptom tersebut. Aku rasa macam diri aku useless sangat. Jadi sampai takat tu sahaja aku boleh cerita about my experience about my mental illness.
Mungkin. Tak berapa jelas nak menggambarkan apa yang aku rasa. So aku akan akhiri dengan satu motivasi untuk korang
“Untuk yang tengah study tu, dah dapat masuk universiti, please perform elok-elok, sebab ramai lagi insan yang memang nak sangat belajar tapi tak dapat nak belajar, so korang study lah untuk orang-orang yang tak dapat masuk tu”. Sebab aku nak sangat belajar tapi kena hadap masalah ni. So korang yang dapat tu please yer, gunakan peluang yang ade, jangan buat hal.

Bye.
Love,
Hinata,

– hinata

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit