Assalamualaikum..terima kasih admin sudi siarkan confession saya.
Sejak akhir-akhir ni viral di fb tentang isu penceraian Intan & Ude gara-gara kehadiran orang ketiga .Walaupun saya tak pernah kenal siapa mereka sebelum ni kecuali orang ke tiga tu, tapi saya rasa tersentuh sangat tengok wajah pilu isteri pertama Ude yang diceraikan tanpa sebab munasabah. Saya dapat rasakan betapa hancurnya perasaan Intan bila dibuang macam tu di saat anak-anak masih kecil dengan tak ada pekerjaan dan juga pengangkutan untuk ke mana-mana. Saya pun pernah mengalami macam intan bila diceraikan setelah kehadiran orang ketiga walaupun masa tu dah 7 tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Rasa macam dibuang dengan kejam dari hidup bekas suami yang sangat saya sayang dan hormati ketika itu.
Masa tu memang rasa macam hidup tak bermakna sampai tahap rasa macam tak guna je hidup. Saya rasa saya dah hilang tempat bergantung dan berkongsi hidup. Hari-hari meratap meraung mengenangkan kenapa benda ni terjadi kat saya? Kenapa bukan orang lain? Hidup saya tunggang langgang and saya tak dapat fokus dengan pekerjaan yang saya alami sampai satu tahap saya rasa nak bunuh diri tapi nasib baik masih ada anak sebagai penguat semangat.
Tapi bekas suami saya kat mana masa tu? Bekas suami saya nampak gembira je dengan skandalnya sedangkan saya meratap seorang diri . Sikitpun dia tak datang pujuk apa lagi nak rujuk balik. Sedihnya hanya Tuhan yang tahu.
Saya merata-rata pergi jumpa dengan beberapa orang kaunselor,ustaz dan cuba dengar ceramah agama dan motivasi untuk tenangkan hati tapi still hati saya rasa kecewa sangat-sangat. Saya rasa macam hidup ni hopeless. Rasa macam tak ada apa yang boleh buat saya bersemangat balik. Berat badan saya turun mendadak dalam masa beberapa bulan je daripada berbadan gempal 70kg turun hingga jadi kurus kering 52kg. Orang kata rupa dah macam mayat hidup dengan kurus, wajah kusam dan penampilan serabai. Bila saya tengok gambar lama saya rasa macam tak percaya tu adalah diri saya masa tu.
To cut the story short, hidup saya berubah lepas saya ikuti page Puan Diyana Tahir & baca buku Ajari Hatiku keluaran beliau. Murah je buku tu tapi kesannya MasyaAllah memang amat luar biasa. Saya macam temui nafas baru dalam hidup saya setelah berbulan-bulan berkabung akibat penceraian.
Lepas buat latihan 21 hari dalam buku tu saya rasa saya seperti orang yang baru. Hilang semua rasa kesakitan dan kesedihan yang saya alami selama ini. Hilang semua rasa benci terhadap bekas suami dan skandalnya. Rasa macam baby baru lahir je. Dari situ saya belajar untuk lebih mensyukuri segala nikmat hidup, memaafkan diri dan semua orang yang pernah menyakiti . Saya lebih menghargai diri dan semua orang yang masih sayangkan saya terutamanya anak dan ibu bapa saya yang sentiasa ada di saat saya perlukan mereka. Sesungguhnya kasih sayang Allah ni Maha Luas. Selama ni saya rasa Allah tak sayang saya kerana uji saya begini tapi rupanya Allah sangat sayangkan saya dengan beri saya pelbagai kelebihan dan hadirkan saya dengan ramai orang yang masih menyayangi saya. Saya rasa lebih dekat dengan Allah dan lebih bersemangat untuk meneruskan hidup.
Saya cerita ni bukan nak iklan buku beliau atau sebaliknya tapi nak cakap yang penceraian atau perpisahan bukanlah bermakna hidup sudah berakhir. Cuba tengok sekeliling kita, masih ramai sebenarnya yang masih sayangkan kita , lebih menghargai kita dan masih bersama kita. So, kenapa kita nak fokus pada seorang yang dah pun pergi dalam hidup kita? Kenapa kita nak buang masa bersedih tentang orang yang tak menghargai kita? Saya dah buang masa hampir setahun bersedih dan meratap,menangis hingga terganggu kerja saya gara-gara terlalu fokus pada kehilangan bekas suami yang sikit pun tak peduli pasal saya.
Saya sangat beruntung sebenarnya sebab even lepas bercerai saya masih ada kerjaya saya sendiri,ada rumah , ada kereta dan ada anak. Saya masa tu masih muda, boleh dikatakan dalam golongan wanita yang ada rupa yang cantik dan pandai berdikari . Tapi pada mulanya saya tak nampak semua kelebihan tu sebab dok fokus pada sakit hati la, hancur hati la dan semua elemen-elemen sedih yang sewaktu dengannya. Tapi bila saya mula bangkit dan lihat apa yang ada di sekeliling saya serta mula menghargai dan menyayangi diri, saya rasa kenapa la saya bodoh sangat buang masa dengan bersedih padahal Allah dah bagi kelebihan yang banyak untuk saya teruskan hidup ni tanpa suami.
Alhamdulillah..mulai saat tu saya dapat lalui setiap detik dengan gembira dan lebih yakin. No more tears, no more sadness. Saya gembira sangat hingga lupa yang saya pernah disakiti. Saya even boleh bersahabat baik dengan bekas suami sebab fikir anak saya ni anak dia jugak. Dia pun mula bagi nafkah anak lepas setahun bercerai.
Lepas hampir 2 tahun jadi mak janda, Alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan lelaki bujang yang cukup baik dari segi agama,rupa dan peribadi. Saya rasa macam dia anugerah terindah dari yang Allah turunkan dari langit. Lepas tak sampai setahun kenal kami bernikah secara sah di rumah saya sendiri dan sekarang dah masuk 4 bulan tempoh perkahwinan .Alhamdulillah terus terang cakap suami kali ni jauh lebih baik dari dulu dari segi didikan agama & layanan kepada isteri. Dia boleh terima dan layan anak saya macam anak sendiri . Saya harap Allah kurniakan kebahagiaan kepada kami hingga ke jannah dalam rumahtangga kali ni. In sha Allah..Bekas suami pula, dengar khabarnya dah putus dengan skandalnya dulu tak tahu sebab apa tapi apa pun saya doakan dia jumpa jodoh yang terbaik selepas ni.
Saya berkongsi kisah hidup saya supaya Intan atau sesiapa pun yang senasib dengan saya tak mudah mengalah atau menyerah bila diuji dengan penceraian atau kehadiran orang ke tiga dalam rumahtangga. Yang belum berkahwin atau bakal berkahwin jadikan kisah ni sebagai iktibar kerana kita tak tahu apa nasib kita pada masa hadapan kerana jika dilihat statistik penceraian amat tinggi di Malaysia dan salah satu yang bercerai dulu adalah saya sendiri.
Walau apa pun yang berlaku, ingat..sayangkan dan hargai diri dulu dan lihat sekeliling kita..pasti masih ramai yang masih sayangkan kita dan setia dengan kita. Bila kita lebih sayangkan diri dan menghargai diri percayalah pasti akan ada lebih ramai orang yang sayangkan kita lebih pada diri kita sendiri.
Pasal jodoh atau masih ada ke lelaki baik yang nak kan kita lepas bergelar janda? Jangan risau, just percaya pada jodoh dan rezeki Allah..In sha Allah..kalau ada jodoh ,pasti anda akan jumpa jodoh yang lebih baik lepas ni. Mungkin jodoh kalau bukan di dunia tapi di akhirat kelak.
Kalau tak punya kenderaan atau pekerjaan jangan risau, sekarang ni banyak online bussiness/dropship atau bisnes dari rumah yang boleh anda join untuk cari income lebih. Rezeki Allah ni luas, selagi kita berusaha mencari pasti Allah tunjukkan lubuk rezeki halal untuk kita.
Apa yang pasti, hidup kita masih belum berakhir,please move on . Seperti pepatah inggeris ada mengatakan “no matter how long rain lasts, there will be a rainbow in the end”..tak kira berapa lama hujan turun (kesedihan) pasti akan ada pelangi (kegembiraan) setelah hujan berhenti. So, berhentilah meratap sedih dan mengenangkan orang yang dah tak ada dalam hidup kita tapi fokus pada kelebihan dalam diri untuk merubah hidup menjadi lebih ceria dan bermakna. Semua orang boleh lakukannya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Salam sayang dari sahabat prihatin… :)
– Miss Diana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit