Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM Confession, nama ku cukup ku gelarkan N, berusia di awal 30’an apa yang aku ingin ceritakan adalah kisah pengalaman di mana putus tunang yang telah aku alami sendiri.
Percintaan antara aku dan H, menjadi serius disebabkan masing-masing sudah komited untuk menjalin hubungan serius, maka aku pun bersetuju mengikat tali pertunangan.
H merupakan pekerja di kedai makan di Pahang, tugasnya hanya membuat air sahaja, namun ia tidak membuat ku ragu-ragu untuk memilihnya.
Bukan itu sahaja, dia juga mempunyai kisah silam dimana dia pernah ditangkap khalwat dengan ex nya pada tahun 2019, tetapi aku masih percaya dan tidak menjadi kudis buatku, aku faham bahawa setiap insan tidak terlepas dari membuat kesalahan.
Pertikaian antara aku dan H bermula, apabila dia sering bercerita mengenai kakak kawannya yang sama usia dengannya,
Dia bercerita mengenai perempuan itu, yang status nya merupakan janda tiada anak dan tinggal di kawasan berdekatan perumahannya, bahkan memberitahu bahawa perempuan itu adalah sahabat sekolahnya.
Sebagai tunang, aku menasihatinya supaya menjaga pendangan dan jangan terlalu bergaul dengan perempuan tersebut. Apa yang aku dapat dari H, adalah herdikan bertalu-talu seumpama aku yang bersalah,
Bukan itu sahaja, malah perkara menjadi lebih buruk sehingga dia ingin memutuskan pertunangan antara kami, hanya disebabkan teguran aku padanya, niatku untuk tidak mengundang fitnah bagi dirinya, itu sahaja.
Setelah apa yang berlaku, aku bermuhasabah diri, adakah lelaki seperti ini yang nak aku jadikan suami? yang tidak pernah ingin mempertahankan hubungan ini? yang selalu meminta putus pada perkara yang kecil?
Aku merasakan terlalu sedih kerana aku boleh menerima dirinya yang tak punya apa-apa, aku sayang padanya sehingga tahap aku meletakkan nama second driver kereta ku kepada namanya, setinggi itu kepercayaan ku padanya.
Bukan itu sahaja, malah H juga mempunya rekod polis dan namanya tidak bersih dan tidak memungkinkan dia untuk mendapatkan lesen. Bagiku ia tidak menjadi kudis buatku, tetapi dirinya? tidak pernah untuk berusaha untuk hubungan ini.
Lebih daripada itu, aku sanggup menggunakan barang barangku yang belum pernah aku guna, semata -mata ingin memudahkan dalam pencarian barang tunangku sendiri.
Sehingga itu, aku mampu tersenyum kerana bagiku aku telah memudahkan urusan kami.
Perkara yang tidak ingin terjadi juga akhirnya, apabila dia sendiri terkantoi dan mengaku bahawa dia menolong kawan perempuan nya untuk menjual laptop, dan dia menipu diriku buta-buta, ketika aku bertanyakan siapa kawannya yang meminta dia untuk membantunya?.
Bermula daripada situ, aku sudah tidak mempercayainya lagi, kerana perempuan itu dia sanggup menipu aku hidup-hidup,
Dan perkara yang aku tidak akan pernah mengerti adalah mengapa dia beria mempertahankan kawan perempuannya itu, sedangkan dari penjelasannya dia mengatakan perempuan itu sudah mempunyai teman lelaki.
Bermula dari situ, aku sudah tidak mempercayainya lagi, orang yang tulus menyayangimu tidak kau pertahan tapi perempuan yang kau mengaku kawan, lebih mempertahankan.
Aku bermuhasabah diri, aku beranggapan mungkin salah diriku yang terlalu meletakkan harapan pada hubungan ini dan mengharapkan dirinya adalah insan terbaik buatku.
Tetapi pada penghujung kalinya, aku telah memberikan keputusan dimana, setelah aku fikirkan dia bukan insan terbaik bagiku.
Peristiwa dia bergaduh dengan bos cafe, tidak akan aku lupakan, dia mengadu padaku dan menggertak bosnya untuk membuangnya, aku bertanya bagaimana dengan duit kahwin? katanya rezeki dimana-mana.
Sedangkan pertikaian bermula hanya disebabkan salah fahaman mengapa cafe ditutup awal dari masa operasi, itu sahaja.
Keesokan harinya bertalu-talu whatsapp dari pada ex tunangku, dia ingin berhenti. Aku memujuk jangan lah begitu, terangkan lah sebaik mungkin, dan akhirnya keadaan kembali menjadi normal dia bekerja semula seperti biasa.
Akhir hubungan kami, adalah apabila aku bertanyakan adik iparnya yang merupakan isteri kepada adiknya adakah dia akan tinggal di rumah yang sama setelah kahwin.
Tiba-tiba dengan tidak semena-mena dia naik angin dan mengungkit mengatakan aku terlalu banyak berfikir, dan dengan dia aku telah perasan bahawa aku tidak boleh mencari-cari sesuatu untuk ditanyakan, jika tidak ia akan menjadi masalah.
Jika aku sebagai perempuan tidak boleh bertanyakan sesuatu apakah gunanya hubungan antara kita berdua lagi.
Tiada sefahaman yang boleh aku simpulkan, tetapi apa-apapun aku belajar banyak daripada ex tunangku, yang jika lelaki itu sudah pandai menipu, semata-mata untuk mengelak dari bergaduh maka dia boleh terus menipu dan menipu.
Akhir kata, sebelum aku meninggalkan dirinya, aku telah mengajarkan dirinya mengaji, kerana dia sendiri tidak reti untuk mengaji langsung,
Setiap selasa malam, akan ku ajarkan dirinya mengaji supaya mendekatkan dirinya dengan Allah, itulah kenangan manis aku dengannya.
Kesimpulan yang aku boleh rumuskan adalah, jangan takut untuk bersendirian kerana, yang Allah genggam itu pasti akan Allah lepaskan dan temukan dengan seseorang yang lebih menghargai dan menyayangi kita.
Doakan aku ya pembaca-pembaca IIUM Confession sekalian, terima kasih kerana sudi membaca confessionku.
– Bunga Indah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit