Persediaan Ke Arah Perkahwinan Buat Anak Dara

Assalamualaikum wbt

Kak J tengok bukan main ramai lagi gadis muda especially yang berusia awal 20-an yang berangan nak kahwin dan sibuk buat confession atau post pasal jodoh di laman media sosial mereka macam Facebook dan Instagram. Kak J ok je cuma to a certain extent rasa macam over pulak korang ni punya berangan nak berboyfriend, bertunang, bersuami, dan sebagainya. Syok sendiri je walhal cuba korang tengok diri sendiri tu agaknya dah ready ke belum nak kahwin tu? Kak J ni bukan apa bila fikir balik dan terbaca confession dekat laman KRT yang hampir 100% menyalahkan lelaki dalam hal rumah tangga, nak juga tahu agaknya macam mana sikap kaum wanita zaman sekarang dalam menjalankan tugas sebagai seorang isteri di rumah. Cukup ke layanan kepada suami, baik tak layanan kepada keluarga mentua, bersifat panas baran dan ada mencarut tak? Kalau dah memang baik dan serba sempurna tapi suami masih buat hal tak apalah perbanyakkan doa kepada Allah moga dibukakan jalan lain untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ni. Bukanlah Kak J nak kata yang Kak J ni sempurna cuma mari kita cuba muhasabah diri semula.

Kembali kepada topik asal. Kak J ni berusia 33 tahun. Dah kahwin dan ada dua orang anak. Alhamdulillah dikurniakan suami yang baik, seorang anak istimewa, dan seorang lagi sempurna sifat fizikal. Kak J tak ada adik perempuan kandung tapi Kak J ada seorang adik ipar yang berumur 24 tahun. Masih belajar dekat sebuah IPTA. Dalam pemerhatian Kak J, adik ipar Kak J ni suka post pasal jodoh dekat Facebook dia, suka post gambar lelaki-lelaki sado dan kacak, dan asyik share pasal confession cari jodoh je. Rupa paras agak so so sahaja, badan gempal… tapi yang buat dia lagi tak berapa nak cantik adalah sikap dia. Kalau dekat rumah ni satu kerja pun tak pernah buat. Sepanjang Kak J berkahwin dengan suami hampir 5 tahun ni, Kak J hanya pernah nampak dia masak beberapa kali sahaja (itu pun sebab dia bangun tidur lewat, kelaparan, dan makanan favourite dia tak ada atas meja). Rasanya beberapa kali je Kak J tengok dia bangun pagi, sebab biasanya dia bangun paling awal pun jam 12 tengah hari. Kadang-kadang bila dia ada hal nak keluar, dia cuma basuh muka (dengan tak mandi atau gosok gigi) dia akan terus keluar pakai baju lawa-lawa dan make up tebal. Dia ni boleh tahan bergaya orangnya. Kalau nak keluar siap bermake up bagai. Hatta baju dia pun mak yang basuhkan, sidai, angkat, dan lipat. Memang geram betul Kak J rasa. Pemalas dia memang tahap babun. Naik meluat Kak J tengok. Cukup masa dia tengok TV sambil makan McD or KFC (makan sorang-sorang je). Dalam pada itu dia selalu cerita pasal dia kecewa dengan lelaki… siap minta mak carikan jodoh. Kak J pun telah diminta tolong oleh mak mentua untuk carikan potensi jodoh untuk dia. Adeh… memang tak ingin Kak J nak tolong recommend.

Kak J rasa benda ni bukan berlaku dekat adik ipar Kak J sahaja, malahan ramai gadis muda di luar sana yang mendambakan seorang lelaki yang baik untuk jadi suami. Tapi apa kata adik-adik renung balik dan tanya diri sendiri: “agaknya boleh ke aku jaga keluarga aku especially suami sendiri bila berkahwin nanti dalam keadaan aku yang malas buat kerja rumah (walaupun Islam tak wajibkan beban kerja rumah ni pada bahu sang isteri, takkanlah awak sanggup nak biarkan rumah sendiri jadi macam tongkang pecah dan biarkan suami yang buat semua tu sendirian, betul tak?) dan malas nak bersiap bersihkan diri sendiri?”

Sebelum berangan nak kahwin dan dapat lelaki kacak sempurna ala-ala Zul Arifin atau yang banyak ilmu agama sehebat alim ulama, persiapkanlah diri sendiri dengan amalan nilai murni. Buat malu je bawa diri macam tu duduk rumah keluarga mentua nanti. Dan kurangkanlah post luahan perasaan dan caci maki dekat laman sosial kalau tak puas hati dengan sesiapa pun (ini termasuklah golongan mak orang yang suka gunakan media sosial untuk cari gaduh). Pelihara diri kita sebagai seorang wanita yang bermaruah. Lelaki dekat luar sana pun jangan mudah terpedaya dan termakan pujuk rayu wanita muda yang manja/gedik dan bermake up tebal. Tak tentu lagi dia secantik luarannya bila dia basuh muka dan buka semua lilitan tudung yang complicated gilerrr tu. Sorry kalau ada yang terasa.

– Kak J

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit