Assalamualaikum semua. Saya berusia 31 tahun, tiada anak, baru sahaja berkahwin untuk kali yang kedua pada bulan Februari lepas.
I just read a confession entitled ‘Penyiksaan batin’ (https://iiumc.com/yang-tiada-penghujung/).
Di sini, saya ingin bercerita bagaimana caranya untuk menjadi perempuan bijak selepas diajar oleh lawyer syariah saya. Kalau tak, saya pun clueless. Tak tahu.
Sebelum saya masuk part tu. Saya nak cerita serba sedikit kenapa saya memilih untuk failkan perceraian di usia 28 tahun.
I’m a career woman. Gaji lumayan. Walau sibuk bekerja, i masak hari-hari. Try myself to be a good and loving wife.
However, i had to admit that i was blinded by love. Bak kata Sheakspeare, ‘Those who are in love cannot see’. Ye, saya dibutai cinta. I used to be young and dumb.
Kahwin dengan lelaki yang saya saya tahu mempunyai pegangan agama yang lemah (dia mempersoalkan kewujudan Allah). Subjek philosophy yang ditawarkan di university yang buat dia macam tu.
Lepas kahwin dia sangat baran. Dia pukul, lempang dan macam2 lagi. Saya cinta mati dekat ex husband saya tu. So i chose to stay in that toxic marriage for years. Patutnya sekali kena pukul dah boleh terus blahhh.
Dia juga merupakan anak manja mak. Whatever that his mum reported to him, dikira sebagai justified evidence untuk marah, maki dan pukul saya. I had no say, i could not even defend myself.
Lepas empat tahun suffer, saya fikir. Enough is enough. At the age of 28, macam-macam yang terlintas di benak fikiran saya. ‘Tak kan la aku nak jadi JANDA di usia semuda ini?’.
Saya malu dekat kawan-kawan dan family sebab semua anggap kami ni perfect couple. Orang la cakap bukan saya ye, ‘Romantic couple. Sama2 pandai. Sama2 good looking.’
Fikir punya fikir… I called a friend. Dia cakap, ‘Rania, kalau kau nak cerai kau kena file terus sekarang. Sebab sekarang kau muda lagi. Nanti dah ada anak susah. Kau berhak untuk bahagia’.
Ayat ‘kau berhak untuk bahagia’ tu terngiang-ngiang. Those sacred phrase galloping in my head. ‘Berhak Bahagia… bahagia…’
Fast forward, Allah permudahkan urusan perceraian saya. I became a Miss J yang ramai sayang orang takut2 tu. Guess what? My life has started improving eversince the divorce.
So here are the things that a woman should do if your marriage is toxic and if u’re contemplating on divorce.
Why is this important ? Sebab senang nak buat tuntutan, senang nak fight for mutaah. Ramai yang tak tau pasal mutaah ni kan? Tapi kalau tu hak kita why not fight for it?
Bukan sebab kita mata duitan, tapi supaya jantan2 tak guna ni tau. Ingat senang je ke balun2 anak orang dan u can just get away with it? And also, as a lesson for those yang curang dan ceraikan isteri terkontang-kanting sorang2.
1. Kena amik tahu perihal kewangan suami. Contoh, kalau dia ada buat business. You need to at least know his SSM No.
Kalau dapat penyata kewangan dia lagi bagus. Senang u nak fight nafkah anak or mutaah nanti. Macam i, like i said, i used to be so ignorant. Tak amik tahu pun jadi susah lah nk buktikan dekat mahkamah yang dia boleh bayar ganti rugi lempang anak orang.
2. Screenshot, save and email it to yourself. Apa sahaja perbualan whatsapp yang menjurus ke arah penderaan mental dan fizikal boleh menjadi bukti di mahkamah.
Contoh dia cakap, ‘kau nak kena lempang ke?’, ‘you’re an idiot’. Tekanan emosi dari mertua, ipar pun boleh dijadikan bukti. Conversation dia curang ke, boleh screenshot. Ada cara dia, make sure nampak tarikh dan no hp.
3. Paling bagus kalau ada slip gaji dia. Cos from there, kita boleh buktikan dia kerja dekat mana dan jawatan apa. So make a copy of his business card or whatever legal document that can help u in court later.
4. Point ni pula lebih baik dibuat semasa dalam perkahwinan lagi. Atau pun selepas baru cerai. Dapatkan bukti bertulis tentang mental health anda di mana2 institusi berdaftar.
Kebanyakan perempuan yang melalui abusive marriage ni depressed. So kalau u ada bukti ni memang bagus untuk buktikan kepada mahkamah that u have to go through hell throughout the marriage.
5. Upload gambar masakan. Kalau tak nak orang nampak, privatekan. Buat caption ‘for my husband and kids’. Ni semua bukti tau untuk tunjuk dekat mahkamah u’re a good wife.
6. Apa sahaja yang u bayar, simpan resit. Snap gambar, email it to an email add. Nanti kang hilang.
7. Buat report polis. Ada yang kata kena pergi hospital la apa la. Actually tak perlu, simple je. Terus pergi balai. Even dia tutup pintu kuat2 dan maki2 ugut2 u pun boleh buat report. Tak semestinya dia pukul.
8. Ambil gambar kesan pergaduhan. For eg, lebam2 dekat muka. Or dia ada throw things against the wall ke.
9. It would be good if u can get a medical report kalau ada physical injuries. Make a photocopy of your list of medicine to prove that u are in pain.
10. Jangan sesekali hantar mesej dan buat ayat konon nak gertak dia ‘I actually dah ada orang lain’ semasa dalam perkahwinan. Jangan jerat diri sendiri.
11. Lawyer syariah ada yang harga dia below 5k. U pergi je mahkamah diorang ada sediakan khidmat lawyer.
Okay la. That’s all. I’m not sure if my writing would beneficial to u. But if u are now suffering from a toxic marriage, do consider my advice.
– Rania (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit