Persediaan Mental Sebelum Kahwin

Assalamualaikum.

Terima kasih iium confession jika tulisan akak ni disiarkan. Akak sebenarnya terkesan dengan satu cerita yang akak baru baca, tentang kes isteri menikam suaminya tu.

Termenung panjang jugak akak, istigfar, dan runsing bila fikirkan. Entahlah tapi akak percaya ia berlaku tanpa sengaja. Wallahualam, akak tak tahu apa yang berlaku antara mereka tapi mestilah pergaduhan antara suami isteri ye tak.

Beginilah, akak ni juga seorang isteri, usia perkahwinan akak baru nak mencecah 5 tahun. Teringin akak berkongsi dengan anak2 muda sekarang tentang isu perkahwinan ni. Pengalaman akak dalam rumahtangga ini belumlah banyak, tapi harapnya kita semua dapat sama2 belajar dan ambil pengajaran.

Sebelum berlangsungnya perkahwinan, akak rasa adalah baik jika mak ayah dapat turunkan petua2 atau nasihat untuk orang muda menjalani kehidupan rumahtangga yang mencabar ni. Akak ni dah takde ibu jadi takdelah ibu yang nak nasihatkan akak, tapi akak cubalah juga kutip dari pengalaman orang tua sebab mereka ni dah berpuluh tahun kahwin jadi mungkin adalah cara yang sesuai nak mengemudi rumahtangga yang dibina. Pentingnya nasihat orang tua kerana orang yang baru berkahwin biasnya belum nampak sisi gelap perkahwinan ni, jadi bila ada guideline dari orang tua maka bolehlah dipratikkan bila berlakunya isu2 berkaitan.

Antara nasihat yang boleh akak berikan untuk pasangan muda yang bakal atau baru bernikah:

1. Sabar.
Dulu orang tua selalulah ucap sabar banyak ye bila kahwin ni. Masa tu otak akak masih belum boleh olah, nak sabar apa dan macam mana. Setakat kalau sabar makan nasi lauk kicap, takpelah itu takde hal bagi akak. Rupa2nya, sabar tu paling penting digunakan bila kita berhadapan dengan pasangan yang sedang marah. Masa ni lah sabar paling diuji. Mencabar sungguh, tak tahu nak cakap macam mana. Ada banyak lah cara marah manusia ni kan, ada orang dia marah, dia diam tapi muka masam,
jeling pun dengan jelingan maut. Sakit jantung jugak kalau kena yang ni. Ada orang dia marah, dia luahkan semua yang dia tak puas hati. Yang ni ha mencabar tahap kritikal. Sebab biasa orang yang tengah marah ni dia suka menyalahkan kita yang ada depan mata ni, dari sekecik2 kesalahan sampai sebesarnya dia ungkit habis sebab nak lepaskan semuanya. Ha sanggup dik nak tahan telinga bila orang kutuk kita kaw2 contohnya kau ni pemalas, bod*h, dan segala perkataan yang menyakitkan hati? Sabar mana sabar? Tak kiralah suami ke isteri yang marah, sabar.

Orang yang jiwa kental memang akan sabar. Tapi kalau jiwa halus macam akak ni maunya melawan jugak, paling kurang nak pertahankan dirilah kononya. Ni silap besar ye adik2. Api jangan disimbah minyak dik, marak menyala2. Sabar, di mana engkau wahai sabar. Okay, nasihat akak, kalaulah pasangan kita jenis ini, tolonglah jangan sekali2 menjawab. Eh dik memang best dapat menjawab, tapi kau tanggunglah akibatnya. Boleh sampai bercerai berai tahu. Tak pun kena tikam. Nauzubillah kan. Tolonglah sabar2 sesabarnya untuk kunci mulut dan pekakkan telinga. Nak tulikan mata sekali pun boleh. Tapi jangan menjawab. Tahan, tahan, tahan. Bila kita diam, si dia mungkin akan rasa dia betul, takpe dik, biar dulu, beralah bukan beerti kalah. Simpan ayat ni betul2 dalam kepala. Yang mengalah itu lah yang menang. Ni penting untuk menundukkan ego diri kita sendiri. Ego ni lah yang bahaya dik. Dapat x point akak yang ni?

Bila orang tengah marah, beri dia sikit masa untuk bertenang, janganlah expect 5 minit lepas kau diam tu dia dah nak datang pujuk pulak. Ini tak logik. Kalau boleh, lari dari tempat tu. Kalau ada di ruang tamu, masuk bilik. Kalau ada dalam bilik, keluar gi ruang tamu. Tapi awas ye, jangan sampai keluar dari rumah. Apatah lagi berhari2. Itu sangat mengundang kemarahan yang lebih teruk. Bagilah masa paling kurang sampai esok pagi untuk dia sejuk balik. Akak dulu kan pernah lepas gaduh tu,
suami pun tidurlah dalam keadaan marah dan letih, eh kononnya nabi kata malaikat laknat isteri yang suaminya tidur dalam keadaan marah (betul ke wallahualam), boleh pulak akak paksa suami bangun sebab akak nak minta maaf dulu. Siap bertekak pulak kenapa suami taknak maafkan sekarang, dah si suami tu lagilah bengang isteri kacau tidur dia. Minta maaflah akak memang lurus bendul masa tu. Jadi nanti korang bagilah masa sikit untuk pasangan tu cool, janganlah memaksa sangat. Ada orang ambik masa sekejap je, ade orang berhari2, jadi sabarlah ye, sabar.

2. Komunikasi.
Ni penting jugak dik. Banyak masalah jadi kalau tak komunikasi cara yang betul. Salah faham boleh jadi gaduh jugak dik. Nanti yang isteri kata, abang tak faham saya, suami pulak fikir isteri ni yang tak faham dia.. Ni akak nak cakap, lelaki dan perempuan ni makhluk berbeza tahu. Kita yang hidup dengan adik beradik dari kecik, ada lelaki ada perempuan pun gaduh bagai nak rak, ni kan yang baru nak hidup sebumbung.

Memang lelaki perempuan berbeza. Memang akan saling tidak faham. Jadi kitalah yang kena memahamkan diri masing2. Yang ni kena cari panduan sikit, rajin2lah mintak petua orang tua atau baca buku famous “women from venus, man from mars” (ye ke ni tak ingat pulak sapa dari planet mana) tapi yang penting memang lelaki dan perempuan pemikiran tak sama, langsung. Jadi isteri janganlah duk expect suami boleh baca fikiran, nak2 tentang kerja rumah. Kalau nak mintak tolong, cakaplah direct. Gunalah segala jenis media nota ke, surat ke, whatsapp ke, fb messenger ke tapi no, jangan sekali2 dalam fb sebab kita taknak org luar tahu. Tolong ye, kita kena cuba faham karakter pasangan kita, tapi ye lah ambik masa bertahun dik.

3. Expectation.
Ni lah, ni yang biasa jugak jadi racun dalam rumahtangga. Ramai isteri, ye lah tak semua, biasa yang baru2 kahwin akan ada expectation untuk perkahwinan dia. Isteri expect suami buang sampah, eh suami tu x tahu menahu pun dia di’expect’ untuk buang sampah. Contohlah.

Expectation ni boleh bawa pada frustration tau. Sebab bila kita expect dan pasangan tak buat, memang akan frust habis. Eh akak dulu expect suami akak akan dukung akak masuk bilik, buat2 tertidur depan ruang tamu, takde maknanya dia nak angkat akak macam dalam drama tu. Gila ke apa akak ada expectation macam tu, x sedar diri badan tu berat kan. Tapi frustlah jugak. Kenapalah dalam drama best sangat tengok, ha ni akak nak pesan adik, banyak expectation biasa datang dari drama2 ni la. Kebanyakannya takde jadi pun dik, hentikan khayalan2 indah tu dan berpijaklah di alam realiti. Bukan ape, akak pun kuat berkhayal jugak dulu, tu yg expectation x tercapai jadi frust habis. Bila frust gaduhlah jawabnya dik. Dah, hentikan expectation, hidup ikut flow je, jangan harap apa2, kalau ada yang teringin bagitau direct kat suami jangan harap dia dapat baca fikiran kita. Bersangka baik selalu.

4. Tolak ansur.
Ni penting jugak. Isteri kena jaga hati suami, suami pun pandai2lah jaga hati isteri. Saling memberi. Jangan saling mengharap, memang tak ke mana dik. Kan akak dah pesan, kalau x puas hati, bincang. Tapi biarlah keadaan sesuai. Manusia ni ada 3 perkara yang boleh jadi punca kemarahan dia..satu lapar, dua letih, dan tiga apa ye tak ingat dah. Tapi boleh tahu dik, kalau pasangan tengah marah sangat, mungkin dia tengah lapar, jadi sumbat makanan dulu baru boleh bincang. Atau dia tengah letih, bagilah dia rehat dulu, esok pagi baru bincang elok2.. Salah masa merana dik..sebab tu orang tua pesan kena jaga perut suami, sebab kalau lapar memang boleh menyinga. Akak sekarang kalau rasa nak marah, akak ajak suami akak pergi makan sedap2, jangan sebut apa pun lagi, nanti lepas makan sedap baru mood ok, haa baru boleh nak bincang elok2.

5. Media sosial.
Panjang dah ni akak tulis tapi tak kira, point ni akak rasa penting sangat dik. Tolonglah jangan tulis apa2 pasal suami atau isteri dalam facebook, apatah lagi memburukkan pasangan. Tolong jaga maruah pasangan. Ni sebab satu isu hangat artis baru ni kan, akak rasa terkilan sangat, rasanya media sosial ni macam dah tak dapat dikawal.

Sebab akak dulu pernah berasa jugak nak luahkan kesedihan kat facebook bila bergaduh dengan suami kan, ye lah kita sedih kita nakkan sokongan, tapi salah cara tu. Salah sangat. Apa2 yang buruk dalam rumahtannga simpan, jangan biar sorang pun yang tahu walaupun adik beradik sendiri. Sebab apa? Sebab waktu tengah marah kita memang akan rasa nak mengata, tapi lepas dah berbaik dik, nikmatnya kasih sayang tu tak terucap, dan rasa lega sangat akak tak tulis dalam facebook..sebab akak tak perlu nak explain apa2 sebab orang tak tahu apa pun pasal pergaduhan kitorang.

Cuba kalau akak tulis, suami akak pun akan malu, malu tu lah kesannya berpanjangan dik. Sedangkan dalam rumahtangga ni, memang akan banyak salah faham, akan ada turun naik, bila gaduh rasa nak lari dari rumah, rasa nak bunuh diri pun ada dik, tapi bila dah berbaik rasa macam dalam syurga gitu. Jadi tak perlu bagitau siapa2, jadi selamatlah maruah keluarga kita.

Sekian lah nasihat akak yang cetek pengalaman ni untuk adik2. Akak pun masih belajar untuk urus rumahtangga ni, tapi apapun kita berbaliklah pada Tuhan. Mintak petunjuk selalu, solat dan Quran jangan tinggal sehari pun. Suami kena ada agama yang kuat untuk bimbing isteri, isteri ni memang sifatnya lemah jadi suami kena cekalkan hati selalu. Selamat maju jaya adik2 semua.

– Akak sopia

– Akak Sopia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit