Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin jika confession ini disiarkan.
Mungkin mudah jika saya disini membahasakan diri sebagai ‘Akak’ kepada adik2 yang bakal menempuh alam perkerjaan tak lama lagi ataupun sedang mencari pekerjaan.
Sebenarnya confession akak ini akak tulis disebabkan akhir2 ni ada terbaca banyak kisah dari IIUM CONFESSIONS dan di dada2 akhar tentang kesukaran generasi sekarang untuk mencari pekerjaan.
Sedikit latar belakang tentang diri akak. Akak mengambil jurusan Accounting dari salah satu universiti awam beberapa tahun lalu. Kemudian menamatkan pengajian dalam ketegori second class upper. Tak berapa pandai dan tak jugak berapa bodoh. Heheh
Kemudian, selepas saja tamat belajar alhamdulillah akak mendapat tawaran di beberapa syarikat dalam bidang yang akak ambil, jadi akak memilih syarikat yang offer gaji paling besar dan syarikat yang stabil.
Maka bermulalah kerjaya akak sebagai account exec di Syarikat Oil and Gas dengan gaji starting RM3,000. Alhamdulillah.
Tapi tak sampai setahun akak bertukar kerjaya atas sebab2 tertentu dan akak meneruskan career sebagai Pramugari syarikat antarabangsa.
Selepas beberapa tahun akak pulang ke Malaysia dan sekarang akak memulakan ‘Seminar Kerjaya Pramugari’ dengan knowledge dan experience yang kami ada.
Okay, sekarang baru nak start cerita sebenar. (Panjang mukadimah kan.. Hehe)
Sepanjang kami (akak dan partner) menjalankan seminar kami, kami evaluate setiap peserta tentang kelemahan mereka yang perlu diperbaiki supaya mereka dapat lepas semua stage2 interview Pramugari tersebut.
Ternyata generasi zaman sekarang agak lemah dalam penyediaan diri untuk pergi interview apatah lagi interview pramugari yang berlapis2 dan beratus2 candidates yang datang.
Kelemahan yang biasa kami dapat trace:
1. CV atau resume yang lemah.
-Gambar selfie di profile resume
-Susunan resume yang tak betul contohnya experience dulu lepastu baru education background, soft skill tak dinyatakan dan macam2 lagi.
-Resume berbentuk karangan.
2. Confident yang sangat rendah.
-Nak pandang muka speaker pun malu, inikan pulak nak pandang muka interviewer.
3. Pakaian yang tak sesuai.
-Baju t-shirt.
-Seluar slim fit.
-Kasut pegi jalan2 atau kasut sukan.
4. Poor communication skills.
5. Kurang fasih English.
Okay jadi ni masalah utama mungkin yang menjadi punca kesukaran dapat kerja.
Kalau kerja pramugari lagilah, Grooming Check je dah out.
Jadi kat sini akak nak share apa yang adik2 perlu buat sebelum pegi interview.
1. Completekan CV atau resume.
-CV atau resume bukan karangan tentang diri anda. Tapi summary. Max 2 pages saja. Interviewer bukan nak tau apa hobby awak, berapa adik beradik awak, dia nak tau apa education background, experience, soft skills yang mampu bagi benefit pada company mereka.
-Guna gambar FORMAL untuk CV ye.
2. English PROFICIENCY.
-Kalau kurang fasil english, jangan kalut, jangan nangis. English is just a language. Language boleh hafal. Ye hafal! Kami ajar participant class kami yang lemah english untuk hafal script jawapan soalan interview yang kami provide. Sebab English is essential untuk kerjaya pramugari. Jadi sama jugak untuk company2 lain pun.
3. Pakaian.
-Pergi interview dengan syarikat local, pakai business attire atau baju kebangsaan. Kalau interview pramugari, Grooming Check yang paling utama. Jangan pakai macam nak pegi jalan2. Lelaki pakai kemeja kemas, seluar slack, office shoes, rambut dan jambang kemas.
4. Confident.
-Confident ni boleh develop. Kalau tak mampu pergi seminar untuk develop personality, cuba create personality baru dalam diri awak. Awak je yang patut tau awak confiden ke tak. Orang lain harus nampak awak sentiasa confident dan bersedia. Confident ni kena average je, kalau low orang akan kurang yakin dengan kita, kalau over orang meluat dengan kita.
5. Communication skills.
-Communicate ni bukan setakat cakap English je kena polish. Dia termasuk skali Etiquette. Cara nak buat orang rasa pleasant dengan diri kita. Bertenang. Jangan bongkak, jangan poyo. Relax je. Down to earth orang kata. Jadi interviewer suka orang macam ni. Jangan nak cerita gempak, tapi cerita yang jujur. Hormati orang lain in return anda akan dihormati juga.
Basically, ini yang perlu dibaiki generasi sekarang. Maybe mereka sangat intelligent dan up to date, tapi soft skills, ethics, courtesy agak ke laut.
Harap posting ini dapat bantu serba sedikit Job Hunter diluar sana. Kalau takde kerja kat Malaysia jangan risau banyak Airlines yang open recruitment kat Malaysia ni.
Stop mentality kerja Pramugari is Waiters. This is totally wrong. If we are Waitress then everyone can become a waitress right? However, only the selected person can become a Cabin Crew.
If WE ARE really a Waiters then we are the most expensive Waiters in the world to get paid up to RM15000 per month. Heheheh be proud.
Be strong semua dan teruskan usaha. Selamat berjaya :)
– Fly High (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit