Persiapan Membawa Anak Ke Umrah

Pernah org tanya sis, boleh ke handle dua anak pergi umrah? Jangankan handle dua anak, sis siap bwk perot boncet sekali. Ramai yg risau nak bawak anak2 kecil pegi umrah. Seriously sis cakap, bwk anak2 ni seronok. Jadual penuh. Kdg2 walau tak lengkap pegi masjid 5 waktu, jaga anak2 kat dlm bilik juga salah satu ibadah. Jauhkan persepsi negatif org yg bawak anak2 kecil ni susah atau beban.

Persiapan umrah – Sis highlight pd yg nak bawa anak2 kecil ya.

1. Paling utama, susu & pampers.

Mohon bawak lebih. Khaskan satu bagasi utk susu & pampers. Sebab kat sana, jenama susu xbanyak & harganya agak mahal. Sis dulu terkurang satu pek susu, terpaksa beli susu jenama lain. Nasib anak2 sis boleh minum susu tu. Kalau anak yg xnak susu lain, agak susah jgk.

Pampers penting sebab kat sana kite agak kerap tukar pampers anak2. Logiknya waktu solat kdg2 kite terpaksa dukung anak sekali supaya die tak merayau atau tiba2 meragam tak tentu pasal. Jadi kene tukar selalu utk elakkan najis dorg terkena pd pakaian kite.

2. Pakaian yg sesuai & ubat-ubatan.

Bawak baju yg sesuai utk anak2. Kalau pegi musim sejuk, sediakan baju tebal utk anak2. Kalau musim panas jgn bwk baju tebal pulak. Cuaca sana agak kering, jd vaseline & losyen tu perlu. Ubat-ubatan anak2 jg penting. Kdg2 perubahan cuaca akan effect pada kesihatan anak2.

3. Buku & gadget.

Kalau boleh bwk buku atau gadget yg boleh melekakan anak2 sewaktu perjalanan samada dalam flight atau dalam bus. Perjalanan agak jauh, jadi anak2 mungkin meragam atau bosan. Mcm anak2 sis, dorg mmg tak dibiasakan dgn gadget. Jd dlm flight pon tengok gadget kejap je dah bosan. Jadi lebih kepada main sendiri atau penuhkan aktiviti dgn makan, menyusu & tidur.

4. Basinet utk baby.

Untuk parent yg ade anak bwh setahun under 15kg, korang boleh request basinet pada agent umrah. Basinet ni tempat tidur baby. Kalau kite nak memangku dr awal sampai ke sudah mmg lenguh jgk. Sis dulu masa pergi je dapat basinet. Masa balik mmg xdapat sbb basinet sgt limited. Jadi mohon request awal ya.

5. Request extra seat utk infant.

Selain basinet, korang jgk boleh request extra seat dlm flight pd agent umrah. Tapi ade extra bayaran dalam RM1.5k utk pergi & balik. Kalau nak jimat, xperlu request pon tak ape tp letih jugak nak memangku kan sbb perjalanan jauh. Keselesaan anak & keselesaan kite kene pikir jugak.

Sis share tentang persiapan dulu ye. Ada masa sis share tentang pengalaman dgn anak2 kat Madinah & Mekah.

Love,

– Ommy anak tiga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *