Persimpangan Dilema

Saya dan suami boleh dikatakan pasangan yang bahagia secara zahirnya dan usia perkahwinan kami hampir 10 tahun (tiada anak),

Tetapi kadangkala hubungan kami seperti dalam persimpangan kerana ketidak sefahaman antara suami dan ibuku.

Suami saya seorang yang tidak pernah gagal dalam tanggungjawab bab kewangan dan apa yang saya inginkan semua dia beri,

Tetapi urusan rumahtangga saya yang membantu menguruskan sebab suami seorang yang sibuk dengan kerja dan saya seorang yang berdikari dan tak suka meminta bantuan suami.

Sikap tersebut akhirnya menjadikan suami semakin selesa sehingga membiarkan saya buat sendiri termasuk urusan bengkel kereta contohnya.

Suami juga mempunyai masalah sikap baran (berkata kasar maki tapi tidak pernah memukul).

Ibuku pula mempunyai suami baru tetapi sejak dari perkahwinan dengan bapa tiriku ini kehidupan ibuku agak tidak terurus kerana bapa tiri aku sejenis yang tidak bekerja tetap,

Dan boleh dikatakan malas dan banyak berhutang termasuk Along dan pernah beberapa kali along mencari saya dan ahli keluarga lain.

Keadaan itu banyak menyusahkan ahli keluarga kadang ibuku meminjam duit dengan adik beradiknya dan kadang sehingga tiada makanan dirumah.

Saya sebagai anak tentu merasa kesian dan malu bila ibuku meminta-minta daripada orang.

Disebabkan saya bekerja saya membantu serba sedikit kewangan ibu.

Masalah antara suami dan ibuku bermula 5 tahun lalu kerana suami menganggap ibuku menghasutku untuk berpisah.

Dimana berlaku pergaduhan antara saya dengan suami..

Pada ketika itu saya memberontak tidak balik kerumah kerana saya menjumpai barang terlarang dipoket seluarnya dan menyebabkan saya meminta untuk dilepaskan.

Silap saya kerana bercerita dengan keluarga dan sedikit sebanyak benar..

Ada mereka nasihatkan untuk berpisah dan mengharap untuk saya kembali semula kerumah dengan niat yang saya nampak supaya saya pula menanggung kebajikan rumah ibu saya..

Tetapi suamiku bertegas tidak mahu melepaskan dan membawa saya pulang berjanji berubah.

Benar dia berubah dalam setahun tetapi kembali mengambil benda terlarang setelah kawannya keluar dari penjara.

Cuma apabila dia dalam keadaan “high” dia tidak akan bercakap dan makan selama 2-3 hari dan kembali normal setelah itu.. Tetapi tetaplah keadaan yang tidak sihat kepada mental saya.

Seterusnya disebabkan kisah itu ibuku dan suami tak pernah berbaik.

Bila balik kerumah ibu, ibu mengata suami saya, bila suami pula mengatakan tidak baik pada keluarga saya.

Saya jadi serba salah. Terpaksa balik kerumah keluarga senyap-senyap. Hulur bantuan dekat keluarga senyap-senyap.

Suami tahu saya bantu keluarga dan tak kisahpun sebab duit saya sendiri tetapi ada masa dia perli dan mengata bapa tiri saya tak guna dan kata ibu saya burukkan dia tapi suami sendiri tak betul.

Saya jadi tak gembira dengan keadaan sekarang. Kadang menangis sendirian bila dengar kata-kata dia.

Sebagai manusia saya inginkan semua keluarga yang bahagia. Terutama hari raya bersama keluarga makan makan bersama keluarga tapi semua itu sudah tidak berlaku sejak 5 tahun lalu.

Apa sahaja urusan majlis keluarga ku suami ku beri izin pergi tetapi akan tergesa gesa suruh aku pulang bila aku pulang dia akan menunjukkan muka tidak suka,

Kadang kala menghantarkan mesej yang menyakitkan hati dengan makian sedangkan bila aktiviti bersama keluarga dia saya tidak pernah bermasam muka atau membalas cara layanan yang tidak baik kepada keluarga mentua atau saudara maranya.

Tetap menjaga air muka suami dan melayan semua dengan baik malahan ada membantu ahli keluarga suami yang dalam kesusahan.

Nasihat daripada orang-orang berpengalaman ramai menyuruh memilih kebahagiaan sendiri dan perlu ambil tindakan undur diri segera dan tiada halangan kerana masih belum ada anak,

Tapi saya dalam dilema kemana arah tuju saya sedangkan jika pulang kerumah keluarga pun saya akan tertekan juga.

– Shakira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *