Assalamualaikum semua. Saban hari kita didedahkan dengan pelbagai masalah rumahtangga, baik dalam media sosial, jiran tetangga mahupun rakan-rakan. Kadangkala perkara sebegini memberi impak besar kepada sesetengah orang sehingga takut untuk memulakan perjalanan hidup dalam alam rumahtangga dan aku, merupakan salah seorang yang terpalit dari kesan tersebut.
Aku, Milo berusia 30 tahun, pada tahun ini. Rata- rata ahli keluarga terdekat makin risau kerana aku satu-satunya saudara yang 30 tahun masih belum mempunyai jodoh. Aku masih belum bekerja. Kehidupan aku sepenuhnya aku fokus pada dunia pembelajaranku. Suatu bidang yang aku cita-citakan sejak kecil iaitu dunia penyelidikan. So, dengan cara ini juga aku mengelakkan diri dari dipersoalkan aku tentang jodoh.
Tapi pada hujung tahun lepas. Aku dapat satu pesan ringkas dari ibuku. Gambar seorang jejaka. Awalnya aku tidak kisah. Andaian aku, mungkin ibuku mahu menghantarnya pada saudara yang lain. Tetapi setelah membaca teks tersebut baru aku faham rupanya, itu mesej pada aku tentang calonku. Aku mula ragu dan berbelah bahagi.
Jujur, aku tidak mempunya rakan rapat lelaki. Cukup hanya sekadar kawan yang bertanyakan hal kerja sahaja. Aku introvert people. Suka bersendiri. Tapi tak bermaksud aku tak bersosial diluar. Aku boleh berkawan dan suka terlibat dengan aktiviti berkait dengan alam.
Bagi aku untuk memulakan sesuatu perhubungan, komunikasi itu penting.
Suatu hari rombongan merisik datang ke rumahku. Rombongan itu dari kenalan ibuku. Hati aku masih berbolak balik. Lelaki tersebut lima tahun tua dari aku tetapi bidangnya pekerjaannya sedikit fobia bagiku. Disebabkan oleh beberapa kisah silam.
Majlis merisik terus berjalan. Rata-rata keluarga terdekat mula menghalakan nafas lega dengan harapan aku ada jodoh dengannya. Setiap hari menyakan apa khabaranya. Namun aku katakan tiada jawapan.
Rakan ibuku pernah juga bertanya pada ibuku ada khabaran ke dari pihak lelaki? Tapi ibuku kata tidak sebab aku menyatakannya. Dan saudaranya pernah bertanyakan padanya.. dan dia menyatakan nanti. Ibuku suruh aku berhubung terus padanya. Tapi lain pula pada pandangan aku. Pada pendapat saudara/ saudari sekalian, serius kah hubungan jodoh ini pada lelaki tersebut dan adakah patut aku abaikan sahaja?
Pendapat aku, bukan bermaksud aku ingin menjual mahal atau sebagainya. Untuk tidak berhubung dengannya terlebih dahulu.
Pertama tentulah perasaan malu perempuan lebih menebal daripada lelaki untuk memulakan sesuatu perkara.
Kedua, disini terlihatnya kesungguhan dia (lelaki) , seorang ketua keluarga untuk memulakan atau membina sebuah keluarga. Kalau pada awalnya tiada kesungguhan. Manakan lagi seterusnya melalui kehidupan yang panjang dalam institusi rumahtangga.
Ketiga, tanggungjawab. Bila ibunya telah tolong mencarikannya jodoh. Rasanya, telah jadi sedikit tanggungjawabnya untuk kenal serba sedikit dengan siapa bakal tinggal sebantal dengannya nanti.
Perkenalan awal ini sebenarnya bukan dari satu pihaknya sahaja. Tetapi waktu ini juga merupakan tempoh perkenalan si perempuan belajar mengenali siapakah bakalnya, menerima atau menolak perancangan tersebut.
Ini pandapat peribadi daripada diri Milo sendiri. Milo, terbuka untuk menerima padangan dari luar yang mungkin lebih banyak makan garam tentang kehidupan dan cara pemilihan memilih pasangan hidup dan bagaimana permulaannya.
Serius Milo sangat takut untuk memulakan hubungan ini. Pada milo, sometimes you don’t see light at the end of tunnel but keep looking for it because u know it is there. Tak kisah la walaupun lambat suatu perhubungan, semakin berusia umur, asalkan pada akhirnya kita dapat yang berkualiti…
Milo akhiri dengan ucapan terima kasih. Doakan jodoh yang baik untuk Milo. Sekian.
– Milo
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit