Sila rujuk confession : https://iiumc.com/wujudkah-allah/
Assalamualaikum, saya rasa terpanggil untuk menjawab keraguan saudara/i. Sekiranya jawapan saya tidak mencukupi, atau ingin berbincang dengan lebih lanjut, boleh lah balas di atau hubungi saya sendiri.
Pertamanya mengenai soal hidayah. Memang betul Allah punya kuasa sepenuhnya untuk beri hidayah kepada sesiapa sahaja, tetapi Allah juga Maha Adil.
Ini bermaksud hidayah itu hanya diberikan kepada yang layak menerimanya sahaja. Malah ada golongan yang terang2an Allah kata tidak akan menerima hidayah, dan Allah juga jelaskan mengapa.
Contohnya dalam Surah Muhammad ayat 23 Allah menyatakan orang2 yang dilaknat ini ditutup penglihatan dan pendengaran mereka (tidak dapat menerima hidayah), nampak macam tak adil kan?
Tetapi ayat sebelumnya sudah menjelaskan golongan ini apabila dapat memegang kuasa, mereka akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum ker4b4t.
Ada banyak lagi punca seseorang itu dilaknat dan semua atas sebab perlakuan diri sendiri. Poin nya ialah manusia sendiri lah yang menjadi punca kebinasaan diri. Allah sudah membuka pintu taubat seluasnya, jika kita enggan menjadi baik, jangan lah menjadi angkuh meminta2 hidayah.
It’s a reward, not a privilage. Hatta seseorang yang paling rapat dengan kita pun (contohnya ahli keluarga), kita tak tahu sama ada dia ini dilaknat atau tidak. Inikan pula orang yang jauh macam Bill Gates.
Tapi ingat, etika kita sebagai muslim tidak boleh menghukum. All judgements are reserved only for the Judgement Day. Tugas kita hanyalah mingingatkan.
Kisah otak. Saya rasa saudara/i gagal memahami hujah otak yang diutarakan para agamawan. Hujah ini adalah respon kepada atheis yang tidak mahu percaya kepada sesuatu sebelum melihatnya dengan mata sendiri. Jika kita tanya kepada atheis, adakah dia percaya dia memiliki otak?
Jawapannya ialah ya. Walaupun tidak pernah melihat otak sendiri? Mungkin alasannya ialah dia pernah melihat otak orang lain.
Tapi soalannya bukanlah mengenai otak orang lain, soalannya mengenai otak sendiri, pernahkah dia melihat otak sendiri?! Disinilah perbandingan dengan Allah dibuat.
Mempercayai otak sendiri memerlukan proses pemikiran (induksi) setelah melihat sesuatu yang lain, untuk mempercayai sesuatu yang lain.
Apabila melihat ada manusia memiliki otak, kita berinduksi bahawa semua manusia memiliki otak. Mempercayai otak sendiri memerlukan intelek, bukan melalui lihat dengan mata sendiri.
Hujah otak juga boleh digunakan apabila atheis mempersoalkan mengapa kita perlu percaya agama, padahal manusia lah yang membawa agama, dari generasi ke generasi. Bukankah lebih senang jika Allah sahaja yang membimbing manusia secara terus?
Tetapi mereka lupa, mereka mempercayai otak juga kerana pemahaman sekunder (mempercayai orang lain), bukan pemahaman primer (lihat dengan mata sendiri).
Kita diajar olah guru sains bahawa dalam kepala manusia ada otak. Kita percaya kepada jurugambar bahawa gambar otak yang kita lihat itu memang otak, bukan sekadar prop.
Malah scan MRI juga perlu pengesahan pakar bahawa imej hitam putih itu ialah otak, bukan brokoli yang tumbuh dalam kepala (nampak macam brokoli kan… ke tak?).
Persoalan kenapa Islam, bukan agama lain. Selalunya soalan ini dilontarkan oleh agnostik / deist iaitu orang yang faham bahawa alam ini mustahil terjadi dengan sendirinya. Every cause has an effect, so it follows that there need to be an ultimate uncaused cause.
Jika kita mula dengan premis ini dan mengupas dengan lebih lanjut apakah ciri2 this ultimate cause, kita akan sampai kepada jawapan ianya ialah Allah, bukan tuhan agama2 lain.
Huraian penuh agak panjang dan mungkin memerlukan satu page baru. Tapi cara senang ialah dengan melihat agama lain dan mengenal pasti kontradiksi dan kelemahan agama tersebut.
Inilah jalan yang dilalui ramai muallaf, bermula dengan atheis, kepada agnostik, kemudian deist, sebelum mencari setiap agama satu demi satu sebelum mereka sampai kepada Islam.
Mengapa banyak orang Islam menderita? Jika kita belajar sejarah kita akan sedar Islam bukanlah sentiasa menderita. Malah Islam pernah menjadi tamadun terunggul seantero dunia. Apakah Allah hanya wujud dizaman itu, kemudian lesap apabila Islam mundur? Semestinya tidak.
Tamadun ada turun naik, itu sememang sunnatullah yang telah ditetapkan. Kewujudan Allah tidak bergantung kepada pencapaian hamba2nya, Maha Suci Allah dari perkara2 yang pasti binasa!
Menariknya Nabi Muhammad sudah bersabda bahawa umatnya akan menderita, dipijak2 oleh musuh2, dan mereka akan menjadi seperti buih2 di lautan. Makanya kemunduran Islam yang kita lihat di zaman ini, if anything, sebenarnya menguatkan lagi kebenaran Islam itu!
Penyakit yang tiada penyembuhnya, dan termasuk dalam kategori ini semua penderitaan hamba2 Allah didunia.
Jika ditanya sanggupkah kita bersusah2 sehari untuk bersenang2 sebulan?
Sanggupkah kita menghempas tulang belajar 4/5/6 tahun degree untuk dapat kerja gaji besar seumur hidup?
Sanggupkah kita menjalani rawatan perubatan yang menyakitkan beberapa minit untuk menyembuhkan penyakit yang berbahaya?
Tentu sekali jawapannya ya. Dengan syarat setiap penderitaan itu ada balasan nikmatnya. Itulah fitrah kita sebagai manusia. Malah apabila sudah senang kita mungkin lupa kita pernah suatu ketika dahulu susah.
Anas bin Malik berkata bahawa Nabi bersabda:
Akan ditanya orang2 yang sudah masuk ke dalam neraka sekejap sahaja, meraka yang dahulunya di dunia hidup dengan bermewah2, apakah engkau pernah mendapat nikmat di dunia?
Ia berkata: “Demi Allah tidak!” Adapun orang yang hidupnya paling menderita di dunia, dimasukkkan ke dalam syurga sekejap sahaja, ditanya apakah engkau pernah mengalami kesusahan atau kesengsaraan?
Ia berkata: “Tidak pernah wahai Tuhanku, aku tidak pernah merasa kesusahan!” (Sahih Muslim 2807)
Isu al-Quran dan sains. Pertamanya, perlu diketahui al-Quran bukan lah kitab sains. Beribu2 tahun al-Quran itu dianggap sebagai kitab agama, panduan hidup kita, mengapa pula tiba2 kita mahu menilainya menggunakan sains.
Jika al-Quran menggunakan istilah2 dan konsep2 sains yang tepat, ia hanya akan dapat dihargai oleh saintis sahaja.
Ia akan kedengaran kelakar bagi golongan Arab Badwin, kesultanan melayu dahulu, hatta bagi orang awam di zaman sekarang sekalipun. It defeats the purpose of a Holy Book that supposedly connect with the heart of people.
Kedua, sains itu sentiasa berubah2. Dahulu sains kata alam ini tiada permulaan, kemudian muncul pula teori Big Bang, baru2 ini ada teori lain pulak mengatakan Big Bang itu bukan lah permulaan.
Malanglah sesiapa yang hilang iman kepada al-Quran berdasarkan kepada penemuan sains pada waktu hayatnya, lebih2 lagi jika sains itu berubah selepas hayatnya tamat!
Mana mungkin kita boleh membandingkan sesuatu yang tidak berubah di saat ia diwahyukan sehinggalah ke akhir zaman, dengan sesuatu yang berubah setiap dua ke tiga tahun?
Cerita2 pelik dalam al-Quran. Sebenarnya lagi pelik kalau semua ciptaan ini tiada penciptanya. Semua rekaan ini tiada perekanya. Semua kesedaran manusia, intelek, dan emosi boleh lahir dari sesuatu yang tiada kesedaran, tiada intelek, tiada emosi. Itu lagi lah cerita pelik.
Malah hujahan balas boleh dilakukan bahawa cerita2 pelik dalam al-Quran itu, jika ia sememangnya berlaku, sebenarnya menjadi bukti kepada kekuasaan Allah, bukannya sebaliknya.
Ada beberapa lagi isu yang saudara/i lontarkan. Ada sesetengahnya saya perasan tidak benar sama sekali. Contohnya orang di negara bukan Islam akan masuk neraka. Tidak benar.
Orang di negara Islam ada kelebihan. Tidak benar (malah kita ada lagi banyak tanggungjawab tau). Anjing diharamkan dalam Islam padahal banyak kegunaannya. Tidak benar. Anjing haram makan, tidak haram guna. Saksi wanita kurang nilainya daripada lelaki.
Ha isu ini sedikit rumit kerana ia bergantung kepada situasi, dan ada banyak pendapat fikah mengenainya.
Saya pun bukanlah alim ulama. Tapi secara ringkasnya jika wanita itu tidak fasih dalam bidang tersebut (contohnya perniagaan) maka kesaksiannya tidak sama dengan seorang yang memang pakar dalam perniagaan. Boleh rujuk asbab nuzul ayat al-Quran tersebut.
Malah ada pandangan yang berpendapat jika bidang itu banyak wanita yang berurusan di dalamnya maka kesaksian wanita haruslah diutamakan.
Ada satu poin terakhir yang saya rasa agak penting. Kenapa Allah masukkan hambanya dalam neraka jika Allah sayang mereka?
Di sini mungkin saudara/i keliru Islam dengan Kristian. Kristian percaya tuhan mereka Jesus sayang pada semua orang. Antara slogan yang sering dilaungkan ialah “love even your enemy”.
Al-Quran terang2 menyatakan ada hambanya yang dilaknat atas perbuatan mereka sendiri. Ada golongan yang Allah kenal pasti sebagai musuh Allah dan Rasul-Nya.
Hal ini kerana dalam Islam kemurkaan Allah itu bersyarat, sayang Allah pun bersyarat. Selain Maha Penyayang (Most Loving, not All Loving), Allah juga Maha Adil.
Bayangkan kalau kita dah berusaha beribadah dan menjadi baik seumur hidup untuk masuk syurga, tiba2 di akhirat kita lihat orang macam Hitler senang2 je dapat masuk syurga. Tak ke kejam macam tu?
In fact, it is an insult to the good people. Bukan nak judging ya… kita pun tak tahu siapa baik siapa jahat. Entah2 Hitler tu pun sebenarnya memang baik reeeee.
Nasihat saya buat para pembaca, tak perlu kecam athiest in the making. Banyak sebab keraguan agama boleh muncul dalam diri seseorang. Saya pun pernah mengalaminya.
Jika persoalan intelek yang diutarakan, jawablah secara intelek. Jika kita tidak mampu, maka ia adalah kegagalan kita sebagai umat Islam untuk menegakkan kebenaran, di mana ia adalah satu suruhan yang dituntut. Wallahualam.
– Umar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit