Personaliti Diri

Hai semua, aku Kiki, student lagi. Aku nak cerita tentang personaliti aku dan aku perlukan pandangan yang membantu.

Aku seorang introvert. Sifat introvert aku ni sebenarnya sedikit sebanyak mengganggu life aku as student.

Macam kita tahu, student perlu terlibat dengan banyak aktiviti macam join program atau organisasi atau buat presentation assignment.

Aku sedar aku tak ada confident untuk bercakap dengan orang ramai. Aku takut dengan orang asing.

Bila kena join sebarang organisasi, aku selalu duduk diam seorang diri sebab tak reti mulakan perbualan.

Macam tu jugak kalau presentation assignment, aku selalu berdebar melampau sampai berpeluh peluh, sesak nafas dan kadangkala rasa nak pitam.

Kalau aku jalan seorang diri pulak, aku akan avoid pandang orang dan jalan laju-laju dengan muka berkerut sebab aku takut.

Ramai orang salah faham fikir aku sombong atau bad mood tapi sebenarnya aku terlalu takut nak jumpa orang.

Kalau kat rumah, ibu ayah aku selalu ajak pergi majlis atau keluar rumah dan aku selalu menolak sebab aku lebih prefer duduk rumah. Bagi aku berjumpa dengan manusia asing tu sangat menakutkan.

Benda ni dah lama berlaku. Aku pun tak tahu kenapa. Kadang kadang aku jealous tengok orang lain senang buat kawan dengan orang baru, dapat bercakap dengan confident atau berani depan khalayak ramai.

Sejujurnya bagi aku, sangat memenatkan bila terlalu banyak interaksi berlaku. Aku suka dunia aku yang senyap ni. Tapi kadang kala aku rasa sunyi lah jugak bila tengok orang lain seronok berkawan ramai ramai.

Aku tak ramai kawan so aku selalu duduk dengan yang mana aku kenal je, tu pun aku selalu diam. Aku prefer bercakap dalam circle yang kecik sebab aku cepat sangat rasa drain atau lesu kalau jumpa ramai orang.

Kawan aku pernah cakap, dia tak nak ajak aku keluar gi jalan-jalan sebab bagi dia aku ni pemalu sangat, dia tak suka. Aku terasa la jugak sebab tak expect dia akan cakap macam tu.

Aku pulak kadang-kadang kalau terlalu terkejut, aku boleh pengsan. Aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam tu, dengan perut asyik tak selesa sebab nervous dan takut memanjang.

Maybe sebab tu kot kawan aku tak selesa berkawan dengan aku.

Aku perlukan pendapat korang, macam mana aku nak baiki diri aku ni? Aku penat dengan diri sendiri yang tak reti bergaul dan tak ada keyakinan ni.

Segala pendapat korang aku hargai sangat.

– Kiki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Cuba keluar dari zone tu sekali, atleast.

    Saya pun macam tu dulu, but saya still introvert. Cuma saya improve diri saya dari segi social dan confident. How? Saya cuba pertama kali untuk tidak berharap dengan kawan atau sesiapa. Kita ni bila berharap dengan orang hidup kita akan susah dan akan jadi limited. Kedua, peduli apa orang fikir pasal kita dan selalu fikir kita ni siapa untuk orang fikir/jealous/dengki dengan kita. Perasaan je bila kita rasa orang judge kita dari setiap perbuatan kita padahal orang tak peduli pun pasal hidup kita then buat apa yang you suka. Anything.

    Cuba untuk pertama kali memberi atau kongsi pendapat kamu depan orang ramai, cuba. Then lama2 you akan tak kisah apa orang fikir dah masa tu you akan rasa confident tak kisahlah kita ni salah ke betul ke. Kalau salah orang akan betulkan then take it. Normal. Atau pun cuba untuk berkenalan dengan orang, tegur je just random things then dia akan terbiasa confident pun bertambah. Still rasa penat but then after that cari lah masa me time you.

  2. Saya juga introvert dan takut kalau kena cakap/interview/present kat orang. Jadi untik elakkan panik, saya akan praktis sorang2 kat rumah, praktis banyak kali sampai boleh presnet dengan lancar. Kalau rasa perlu buat skrip, buat skrip. Bila kita bersedia, rasa panik, takut tu akan berkurangan

  3. Aku pon dulu cam kau… Masa aku skolah. Aku cukup benci klu kena baca atau ada apape presentation.. gigil kaki, bibir ketar x dpt cover.. peluh semua keluar. Tapi percaya tak, aku boleh jadi teacher dah.. boleh Kasi talk kat student… Assembly aku boleh berucap.. Alhamdulillah… Sekarang aku aktif dah join NGO badan2 Amal..

    Tips Dia, Doa banyak2, minta Allah tenangkan hati, berikan ketabahan, lancarkan pertuturan. Pakaian, pastikan kita pakai sesuatu yg meyakinkan kita bahawa kita CANTIK Dan BERANI. Mulakan dengan circle yang kecil.. macam keluar sendiri, tegur sesiapa jer secara random… sambil bawa something n ajak sesame.. contoh macam bawa coklat atau roti…. Kadang kita lagi selesa dengan org yg kita tak kenal.. tapi Dari situ kita boleh bina keyakinan diri kita untuk bercakap. Perbanyakkan kawal pernafasan dengan menyelam Dan berenang. Banyakkan aktiviti riadah. Kurangkan menyendiri. Wajib keluar Dan menyapa orang luar walau sekejap..

    Selebihnya, reward diri bila kita berjaya archive target kita untuk keluar Dari comfort zone (menyendiri).
    Good luck☺️🌻

  4. first sekali, ubah mind set. ubah cara berfikir, keluar dari zon selesa. keluar dan bergaul perhatikan cara orang bergaul. mula-mula sekadar dengar dan angguk lepas tu sesekali menyampuk apabila perlu. lama2 awak akan terbiasa, slow2 la keluar jumpa orang sebab kat situ awk akn jumpa macam2 ragam orang yang perangai pelik2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *