Assalamualaikum semua. Aku Nini, ada sedikit masalah yang aku hadapi,
Kini aku telah berkahwin dan aku hidup dengan suami dan anak- anak tiriku yang telah meningkat remaja. Keduanya lelaki.
Menginjak ke usia 1 tahun perkahwinan, aku baru menyedari kepelikan sikap salah seorang dari anak ku, dulu aku ingatkan dia berperangai merimaskan kerana tidak suka pada aku.
Bila aku tanya dan siasat dari ayahnya. Arwah isteri kepada suami pun selalu mengeluh mengatakan anak dua tapi macam 10 orang. Aku tak paham sehingga la aku laluinya sendiri.
Arwah ibu anak-anak ni agak garang jugak pada mudanya. Jadi anak-anak ini telah dididik sebaiknya.
Menjadi kemusykilan aku apakah anak ini ada penyakit atau kekurangan pada bahagian mental sejak lahir atau hanya kurang kasih sayang.
Anak ini zahirnya normal, pergi sekolah, berkawan, bersukan dan sangat aktif ke sana ke mari.
Yang pelik bagi aku, anak ini suka komplen sebagai contoh makanan tak sedap, air kurang manis, siapa yang buat, kesan minyak di dapur, suruh bersihkan cepat. Berbeza dengan abangnya.
Dia akan komplen tak kira orang tua atau muda. Dan sikap dia memang kurang malu di hadapan orang dan gila-gila. Usia sudah 13 tahun, tapi keanak-anakan.
Pernah di lebuh raya dia buka tingkap kereta dan jerit- jerit pada kereta sebelah yang. Ada anak dara, dia suruh ayahnya kejar kereta tu, nak mengurat.
Mulanya saya gelak-gelak, tapi pikir balik, macam tak siuman pulak macam tu. Bila kita bicara perkara serius dia akan main-main. Bergurau.
Dan dia jugak tidak ada perasaan empati sebagai contoh datuk sebelah ayah meninggal, dia balik ke kampung sebelah arwah ibu.
Ketika saya telefon dia memaklumkan datuknya sakit dan kami perlu ambil dia pulang ke rumah, dia cakap untuk apa.
Saya cakap atuk kamu dah tenat, dia kata kalau kami pergi apa je kami nak buat. Duduk tengok je ke. Sampai datuknye meninggal. Dia tak mahu ikut kami.
Esoknya setelah kena paksa baru datang. Apakah dia tak ada perasaan sedih. Pelik saya usia 13 tahun, takkan tak ada perasaan.
Selain itu, saya pernah sangat2 tertekan kerana ayahnya marah keputusan periksa anak agak teruk menjunam. Mulai hari itu saya buat kelas di rumah, dan ambil perhatian lebih pada pelajarannya.
Start sahaja 15 minit, mata dah merah mengantuk, bila saya marah suruh fokus dia nangis, dia kata dia stress, saya baru je mula, ketika itu ajar dia bina ayat untuk karangan Bahasa Melayu.
Kerja sekolah dia saya pantau, setiap kali ade keje sekolah yang susah macam English saya kne tolong buat ayat untuk dia, dan subjek lukisan Rbt, sejarah semua saya yang buat.
Mulanya saya suruh dia yang buat, saya cuma pantau, tapi kerja yang boleh siap dalam beberapa minit akan amik masa lama, dia mula bosan dan tertidur bila saya kejut memang tak bangun hujung2 saya yang settle.
Projek rekacipta dia dan kerja kursus sejarah saya yang buatkan, dia memang tak boleh nak pikir apa-apa kadang idea ada tapi tak pandai nak mulakan, saya yang tulis memandangkan anak saya ini tak suka menulis panjang-panjang.
Saya pelik, adakah dia manja atau memang ada masalah pembelajaran.
Kadang ada dengar die mengadu kena rotan. Cikgu pun bagitau dia suka merayau keluar dari kelas tak masuk kelas sebab tak minat subjek atau cikgu tu.
Suami saya tak pernah follow up hal anak dengan cikgu-cikgu semasa amik report card , saya pula dia tak bagi ikut.
Mohon pendapat semua apa masalah anak ini? Saya rasa nak bantu dia, tapi tak tahu macam mana nak mula kerana mungkin akan beri kesan pada masa hadapan nya.
Anak ini memang tak suka duduk rumah, kalau di rumah dia akan tidur. Kecuali saya bising bebel, baru akan tolong kerja rumah itu pun separuh jalan.
Contohnya, vakum dan sapu sampah serta mop, dia akan buat sampai sapu sampah. Mop dia tak buat. Naik atas dan main telefon, kerja semua nak cepat siap dan tak lama-lama.
Kalo buat kerja mulut lagi banyak dari kerja. Sambil vacum dia akan cakap, tengok ni abang hari ni aku vacum rumah, susun kuih, bangga aku..
Pastu berlari dalam rumah kacau abng nya simbah air, rumah bukan makin bersih tapi makin sepah, usia 13 tapi kadang rasa macam 4-5 tahun. Saya jarang nak marah, sebab penat, bila dah melampau baru tegur.
Kalau cuti sekolah , dan tak kemana-mana dia akan keluar melepak dengan kawan-kawan dari pukul 7 pagi sampai tengah hari katanya jogging atau futsal. Tengah hari sampai ke petang nak magrib baru balik rumah.
Bila di tegur jangan merayap, dia akan memberontak dan baik, tapi tak ikut jugak.
Bila malam, pergi solat masjid magrib, kol 10 malam baru balik rumah. Itu yang dirisaukan. Naik basikal.
Untuk pengetahuan dia jugak ada kawan special perempuan, selalu mesej dan letak gambar muka di telefon, muka kawan nya. Banyak kali ditegur nampak macam tak makan saman.
Ibu dan ayah akan ditegur apabila nak makan, nak buat kerja sekolah atau nak beli apa-apa.
Nak beli apa2 baru cari ayah, dan dia suka perintah ayahnya, bawa dia ke bandar malam ni jugak, selalunya beli kasut sukan atau seluar sukan, memang nak cepat,
Bila saya kata tunggu hujung minggu, sebab ayah penat balik kerja pukul 7. Barang tak urgent. Dia akan merajuk tak jadi beli apa-apa.
Pernah sekali ayahnya bawa dia beli kasut futsal, di bandar dan abangnya barang motor.
Di bandar raya, ibu negeri, dia dah dapat barangnya, asik tanya sahaja bila nak balik, kami nak beli barang dapur, dia kata hantar dia kat rumah dulu, dia penat, nanti saya keluar lagi dengan si abang beli barang.
Ayahnya marah, kenapa pentingkan diri, nantikan nak tolong angkat barang, dia memberontak, ayah hantar ke rumah, last2 dia bukan penat tapi kami balik dia dah pergi main futsal dengan kasut barunya.
Dia cuma fikir dirinya tak pernah fikir orang lain. Kalau balik ke kampung suami atau kampung saya asik tanya bila nak balik, padahal baru sampai. Tapi kalau dia ke rumah orang yang dia suka, lama2 sampai 2 minggu pun tak apa.
– Nini (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit