Personaliti Individu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/personaliti-individu/).

Terima kasih semua atas respon terhadap luahan aku sebelum ini, terkini akak telah bertanya hati ke hati pada anak ini, ada masalah ke.

Dan akak mula checking buku sekolahnya 1 persatu, kerana lama akak biarkan dia urus kerja sekolahnya sendiri.

Ternyata memang setiap buku latihan akan ada kosong-kosong, kerja sekolah tak selesai. Sebelum ni tanya dia ada tak kerja sekolah, dia kata tak ada, bila di tanya ni apa, dia kata lupa.

Jadi akak pun pantau dia buat kerja sekolah, sekali lagi dia ada masalah nak bina ayat. Tajuk topik tu kata adjektif, perkataan diberi seperti laju, luas, cantik.

Dia tenung buku dalam 2 minit. Akak tanya bina la ayat, kalau buat ayat macam mana subjek di depan, orang atau benda contoh Ayah memandu kereta sangat laju.

Bila kita bagi idea, dia akan ikut apa yang kita cakap tu, ayat simple sahaja, akak dah pernah ajar sebelum dia sebelum ini, dia ambil masa agak lama untuk fikir. Akak rasa macam pelik sebab dia dah tingkatan 1, ayat ni terlalu mudah.

Dia ada masalah mengeja dengan tepat bila kita sebut perkataan, dan selalu lambat menyalin di papan hitam, katanya tak sempat, cikgu dah padam, maka separuh je salin,

Akak perhati dia menulis, perkataan yang lebih kurang bentuk huruf kecik dan besar selalu silap, P kecik jadi besar, M kecik jadi besar, selalu tertinggal tanda nokhtah. Tulisannya huruf kecil dan besar bercampur.

Lepas beberapa minit akak suruh dia lepaskan pen di tangan, ingatkan nak suruh dia senaman tangan,sekali akak lihat tangan dia berpeluh.

Sebelum dia menulis tangan dia berpeluh, yang ini akak baru tahu, dia tak selesa nak pegang pen lama-lama.

Sebelum ini yang akak tahu, dia cuma berpeluh kaki, setiap malam sebelum tidur kena sapu losyen pada kaki, berbotol losyen memang dibeli sebab dia kata kaki kering.

Kadang dalam kereta yang sejuk kaki berpeluh, dari segi lain anak akak ni tak suka berkipas, musim panas ke sejuk ke, dia akan off kipas.

Selalu bertekak pasal ni, kat ruang tamu tiba2 dia akan padam kipas, ckp sejuk, padahal orang lain panas.

Kepelikan lain, dia tak suka tidur atas tilam atau katil, dia suka atas karpet di lantai sebab tabiatnya suka gesel kaki di karpet sebab dia kata kaki dia peluh. Hal ni suami akak cerita dari dia kecik-kecik lagi.

Akak tanya kenapa kaki peluh? Dia cakap dari kecil lagi, tangan peluh bila dia anxiety. Dia sendiri mengaku dia anxiety, akak tanya kenapa anxiety dia cakap tak tahu.

Ayahnya cerita ketika dia nak bersunat darjah 5 ketika itu, ibunya sudah tiada dan akak tak kahwin lagi dengan suami, anak akak ni terlalu takut macam kena anxiety, meronta2 lepas tu kaki dan tangan berpeluh, 1 badan berpeluh,tukang sunat pun nak kena sepak.

Kali kedua dia berpeluh kaki tangan dan terjerit-jerit macam histeria ketika arwah atuknya meninggal dan kami nak bawak dia balik, dia di rumah nenek sebelah arwah ibunya, dia tak mahu pergi. Menangis2 tak nak pergi, dia takut kata nya.

Takut tengok orang meninggal, sebab jenazah memang ada di rumah mertua ketika itu, esoknya baru kebumi. Puas pujuk, last2 kami tinggalkan adiknya, bawa si abang sahaja, esok pagi baru jemputnya, jarak tak berapa jauh ketika itu.

Akak tak tahu anak akak ni ada masalah mental atau gangguan spiritual ke, sebabnya dia selalu jugak macam terkejut bila lalu di sesetengah kawasan, macam ternampak-ternampak,

Dan dia akan minta di teman kalau nak ke dapur tingkat bawah, kalau semua orang ada di atas,pada waktu malam sahaja.

Sebelum arwah ibunya meninggal dia tak tidur bilik, dia memang tidur di ruang tamu bawah sorang-sorang atas sofa,dia akan baring di lengan ibunya, baru boleh tidur last ketika itu umur 10 tahun.

Dari kecik sampai 10 tahun memang tidur berbantal lengan arwah ibunya. Dia dah tidur baru ibunya msuk tidur di bilik.

Bila akak kahwin dengan suami, akak cadangkan untuk buatkan bilik untuk dia, sebab bila akak tanya dia kata die nak bilik sendiri, akak pujuk suami kosongkan bilik yang diisi dengan barang2 di tingkat atas dan beli katil bujang, almari, rak buku supaya dia selesa.

Kami cat dan susun sama-sama. Untuk dapat approval suami puas akak pujuk kerana encik suami sukar menerima cadangan dan idea baru.

Macam-macam hujah akak keluar kan. Kalau ikut encik suami dia malas nak fikir hal-hal macam ni.

Abangnya ada bilik sendiri, jadi akak katalah biar sama rata dan adil untuk anak-anak.

Mereka kehilangan ibu secara mengejut, kerana wabak C. Mungkin kesannya mendalam, kerana tiba-tiba mereka kehilangan ibu, ketika sakit kuaratin tak dapat sentuh atau lihat arwah ibu mereka secara fizikal,

Saat2 akhir hanya video call dan tak dapat sentuh kali terakhir, dan kebumi, cuma suami akak yang berpeluang kebumi menggunakan PPE.

Lain perasaan nya bila kita dapat lihat kali terakhir, mungkin rindu tiada penghujung.

Akak sekarang dalam proses berbincang nak bawak anak ini ke kaunseling atau hospital, demi masa depannya, kesian untuk kesan jangka masa panjang, akak cuba yang terbaik, mohon doakan semua.

– Nini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *