Ya Allah menggigil tangan aku menaip ni. Aku nak meluah pada siapa pun tak tahu.
Aku dah 10 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 3 cahaya mata.
Suami aku seorang suami yang baik. Dulu aku selalu fikir aku perempuan paling beruntung dikurniakan suami yang baik dah rumahtangga yang bahagia.
Tutur kata dia sentiasa lembut, caring, sentiasa puji aku dan sentiasa ambik hati aku. Tak pernah aku nampak apa2 cela dia.
Tapi hari ni, ya Allah. Sesaknya dada aku.. Aku tak sihat. So dalam pukul 11 pagi macam tu aku balik rumah lepas dapat mc.
Terkejut tengok kereta suami aku ada. Sedangkan pukul 7 tadi dia dah pergi kerja dah. Aku pun terfkir agaknya dia pun tak sihat ke.
Aku mati2 ingat dia tidur ke apa. So aku buka pintu sendiri. Tak panggil dia.
Aku slow2 pergi ke bilik. Pintu macam terbuka half.. Astafirullahalazimmm. Menjerit aku tengok suami aku bermakeup dan memakai gaun pendek macam orang dangdut pakai tu. Warna pink terang.
Dia berdiri depan cermin pusing kiri kanan sambil dia cakap cantiknya kau.
Ya Allah dia pun menjerit tak berhenti bila tengok aku tiba2 buka pintu luas.
Ya Allah. Aku takut weh. Takut sangat2. Mengigilnya aku. SubahanAllah dugaan apa ni..
Suami aku menjerit macam apa ja. Aksi dia tu aku tak tahu nak tulis macam mana.
Dengan makeup tebal macam hantu pun ada. Yang aku ingat dia kata kau kau kau buat apa ni. Kau kenapa tak pergi kerja. Pastu dia menjerit lagi. Lepas tu kau pergi kau pergi kau pergi. Keluar keluar. Itu ja dia ulang2.
Kau dia panggil aku. Sebelum ni sentiasa panggil aku sayang. Dah tu menjerit2 macam apa ja.
Lepas tu dia macam orang tak betul dah. Macam bercakap sorang2. Lepas tu bernafas laju. Sampai aku menjerit abangg!!!!.
Baru dia macam kembali ke realiti. Terus dia cakap sayang, jangan bagitau orang. Jangan bagitau mak. Jangan bagitau anak2. Abang suka macam ni tolong la. Jangan cakap kat sapa2.
Aku kata apa abang buat ni. Apa semua ni. Ya Allah. Dia kan ada satu peti besi lama tau.. Dia kunci. Dari dulu pun aku tak pernah tahu apa dalam tu.
Rupanya dalam peti besi tu ada semua barang2 orang perempuan. Ya Allah.. Ya Allah ya tuhan ku. Pad pun ada weh. Dia dapat mana tak tahu la.
Dia nampak panic bila aku selongkar barang2 dia. Bra panties semua ada la.. Warna terang2. Mana dia dapat ni. Tu semua bukan aku punya.
Aku tak tahu nak buat apa weh. Aku menggigil, aku menangis. Dia pun menangis. Aku rasa pening nak pengsan masa tu.
Aku cuba untuk bertenang tapi tak mampu. Aku sangat2 takut tengok dia dalam keadaaan macam tu. Untuk satu saat tu pandangan dia macam nak bunuh aku ja.
Aku berharap ni semua mimpi. Kenapa dia ada personality macam ni. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni.
Ya Allah tolong aku weh. Aku tiba2 rasa takut gila dengan dia. Aku terus berlari keluar. Aku start kereta tanpa arah.
Dengan aku demam panas gila, pening. Aku cuba untuk bertenang. Nasib baik aku tak accident. Aku berhenti kat petronas aku menangis puas2..
Dekat sejam lebih jugak la. Aku decide nak bersemuka dengan dia nak tanya apa masalah dia. Aku nak bantu dia.
Tapi lepas tu aku balik rumah dia tak de. Peti tu pun tak de. Ni sampai sekarang pun tak balik2. Tapi seriusnya aku rasa takut dengan dia.
Adegan tu masih terbayang2 depan mata aku. Aku tak tahu nak semuka dengan dia macam mana. Ya Allah ya tuhan ku. Astafirullahallazim.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
mungkin suami puan terpengaruh dgn drag queen
Cuba awak pergi jumpa pakar psychology dan minta pandangan. Mungkin personaliti ni memang wujud dan ada cara penyelesaiannya.
Kalau tanya salah orang mungkin jawapan awak akan akan dapat jawapan yang salah.
Drama pukul berapa ni?
rasanye die ada penyakit la. macam ada orang dewasa yang suka pakai pampers tu. Sindrom bayi dewasa. yang ni Sindrom lain la kot.
Tgh baca story ni, bole terbayang seram dia mcmna..kalau sy pun sy akan terkejut besar dan nak pengsan okay..ermm
Puan bunga,cuba puan cari film Split dalam Netflix ada.suami puan ada tanda itu split personality,iaitu mereka yg ada 2 atau lebih watak.. boleh rujuk juga doktor psikiatri.
kat luar negara dah biasa mcam nie mcam profession drag queen ada yg ada bini jgak..
Nampak gayanya suami puan memiliki dua personaliti. Tidak mudah untuk dia berubah walau puan cuba bantu. Saya nasihati puan menimbangkan alternatif kedua iaitu berpisah demi kesihatan dan keselamatan puan dsn anak-ansk
Assallamualaikum wbt..mula2 baca lafaz ‘ Innalillahi waiina ilaihirojiun’..Syukur Alhamdulillah kerana Allah Taala telah mengungkap kebenaran ttg siapa yg sedang berselindung sebalik dirinya dan Syukurlah Puan diberi Taufiq & hidayah oleh Allah Taala utk menbantu suami dan ya mmg beliau perlukan bantuan puan dan anak2 sebelum terlajak lebih jauh dan bakal mengambil jalan yg sgt lama utk kembali semula.Nauzubillahi minzalik.
Please upayakan utk tidak bertanya lebih dlm ttg sejarah beliau.pujuk beliau utk melepaskan masa silam.Dia sudah berada disaat ini.apapun trauma telah berlalu dan anak2 bukti dia adalah lelaki dan Puan,seisi keluarga dan suami mulalah mendekatkan diri kepada Allah Taala.
Apapun kesakitan yg Puan semua sdg hadapi.nasihat yg ada kembali kepada Allah Taala.baiki ibadah,silaturahim dan apa sahaja hubungan kita dgn Allah Taala dan makhluknya.Yang mungkin selama ini telah kita abaikan.
Berkaitan pasangan yg sering digelar,kisah disebalik pintu kamar,serahkan semuanya kepada Allah Taala.kamu perbaiki diri kamu sahaja dan jaga semua amanah yg telah Allah Taala kurniakan buat kalian.Mulakan dr sekarang menjadikan Al Quran istigfar,zikir dan sholawat sebagai teman lisanmu.Sertai kelas agama yg ada..online utube..belajar ttg ilmu agama..rumahtangga semua hak yg perlu ditunaikan…kita telah terlalu jauh dibawa dek mainan dunia..sehingga tersesat kemana mana kerana taktah arah nak dituju.
jadi berjalanlah menuju Allah Taala kerana itulah tempat kembali kita.Syukurlah Puan mampu bantu suami kembali kepada Allah Taala ketika dia masa hidup..bayangkan…Nauzubillahi minzalik..
Doa saya semoga Allah Taala memelihara Puan seisi keluarga sehingga ke Jannah.Jika bertemu suami kembali usah diungkit atau diungkap sehingga dia menbukanya.Jika tidak..diam dan simpan sehingga kamu ke barzakh sebagai rahsia kalian berdua.ini adalah amanah yg besar buat Puan.Jika Puan ungkap aib suami…Sungguh Puan bakal melihat kebencian Allah Taala kepada Puan diMahsyar kelak.Apapun yg terjadi..simpan bagai rahsia dan maruah diri sendrii.Wallahu’alam Bishowab
Suami puan perlukan bantuan ‘psikatri’, mngkin dia ada “split personality” dan mngkin juga telah lama dia ‘berlakon’ selama ini.. tp skrg dia mungkin ‘malu’ dgn puan dan diri dia, serta bimbang puan akn bercerita mngenai hal ini dgn org lain atau ank2.. cuba lah hubungi dia melalui wsp atau telefon.. klaw dia tak jwb, makna nya dia belom bersedia utk berjumpa dan berterus-terang.. buatlah solat hajat, agar dia kembali kpd fitrah sbg lelaki, dan klaw ada org lain yg dia pecaya, mngkin org itu bole tlg nasihatkn dia.. wallahu a’lam
apa ni…first time dgaar citer mcm ni