Perspektif

Hai, aku nak share perspektif aku sebagai seorang pekerja dan majikan.

Masa jadi pekerja, aku ada pengalaman tak best masa kerja. Biasalah masalah management syarikat. Environment toxic, kwsp potong tapi majikan tak carum. Gaji kecil tak setanding workload, gaji tak naik, tak ada bonus. Aku rasa kebanyakkan orang hadapi masalah yang sama.

Ya, masa tu memang rasa nak pergi kerja pun dah tak best. Sales tiap hari masuk banyak tapi hasil tak share dengan staf pun.

Biasalah, lepas tak best kerja berhentilah kan. Dapat kerja baru, environment best sikit tak toxic tapi gaji masih range sama. Disebabkan keadaan ekonomi tak berapa nak bagus, aku pun berhenti dan start bisnes sendiri.

Okay, bila da start bisnes sendiri, aku dah jadi majikan, baru perspektif aku berubah. Betullah orang cakap, kita tak akan paham sesuatu/seseorang itu selagi kita sendiri tak ada ditempat dia/apa yg dia lalui.

Modal niaga? Hutang dengan ayah RM50k. Kebetulan time tu ayah baru keluarkan kwsp. Masa ni yakin tak yakin je sebenarnya nak start bisnes. Semua perlu modal/kos. Nak sewa kedai, deposit 3+1.

Urusan majlis daerah, kos renovation, kos barang jualan, duit sewa kedai sepanjang kau tak boleh start bisnes sebab majlis belum approve lesen kau. Semua tu makan kos dan masa ya. Belum start bisnes lagi duit modal dah nak kering.

The moment lesen majlis dah lulus, barulah boleh buka kedai dan start bisnes. Okay, nak cari pekerja pula. Awal buka dulu cuma ada seorang staf sebagai pembantu. Gaji staf? Disebabkan duit modal hampir habis ke preparation bisnes, aku decide untuk start dengan gaji minimum RM1.2k.

Niat dihati memang nak offer lebih daripada tu, tapi banyak benda kena fikir sebelum offer gaji tinggi. Boleh maintain ke nak bayar that amount tiap bulan? Kalau bisnes tak boleh pergi jauh macam mana aku nak bayar gaji staf nanti?

Bila tiba hujung bulan, dalam kepala ni bukan kena fikir gaji staf saja. Duit sewa kedai, bil-bil, duit bayar hutang ayah, duit nak roll balik modal dan beli stok barang jualan semua kena fikir. So, aku faham kenapa small bisnes biasa offer gaji minimum je.

Alhamdulillah, lepas beberapa bulan bisnes nampak smooth, customer dah start ramai, kami berdua saja dah tak menang tangan nak handle. Baik, maybe tiba masa untuk tambah staf jadi 2 orang.

Gaji staf pun buat aku dilema dulu. Staf 1 gaji RM1.2k, tapi bila time aku ambil staf 2 kerja, masa tu min gaji starting RM1.5k. Takkan kawan tu baru masuk dapat gaji lagi tinggi dari staf 1. Jadi, aku bagilah gaji staf 2 RM1.5k, staf 1 lebih sikit RM 1.6k.

Komitmen gaji staf dah bertambah, sales pun kena push juga supaya tak sangkut hujung bulan utk bayar komitmen. Alhamdulillah pada waktu itu masih smooth dan selepas beberapa bulan, aku memerlukan penambahan pekerja lagi.

Tapi, sekali lagi dilema sebab gaji minimum baru naik ke RM1.7k pula. Staf 3 gaji RM1.7k starting. 2 orang staf lama aku naikkan lagi gaji dorang RM2.1k sebab masa tu dorang dah 2 tahun kerja dengan aku.

Aku faham dengan keadaan ekonomi harga barang banyak naik, tapi disebabkan bisnes masih okay pada waktu tu, aku rasa aku boleh tampung lagi komitmen naikan gaji staf.

Bila dah masuk 3 orang staf, aku rasa akaun aku dah start problem. Hujung bulan dah start sesak. Sales yang masuk untuk that month habis buat bayar komitmen dan rolling modal barang. Punca? Ya, sebab komitmen bertambah tapi sales yang masuk tiap bulan statik, amount lebih kurang.

Ha, kat sinilah biasanya bermula episod toxic dan management problem. Punca dia duit je haha. Bos2 biasanya akan suruh staf push sales, workload bertambah tapi gaji sama, kwsp socso bos tak carum/lambat carum tapi kat gaji dah potong, environment kerja slowly jadi toxic.

Waktu tu aku dah nampak gambaran. Tapi, aku tak nak jadi bos yang macam tu. Sebab aku dah pernah lalui sebelum ni, so kalau boleh aku tak nak staf aku lalui apa yang aku pernah lalui.

So, apa aku buat? Aku round table dgn staf-staf aku, explain situasi syarikat. Oh, bos time syarikat rugi bagitau staf, tapi time untung banyak takde bagitau staf pun.

Haha, selalu baca komen camni kat media sosial rasa nak gelak je. But in my situation, syarikat tak untung ribu2 juta2 pun, sales banyak tak bermaksud untung ya. Mostly sales yang masuk memang roll semula hujung bulan. Untung pun RM500-RM1000.

Kadang ada bulan akaun negatif hujung bulan lepas tolak komitmen. Tapi, bila akaun syarikat dah nak kritikal kenalah bagitau staf supaya sama2 boleh usahakan macam mana nak naikkan sales semula. Kalau boleh, kita tak nak buang staf.

Setakat ni alhamdulillah saya dah ada 4 orang staf yang sangat komited. Walaupun untung sedikit, saya cuba jaga kebajikan staf.

Saya biasa akan pastikan hak staf dibayar dahulu. Ada emergency saving untuk bayar pampasan kepada staf jika mereka terpaksa diberhentikan kerja atau anything happens to the company.

Saya pun bukanlah lahir2 kaya. Family saya B40 saja. Cuma niat asal nak start bisnes sebab nak bagi family better life. Alhamdulillah. Kereta saya pun Axia je, bukannya Mercedes (tak mampu pun nak beli). Kadang, ada orang berbisnes bukan nak kaya tapi cukup untuk kelangsungan hidup.

Saya berdoa dan berharap untuk bertahan dalam dunia perniagaan ni. Banyak lagi yg nak kena belajar sebenarnya walaupun kita ni majikan.

Dan untuk awak2 diluar sana, janganlah pukul rata semua majikan sama hanya kerana awak ada bad experience dengan bos dan tempat kerja awak.

Masih ada ramai lagi majikan yang menjaga kebajikan pekerjanya. Saya selalu ingatkan diri jangan judge orang sebab kita tak akan faham apa yang dia lalui selagi kita tak berada di tempat dia. Sekian.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *