Perspektif C

Girl, you have to get your life together.

The problem is between two people who were not being honest from the beginning. I was involved in the narrative when one of them is being “oppressed” during her exam, manage to offered some support. Every year. Asal exam je ada masalah yg sama.

So mcm ni, aku tinggal dgn housemates. Semua tak sama kelas. Aku ni jenis tak ambil kisah sgt. Aku tak perasan masalah remeh temeh ni tp bila dah ada org terganggu/dilayan teruk lagi2 waktu tak sesuai, exam pulak tu (common sense la sape nak kena ganggu masa exam?) aku rasa mcm responsible pulak utk betul kan keadaan.

Rupanya salah sorg, A, ada terasa hati dgn aku. Housemate lagi sorg tu, aku gelar B. Aku dlm rumah ni aku da rasa rapat, sumpah aku tak terfikir pun ada org akan terasa pastu makan hati sorg2. Yg dok makan hati ni si A ni mulut dia bukan nya reti ckp elok2 pun, perli la, kutuk org, segala gossip uni dia tahu, ckp dgn aku kencang tp bila terasa tak reti ckp.

A makan hati sorg2. Aku probed la dia sejak bila dia duk terasa dgn aku tak reti2 nak ckp. Rupanya benda ekeleh la jugak, sb aku buat muka kesian nak dia masak kisahnya gini kteorg ada timetable masak, dia ckp lepas balik nak masak, aku duk tunggu la. Balik tu, dia tak nak masak.. ala aku kan da rapat (aku ingat da rapat la) aku buat la muka kesian mcm puss in boot, mmg perut lapar tunggu dia, dia pulak tak ckp terus terang dia letih ke apa mcm la aku blh baca fikiran dia, pastu dia masak lepas dia tidur. Kalau dia ckp awal2 tak blh masak pun aku tak kisah, jgn janji la.. aku blh je beli makanan awal2, at least blh order kedai indo sblm tu. B pun tunggu

Sejak itu, byk je benda lagi dia terasa pastu simpan makan hati sorg2, makin bertingkat2 la kan jadinya ada je benda tak kena. Aku tak tahu, biasa la.. takde org tegur aku, jd takde pape la. Ha aku lupa la pulak A ni makan dalam dia kadang2 benda tah pape, blh nangis pasal ayam peha dia ngidam, sb asyik bg kwn dia padahal dia nak.

Sebelum aku tahu apa masalah dia dgn aku yg aku cite td tu, tiba2 je dia ada fasa hanya bgtau hal rumah pada B shj. Aku chill je la, takde kaitan dgn aku la kot tu. B jd stress semua benda A nak ckp kat dia, nampak mcm dia nak attack B jugak. B persoalkan apesal A ni tak ckp kat aku jugak sb kan hal rumah, aku patut tahu la aku pun penyewa, in fact ada whatsapp group da, asal nak ckp kat B je?

Aku dah pelik da. Aku biar je la dulu, mana tahu si A ni ada down time dia. Biasa nya housemate2 ni ada downtime seminggu paling lama. Makin dekat dgn exam B, makin menjadi2 A ni, takat aku letak cawan dia dlm pinggan pun jadi masalah weh. Blh pulak persoalkan common sense aku? Dia jenis rendam pinggan mangkuk periuk berhari2 dan aku pulak tak prefer area sinki penuh dgn benda unnecessary jadi aku kecik kan ruangan kotor dia. Pastu aku whatsapp dia, wondered why is she acting weird. Ada masalah dgn aku ke? Malam aku msg tu aku stress oh, aku sakit kepala fikir kat mana pulak silap ni, sb tak tahu en.. nak kena throwback apa jadah. Semua yg da berlaku pun ada possibilities jadi silap, so aku fikir satu2 kat mana mungkin dia terasa/tak puas hati. Aku listed them down. Tp tak disangka, timeline si A ni lagi jauh kebelakang dari aku. Hahahah, amik kau padan muka aku. Ingat rapat sgt

Yg rapat dgn aku, aku da bgtahu kalau terasa please ckp dgn aku. Aku bukan mind reader. Aku manusia biasa. I may overlooked on many matters sb da comfortable dgn circle kecil aku, tegur lah aku. Jadi ini pasal part A terasa hati dgn aku.

Bagi aku terasa tu tak salah, aku pun blh terasa tp aku let go je la, tak take it personally yg jd masalah bila you act upon it. Diam je la kalau rasa itu yg terbaik, tp bila start saje menyusah kan org, buat perangai mcm budak2 tunjuk rasa tak puas hati, hentam pintu bagai kacau org lain tu yg problem.

Aku dah mintak maaf, aku harap settled la ada byk lagi dia ckp tp aku rasa semua lepas tu resulted from this first problem ni. Aku tak anggap rapat je da la. Hilang kepercayaan aku, byk kali da perasan si A ni menipu and pecah rahsia tp anggap dia defensive je la selamat kan diri dia, malas nak layan.

——–
B pun mengadu kat aku. Dia da la dlm musim exam, aku rasa tak patut A buat gitu. B ckp setiap tahun A buat B gitu. Aku pun dgr la, aku cuba nak solve kan problem. Aku tak nak ckp directly part B pada A sb aku bukan nak perbetulkan masalah peribadi past dorg, tu hal dorg dua la. Tp biar aku ckp la few kat sini, A ni anak org kaya org kata la aku pun tak sure sb duit sewa paling lambat bayar dan brim zakat semua dia ambil je mcm biasa, (setahu aku kaya tak ambil semua tu, ada ramai lagi yg lebih memerlukan), B ni drpd family biasa2. Dlm rumah kteorg ni, byk barang B. B ni suka memasak. Byk dia invest dlm barang2 dapur tp A ni asyik2 la guna barang dia dan rosakkan barang dia. A ni tak rasa nak ganti ke.. yg best nya blh ckp bukan dia yg buat lubang periuk ke apa. Ada 3 org je dlm rumah, aku mmg tak reti nak guna periuk pelik2, or tinggalkan api dapur sampai kering air, rendam periuk sampai karat, si A je selalu buat gitu. Problem1 kat sini; tak reti nak beza kan barang org dan barang rumah, personal and shared.. dan tak bertanggungjawab.

Problem2: rumah berkaitan duit, ada skali tu si A balik utk reseat paper dia, dia blh pula tak bayar bil masa dia duduk tu. hidup senang sgt, ingat semua free, B pulak tak claim kat dia. Yg sorg tak faham, dah guna tu pandai2 la fikir byr, sorg lagi tak mintak, simpan je dlm hati. Berkira yg ampun, cuti baru-baru ni aku tak balik, dorg dua balik, aku guna peti ais ada brg2, A pun ada barang2 dia pastu kata tak nak byr bil yg hari dia takde kat rumah habis tu guna peti tak perlu byr? Bila aku ckp nak keluar dua hari, so aku pun tak nak byr dua hari tu.. A suruh aku off peti ais utk 2 hari tu, letak brg2 dia kat jiran, kat sini nampak la hati budi dia, betul la apa B rasa sblm ni. Amboi funny la u, tak nak byr jiran pulak? Jiran pun ada housemates. Dah guna pandai2 la ada courtesy nk byr, hak org tu, walaupun org tu tak ckp pape pandai2 fikir sendiri la.

Ingat tak yg msg A tu? Haa, A replied aku, ungkit mcm2 then copy paste masuk dlm group whatsapp rumah. Aku text privately kot, so bagi aku itu hal aku dgn dia la kan. Akibat baran dia tu, dia blame aku and B dlm msg yg sama kira dia ingat aku dgn B ni satu “unit”, padahal aku nak settle kan hal yg ada involving aku dan rumah. Aku tak buat pun apa A ckp dlm msg tu, guna oven/gas semua tu B yg guna. Ha lagi aku rasa kelakar, dia copypasted dlm group rumah pagi hari exam si B pastu.. A dah rasa bersalah, tulis nota kat pintu all the best kat B. Sebelum musim exam B, A ni dok ckp nak tolong B ni masa exam, tolong masak bagai. “Saya mmg strict bab pelajaran” hampeh aje, janji palsu. B ulang tahun bukan A yg bayar yuran, aih setiap tahun wrong timing

Takdir Allah. B terpaksa reseat paper semula selepas kejadian ni. Mmg B ada ngadu dia tak confident dgn paper hari A cari pasal tu. Cantik susunan Allah swt pada hari B balik tu juga hari A ada jemput ramai tetamu. Aku tak tahu apa masing2 rasa, tp kiranya B terkejut ramai org, A terkejut B balik. *Dramatic entrance* Aku pun terkejut ramai org, A tak bgtahu aku pun ada guests dtg.
——-
Aku cuba nak solve 2 main problem, aku dah considered dah latar blakang masing2, si A fobia tandas katanya dlm msg baru ni, 4 tahun duduk baru nk bgtahu kteorg ni? Sblm ni ada buat jadual tp takde bantahan pun, tak ckp pulak pasal fobia dia (Poyo je independent benda kecik2 sendiri buat kenot handle) so aku rasa aku dan B blh aku pun buat research pasal housemate, how to be a good housemate, aku baca cite2 housemate kat IIUMC sblm B balik. Silap kteorg ni takde org selaraskan cara hidup dgn housemate/apa rules2 dlm rumah masa awal2 dulu sbnrnya common sense je tp tak semua sempat blajar ni dulu2 – jadi aku tulis nota panjang of rules based on research aku and apa A and B ni terasa. Aku tak ketepikan sesape pun then aku bg right on the spot bila guests A balik.

“Flatmate ettiquette”

Aku rasa A ni tak reti beza kan shared and personal. Ye la selama dia hidup dok asrama je, tak sempat diajar byk benda pasal rumah maybe, (even basuh kasut first time dlm hidup kat rumah ni). Tahu masalah kawan je, social pressure. Sharing bg dia satu rumah semua blh main ambil je even bukan hak dia. Jadi aku da bahagi elok2 dah setiap org tahu apa hak masing2, jgn ckp aku tak tolerate. When you demand right kena ingat la ada duty with every right. Sblm aku buat rules tu aku dah test dulu, susah sgt ke tak, in fact dah buat dah benda2 aku tak biasa buat. (Aku masuk campur yg hal rumah je yg aku dlm equation, hal terasa2 masing2 deal la sendiri).

Solving problem1: aku buat peta rumah siap legend lagi.. warna merah sharing, pangkah utk personal area. Aku listed down apa duty kita terhadap shared areas and timing. Dan listed down setiap area ada highlights sendiri. Mcm mana nak take turns guna mesin basuh/periuk etc2. Aku minta B asingkan barang dia so kte semua tahu nak mintak kebenaran dr sape/jaga barang sape and tahu letak balik tempat asal ambil. Letak semula pada tempatnya. Housemates lain bukan kuli, sendiri sepah sendiri kemas. Semua aspect rumah aku try sentuh.

Solving problem2: duit ni mmg kena demand our own right sendiri. Ckp lepas je, sb bukan semua org faham bahasa kias2. Aku siap bg link references research kalau2 tak faham apa etiquette or ada benda nak deny. (Utk aku, aku just nak buat mcm menyewa rumah je, takde personal interaction or gossip hangat ke tolong suggest2 apa2 ke nak avoid la terasa2 simpan dlm hati ni)

Aku fikir dah solve, tp rupanya… aku hanya mampu buat prevention je. Kalau sikap irresponsible and selfish mentality tu ada lagi dlm setiap org, mmg sama je la. Aku dah buat berkali2 angkat sampah berulat si A ni, aku pun dah tak tahu cane nak ngajo dia ni. Aku harap A survive je la hidup dlm sampah berulat nanti. Common sense en sblm tinggalkan rumah, kemas barang2 sendiri? Kalau B buat aku blh terus tegur je, tp B tak buat.

Dua2 A and B ada je progress, A ni masa aku dgn dia je kat rumah getting better, kemas2 tempat sendiri ada je kotor but better sikit la cuma masih tak reti beza kan shared and personal items. Aku tak byk ckp aku harap berkekalan dan meningkat la masa tu, dan aku nampak progress B juga, takde da simpan2 dlm hati skrg. Terus ckp je apa dia nak. Aku ada la rasa kesian kat A sb dia pulak da nak dkt exam. B da buat betul da jugak tak kan aku nak halang. Aku ada remind suruh be tolerant je la. Ni la mungkin apa yg dimaksudkan what goes around comes around? ‘Kama tadiinu tudan’. Seperti mana kau melakukan, seperti itu kau diperlakukan. Aku yakin ni bukan balas2 dendam ni, aku nampak sendiri perubahan, Allah swt maha adil.

Aku mcm A je dulu, B shj kemas rumah. Aku dulu kaki menyepah gak. Tp satu la aku realised, aku open oh bila kena tegur. Aku buat apa yg ditegur, tgk cara org buat.. ajar dulu, then cuba buat sendiri. Adapt the situation, belajar. Aku bukan pandai sendiri, aku tak dengki ke simpan dlm hati. Come on benda kecik2 simple je, bukan suruh terjun bangunan. Aku percaya, benda kecik2 ni la reflection sebenar diri kita. Kalau aku tak leh settle benda kecik, benda besar2 apa tah lagi. Standard kebersihan tu maybe kena reassess, aku tgk kwn aku anak org kaya dgn ramai org gaji pun tahu nak buat kerja kemas2. Mmg semua berbalik pada sikap.

Aku harap memadai la drpd perspective aku. Aku dgr drpd A dan B sendiri then baru aku nilai, aku kalau nak tegur, tegur sendiri tak perlu wakil2. Pandai2 la org lain menilai, since kteorg ni dlm kelompok yg sama aku, A dan B pun ada kwn2 yg sama. Jgn sb hal dlm rumah ni, kwn2 luar jd awkward or take sides. Dgr je, sediakan bahu jgn api2 kan. Niat aku baik, aku nak ngaja jugak. Life is a classroom but if Allah swt tak nak bg taufiq kat seseorg tu, aku blh doa je lambat laun terbuka hati ke apa. Kalau takdir A pindah, aku harap ada perubahan la dlm hidup semua org, tak bawa perangai lama.

PS: Asalnya tulis saje je rant dlm hp bukan nk simpan, tp tgk2 panjang pulak aku tulis syg nak delete, aku rasa aku nak tahu apa pendapat org lain mana apa lagi blh buat, bg motivasi sikit, tu yg bg kat sini. Yg pernah lalui perihal sama mcm mana korg tackle? Thanks pd yg sudi baca

– C kacak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit