Pertama Kali Ahli Keluarga Meninggal

Assalamualaikum semua. Hari ini hari jumaat, aku mendapat berita sedih bahawa pakcik aku telah meninggal dunia di Indonesia.

Kenalkan, aku warganegara Malaysia, mak ayah aku berasal dari Indonesia dan telah migrate ke Malaysia 30 tahun yang lepas. Sebelum ini aku tak pernah kehilangan mana-mana ahli keluarga terdekat, aku cuma pernah dengar kehilangan keluarga orang lain.

Namun pada hari ini, aku terkejut apabila ayah aku kejutkan aku dan beritahu pakcik aku daripada Indonesia telah meninggal, aku bangun terus menuju ke ruang tamu.

Untuk pertama kalinya, aku nampak mak aku meraung, menangis kesedihan sambil memegang dada.

“Ya Allah dia masih muda, Ya Allah sakit dada ni, Ya Allah tolong lah”

Serius aku terkejut sangat, sampai macam tu sekali mak aku menangis dan lebih kurang sejam juga mak aku menangis.

Kakak aku cuba tenangkan mak aku ” Tak apalah mak, pakcik pun meninggal hari jumaat”. Ayah aku pun turut serta ” Ikhlaskan hati dengan pemergian semua daripada Allah”.

Mak aku ” Ya Allah tolong lah kuatkan hati” kuat sangat mak aku menangis.

Hubungan aku dengan pakcik aku tak rapat, yelah dia kan tinggal di Indonesia aku tinggal dekat Malaysia macam mana nak rapat kan?

Tapi sedikit sebanyak aku rasa nak menangis, sedih pertama sebab terkilan tak angkat call pakcik aku waktu dia call mak aku sebab busy tengah menulis dan yang kedua sebab tangisan mak aku membuatkan hati aku sayu dan aku menangis dalam senyap.

Dalam hati aku terus aku berdoa “Ya Allah tolong tarik nyawa mak aku dan ayah aku serentak, jangan tarik nyawa kami dulu sebelum ajal mereka sampai, Aku tak sanggup tengok mak aku menangis meraung sekali lagi macam ni kalau ayah aku atau kami meninggal dulu”.

Entahlah kawan-kawan itu pengalaman aku. Aku sedih dan terkilan tapi aku redha.

– Insan Biasa

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *