Assalamualaikum semua… sy mempunyai seorang anak… baru 8 bulan. Ini adalah pertama kali saya beraya bersama anak kecil. Anak saya jenis yang tak nak pada orang yg dia tak kenal.
Luahan saya di sini simple sahaja. Saya tak tahan dengan orang sekeliling ketika beraya. Saya biasanya akan bagi tahu awal-awal pada orang yg minta untuk ambik dukung anak saya yang anak saya tak mahu pada org yang dia tak kenal. Tapi sy tak paham kenapa orang masih degil nk rampas jugak anak saya dari saya walaupon dah dimaklumkan awal-awal. Memaksa budak kecil tu sampai menangis2 teresak-esak. Bila saya mintak balik untuk dukung tak juga diendahkan. Dibiarkan anak sy menjerit-jerit sampai serak-serak suara.
Situasi yang lain pula yang saya tak faham kenapa masih nak hisap rokok berdekatan dengan anak-anak kecil ini. Tak mengerti lagi kah yang mereka ni sangat fragile?
Berdasarkan situasi di atas ni saya nasihatkan supaya:
1. Kalau budak kecil tak nak kat awak tak payah lah nak rampas-rampas budak tu dari mak dia. Tak perlu nak paksa-paksa budak tu suka awak. Kesian budak tu menangis-nangis kang balik rumah demam pulak budak tu. Berperikemanusiaan sikit jangan nak ingat seronok sendiri saje. Budak tu bukan anak patung.
2. Untuk penghisap rokok tolong pergi merokok jauh-jauh. Tlg jangan jadi pembunuh terutama pada anak-anak kecil.kalau lepas merokok pon tolong elakan pegang budak kecil. Dont worry parents tu pasti akan lebih suka dan lega bila anda tak pegi pegang anak dia.
3. Kalau jumpa budak comel tolong tolong jangan cubit pipi budak tu. Kesian tau. Bayangkan kalau dia pegi beraya jumpa 50 org semua cubit pipi dia. Kesian dia dah hilang kecomelan dia. The worst part is anda mungkin menyebarkan kuman pada si kecil. Balik rumah demam pula dia, kesian kan? Kalau geram sgt pon pegang la tangan or kaki dia please jgn muka dia.
Pendek dan ringkas sahaja luahan saya ni. Harapnya lebih ramai yang buka mata. Lebih ramai yamg beri perhatian. Kasihankan budak kecil yang helpless ni. Semoga anda mengelakan diri dari berbuat demikian dan saya ucapkan terima kasih jika anda peka dan beri perhatian pada masalah ni. Terima kasih banyak-banyak.
– Ibu baby
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit