Pertikaian Halal Haram Dalam Rezeki

Salam geng IIUM Confession. Apa khabar semua? Harapnya semua sihat sejahtera dan bahagia disamping keluarga/orang tersayang.

Aku doakan urusan seharian korang semua berjalan lancar, dimurahkan rezeki walaupun kita dilanda musibah pandemik covid-19 anggaplah ini sebagai ujian kepada kita semua.

Nama aku Goku (bukan nama sebenar). Kalau aku letak nama sebenar habis kakak-kakak bawang kat office tu tau sape aku.

Al maklumlah presiden club katakan, kalau tak bawang sehari tak sah. Tambahan pula, kakak-kakak bawang office aku adalah fans tegar IIUM confession gitew.

Aku bekerja kat sebuah syarikat swasta sebagai junior exec. Syarikat aku ni kira famous amos jugak. Banyak kontroversi uols.

Aku tak nak cerita pasal company aku, maybe kalau aku rajin aku buat confession lain. Kalau rajin lah. Aku nak kecikkan skop, nak cerita pasal perangai pengurus kat office aku.

Pengurus aku ni, aku namakan dia Majin Buu. Kenapa Majin Buu? Sebab Majin Buu ni musuh Goku. Hee. Pengurus aku ni masa baru masuk kerja, Ya Allah baiknya perangai.

Sopan santun, cakap pun baik-baik saja dengan orang. Kalau aku ada kakak, dah lama aku suruh kakak aku ngorat dia masatu. Tapi genk yang indah tu tak berkekalan ye, lama kelamaan dia punya perangai sebenar tu keluar.

Situasi pertama.

Disatu hari yang indah, burung berkicauan, aku sampai office awal pagi. Kebetulan jiran sebelah menyebelah meja pun datang awal, mula laa pagi-pagi diaorang buat ketupat.

Disebabkan takde kerja lagi, jadi kami bersembang. Pengurus aku tiba-tiba dia buat lawatan sambil belajar kat tempat kami, dia suruh genk-genk yang bersembang tadi fokus buat kerja.

Benda yang buat aku panas bila dia persoalkan halal haram gaji kitaorang. Katanya “you guys should know company pay you to do your work. Imagine giving your family money from your haram salary”.

Guys, dia letak hukum halal haram pada gaji kitaorang. Padahal, dia selalu main game kat tempat dia.

Kadang tengok movie, kadang tengok video. Semua tu dia buat masa kerja. Kitaorang tak pernah pertikaikan benda tu. Yang pastinya sejak detik itu, ramai yang tak suka dekat pengurus kami.

Situasi kedua.

Suka marah staff tanpa alasan kukuh/ benda simple.

Contohnya, kalau mood dia tak okay, kau pegi tanya pasal keje jangan harap dia akan jawab elok-elok. Silap-silap muka kau yang kacak tu pun dia tak pandang. Siap pakej kena marah lagi. Alasan dia, dia kena marah dengan higher management.

Yang tu saja dia ulang-ulang sampai kesudah. Yela, kami yang bawahan ni pun dahlah kena bambu ngan higher management, sekali dengan pengurus ni pun nak bambu kitaorang sekali. Stress kot.

Situasi ketiga.

Pengurus aku ni perangai dia tak boleh jangka.

Ada hari tu, dia baik saja dengan kau tapi rupanya baik bersebab. Dia nk korek rahsia sebenarnya. Ada hari pulak, pandang muka kau pun dia tak hingin.

Bahayanya dia ni, kalau dia tahu rahsia-rahsia staf bawah – contohnya, kutuk management ke, dia boleh pegi report guys.

Believe it or not. Dia tikam belakang staff bawahan yang percaya kat dia! Tapi kalau dia marah management berbakul-bakul, kitaorang diam je.

Berdasarkan situasi yang aku kongsikan tadi, aku boleh conclude yang Majin Buu ni maybe dalam kategori attention seeker.

Now kitaorang malas nak layan dia kat office. Dia pun hidup dalam dunia dia, waktu kerja main game habis waktu kerja stay office sebab habiskan keje yang tertangguh.

Kepada semua orang atasan, aku faham korang dulu pernah berada di tempat orang bawahan seperti kami. Aku faham bukan mudah nk mendaki satu persatu tangga untuk mencapai kejayaan seperti sekarang tapi bertimbang rasalah.

Jangan mudah meletakkan hukum haram pada gaji seseorang. Ayat tu memang sangat melukakan hati kami selaku pekerja yang berusaha bertungkus lumus demi syarikat.

Aku sharekan satu quote “There is a difference between being a leader and being a boss. Both are based on authority. A boss demands blind obedience; a leader earns his authority through understanding and trust”.

Aku mintak maaf kalau penceritaan aku mengarut or melalut. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk dari kesilapan diri aku sendiri. Semoga Allah mengampuni dosa kita semua.

– Pekerja Teraniaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *