Pertunangan Yang Kelabu

Kalau confession ini tersiar semoga yang menghadapi bertabah, dan yang sudah menghadapi boleh beri pandangan

Aku ada seorang sepupu yang rapat. Beza umur pun tak jauh. Jadi kami memang selalu berkongsi cerita.

Nak dijadikan cerita dia dah menghampiri ke angka 30, maka apa lagi yang menjadi visi misi hidup dia melainkan KAHWIN. Sepupu aku ni aku bagilah nama dia Miss A.

Miss A ni dah kenal dengan seorang lelaki nak masuk 3 tahun. Lelaki itu muda beberapa tahun dari dia. Waktu mereka berkenalan lelaki itu masih lagi belajar dan Miss A sudah bekerja sebagai penjawat awam.

Pada tahun 2020, Miss A nekad nak kenalkan lelaki itu pada parents dia. Tetapi reaksi ibu dia memang tak senang alasannya sebab lelaki tu belum bekerja.

Nak ditakdirkan pada tahun 2021, lelaki tersebut dah dapat kerja kerajaan. Sepatutnya dah ok la kan. Sebab haritu tak suka atas dasar lelaki tersebut tak bekerja.

Setiap kali keluarga lelaki dan lelaki tu nak jumpa ada sahaja alasan. Ouh time ni dah PKP kan. Satu benda yang pelik tentang ibu dia ni. Kitakan ada PKP yang boleh rentas negeri ada yang tak boleh. Ibu dia selalu

PKP tak boleh rentas negeri – nak jumpa

PKP boleh rentas negeri – tak nak jumpa.

Aku ni selalu juga minta sepupu aku tanya mak kau ada calon lain ke? Takde pula. Haritu sibuk suruh anaknya kahwin, bila anak nak kahwin jadi susah pula.

Tahun 2021 kan ramai dah yang buat tunang online. Jadi Miss A nak buat tunang online saja sebab boleh jimat bajet.

Sebab dia kena tanggung semua sendiri. Iyalah kalau kita buat kenduri kos lagi, nak2 keluarga besar. Aku tanyalah ok ke? Sebab selalu orang tua ni nak ikut adat.

Ouh ye nak tunang pun waktu tu PKP yang tak boleh rentas negeri, maka sampai ke masa tersebut parents dengan lelaki tu belum berjumpa, tetapi sudah pernah video call.

Waktu nak tunang online tu pun mak dia kejap cakap ok kejap cakap tunda. Boleh2 pula, lagi dua hari nak tunang, pelamin semua dah tempah dia cakap nak tunda.

Akhirnya berlangsung juga pertunangan online tersebut dengan jayanya.

Ingatkan bila dah tunang, ok la sikit ibu dia tu kan. Rupanya tak. Nak ditakdirkan seminggu selepas pertunangan online tu, kita dah boleh rentas negeri.

Jadi ibu dia ungkitlah “Itulah tak sabar nak tunang”. Lepas tu mulalah ungkit lelaki tu tak ikut adat lah, lelaki tu tak nak datang jumpa dia lah.

Aku yang dengar pun. Aik kau yang hari tu cakap tak payah datang. Pening-pening.

Ouh ye mak dia ni selalu apa-apa mesti cerita dekat orang, kalau dikira-kira lebih 10 orang la dia cerita. Tiba-tiba dia telefon dia cakap Miss A ni menjatuhkan maruah dialah, dah berubahlah, Tak hormatkan dialah.

Tiba-tiba cakap pasal putus tunang. Aku yang dengar ni pun dah diam dah. Sebab aku ikuti cerita dorang ni daripada awal sampai sekarang. Aku pula yang sakit kepala haha. Tapi pada masa yang sama aku kesian juga dekat dia.

Tapi sepanjang kami membesar Bersama-sama, Miss A dengan mak dia hubungan memang tak rapat pun. Sebab yang aku perhatikan ibu dia suka body shaming sebab dulu Miss A gemuk.

Lepastu, dia rasa Miss A ni tak beri apa-apa benefit pada keluarga tetapi Miss A ni lah dapat straight A SPM dan dapat kerja kerajaan.

Miss A ni pernah cakap dekat aku “Dulukan waktu aku duduk dekat asrama, aku telefon setiap hari dia buat acuh tak acuh saja.

Tapi sekarang, kalau dia lambat angkat call mak dia sikit dah melenting marah, tuduh pergi dating ke apa”

Sampai sekarang pun dia suka bercerita dengan orang-orang, jiran and sanak saudara, yang anak dia ni dah rumah dekat tapi balik pun jarang.

Padahal bila Miss A balik, tak tahulah kalau pembaca dekat sini tahan atau tidak kalau selalu diperli

“Baru nak ingat jalan balik?”

“Tahu pula balik rumah”

“Selalu tak jaga maruah ibu,”

Aku pernah jalan-jalan dengan Miss A ni, Sampai 3 kali ibu dia call. Takut sangat anak dia pergi dating. Setiap kali anak dia nak keluar mesti dia selalu cakap “Tak payah lah keluar, jangan Malukan ibu” Aku pun jammed.

Keluar dengan kawan-kawan pun tak boleh. Sama juga kalau dia keluar dengan kawan dia pun mak dia kejap-kejap call. Yang boleh aku simpulkan mak dia selalu prasangka negatiflah dekat anak dia.

Jadi kalau aku nasihatkan dia mengalah dengan ibu dia, aku rasa kasihan dekat dia juga.

Ni Aku rasa macam diambang putus dah, Miss A siap cakap dengan aku “Kalau tak jadi, biarlah tak payah kahwin sampai ke tua” Huwaaa aku rasa nak menangis. Aku pun dah sedaya upaya menolong.

Miss A pun selalu telefon aku menangis-nangis sekarang. Padahal dulu dia jenis tak mudah menangis. Tak tahu nak tolong macam mana dah.

Tu kalau putus dia nak pergi overseas. Haiyoo.

– Miss Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *