Pertunangan Yang Menghancurkan

Buat admin, syukur dan terima kasih jika cerita coretan ni terpilih untuk disiarkan di laman pembacaan. Pihak kalian sedikit sebanyak membantu untuk aku take into consideration to choose what is my next step. Cerita aku panjang, aku cuba untuk ringkaskan. Aku perlukan nasihat pandangan dalam kalangan readers semua.

Usia pertunangan aku dah mencecah 4 bulan. Dan mengikut perancangan keluarga pihak perempuan majlis akan berlangsung dalam masa 2 bulan lagi. Dan pada ketika ini, aku secara rasminya jobless (menganggur) sejak hari raya.

Tunang aku, bukan orang kenal aku secara full maksud aku semua komitment apa yang aku perlu bayar and tanggung. Apa yang mereka diperlihatkan sekadar impression yang setiap orang akan ada pada mereka yang pernah kerja oversea (seberang tambak je). Once keluarga tahu “oh kerja seberang sana ke, bila dia nak masuk meminang?” sedangkan realitinya hutang komitmen keluarga yang aku ada mereka tak pernah tahu.

Jadi macam mana aku boleh bertunang dengan seorang yang tak kenal aku secara mendalam ni? Entah la. Aku ni bila reflect balik diri sendiri, aku merasakan aku seorang yang tak pandai bersyukur, tak reti menghargai. Kenapa aku simplified macam tu?

Sebab aku tinggalkan seorang gadis yang aku kenal bertahun, yang sanggup susah payah miskin kaya dengan aku (definitely bukan tunang yang sekarang). Aku namakan seorang intan berlian ni sebagai Ain, bukan nama sebenar ya. (bermula sedikit perbandingan selepas ini)

Jadi pada yang persoal kenapa aku tak teruskan dengan Ain? Entah. Aku sayang Ain. Dia kenal aku, faham komitmen aku, kewangan aku. Dah lama menjalinkan hubungan dengan Ain since dia dari zaman belajar sampai lah beliau dah bekerja. Ain, she is a gem yang pada aku dah cukup sempurna as a wife material.

Pada mulanya, ibu aku susah nak suka Ain sebab dia dari negeri pantai timur (cliche but betul still ada yang macam ni). Dan Ain, dia tenang dan tahu ambil hati ibu ayah. Even dia rapat dengan adik beradik aku semua. Dan pada aku, aku taktahu kenapa aku dengan terlalu senang aku tinggalkan dia. Seminggu sebelum pertunangan aku, Ain baru dapat berita yang aku akan bertunang. Aku tahu, Ain sakit. Pedih untuk terima.

Aku pada mulanya cuba mengikut perkembangan dan kesihatan beliau, dia murung, heartbroken semestinya dan macam macam lagi. Aku tahu aku salah dan selfish. Aku buat keputusan tanpa dia, yang selama ni sentiasa ada di waktu aku susah senang jatuh bangun. Dan ye, Ain aku tinggalkan secara memba** buta.

Berbalik pada diri aku, aku rasa sedikit sebanyak impak pertunangan aku ni makin terserlah. Dengan keadaan aku yang jobless sekarang ni, kehulu kehilir mencari kerja, pergi interview sana sini, tapi masih tak ada jawapan.

Ye, ada yang cakap inilah dia ujian dugaan dalam fasa pertunangan. Betul. Tapi bagi aku, ini mungkin lebih kepada balasan atas apa yang aku buat pada Ain. Allah swt mungkin bayar aku cash atas dunia. Majlis aku yang sepatutnya berlangsung lagi 2 bulan ni ditunda oleh pihak sana dengan alasan nak siapkan rumah lah, anak nak sambung study la, etc.

Dan paling aku kecewa bila ibu aku persoalkan sewaktu majlis pertunangan aku yang sepatutnya dihadiri sanak saudara, hanya 2 biji kereta sahaja dari pihak aku, kereta aku dan kereta jiran. Itupun jiran yang menggantikan semua saudara aku.

Ibu aku cakap “majlis kau ni entah la berkat ke tidak. Saudara sendiri pun taknak datang”. Dan family aku terpaksa ikut apa sahaja keputusan dari pihak perempuan. Jadi, apa gunanya perbincangan. Ibu aku dah makin stress fikirkan ni. Aku pulak, jadi macam lembik langsung tak ada kekuatan nak pertahankan keluarga sendiri.

Entah lah. Mungkin pucuk pangkal nya aku taktahu apa hati aku ni nak. Dan aku rasa pertunangan ni langsung tak perlu pun. Tak perlu pun aku tinggalkan Ain sebaliknya perlu aku pertahankan apa yang aku punya yang menjadi penguat aku ketika aku. Hmm

Dan berbalik pada tajuk artikel ni, hmm maaf lah. Aku taktahu tajuk yang sesuai. Aku harapkan readers boleh memberi nasihat tak kisahlah brutal ke tak brutal ke. Sebelum aku akhiri, buat tunang ku dan keluarga, majlis 2 hari berasingan ni banyak makan kos dan saya tak mampu nak tanggung kesemuanya.

Buat ibu, maaf ibu ayah. Duit pencen ibu ayah terpaksa tanggung gubahan hantaran pertunangan haritu. Buat abang aku, maaf abang, pinjam duit untuk beli cincin tunang. Dan akhir sekali buat Ain, maafkan atas segalanya. Andai aku seorang lelaki bertanggungjawab, aku akan ambil kau semula Ain. Tapi aku malu, kau sekarang sudah bekerjaya. Sedangkan aku, masih terkapai.

Betullah kau cakap dulu, datang lah sejuta malaikat sekalipun, kalau aku tak pernah reti bersyukur, sampai mati aku takkan merasa cukup. Buat sesiapa sahaja yang bakal menjadi suami Ain, she is a gem. Take her nicely. Jangan ulang apa yang aku dah buat. Jangan bagi dia sedih 2 kali. Aku menyesal? Ye aku menyesal.

Maaf tajuk tak kena sangat…

– Matredhooo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *