Aku Siti. Pelajar lepasan spm yang kini berusia 18 tahun. Usiaku masih muda, tapi aku telah melangsungkan majlis pertunangan dengan seorang lelaki yang aku beri nama Din (bukan nama sebenar).
Din seorang yang berbadan tegap dan berkulit gelap. Manakala aku pula gadis yang berkulit sawo matang. Manis tu adalah sikit, hehe.
Aku telah mengenali Din sejak 2021 tapi kami hanya sebatas berkawan pada waktu itu. Namun tak lama kemudian kami lost contact.
Oh by the way Din dah berusia hampir 30 tahun. Pada tahun 2023, kami kembali menjalinkan hubungan yang lebih serius dan pada 2024 kami pun bertunang.
Din memang seorang yang baik. Sentiasa layan tekak aku, tak pernah berkasar, tak pernah tinggi suara pada aku dan yang paling penting Din tak pernah berkira soal wang dan tenaga. Tapi ada beberapa perkara yang buatkan aku turn off pada Din.
Din seorang yang suka merajuk tanpa sebab yang munasabah. Orang kedah kata bebai taktahwan hala hahaha. Sebagai contoh, Din akan merajuk bila aku tolak ajakan dia untuk video call.
Tak cukup dengan tu, Din suka spam call aku bila aku lambat rply tetakt dia. Padahal bukannya sampai setengah jam pun aku lambat reply. Dia tiba2 akan cetuskan perang besar cuma sebab aku lambat reply.
I know its not a big issue, tapi aku bukan perempuan yang suka berkepit, chat call vc 24 jam. Dia akan marah bila aku buat something tanpa update dkat dia. Even kalau mandi tak update pun akan naik angin nak merajuk macam budak2.
Din ada satu perangai yang betul2 buat aku rasa menyampah, benci macam2 lah. Aku pernah hampir putuskan pertunangan sebab perangai ni. Perangai mengungkit.
Setiap kali gaduh Din akan ungkit segala duit, tenaga dan benda2 yang dia buat untuk aku.
Tak cukup dengan ungkit bab2 tu, dia ungkit jugak kisah silam aku. Aku dulu buas tapi bukan liar. Dia akan ungkit semua tu. Sampai satu tahap rasa macam dihina.
Din adalah sejenis manusia yang takda sapa boleh lawan dia atau tegur dia. Dia akan buat aku rasa bersalah bila aku marah atau tegur dia.
Dia tak bagi aku berkawan dengan orang ni orang tu. Dia akan guna alasan yang dia tu bakal suami aku so dia boleh atur hidup aku.
Sampai satu tahap aku tak boleh sembang dengan anak sedara lelaki aku, sepupu aku, kawan2 aku sama ada laki atau perempuan. Dia memang cemburu buta. Dia ni macam mamak sikit.
Setiap kali bergaduh, aku akan cuba diam sebab aku tahu bila aku out of control, memang takda belas kesian dah.
Tapi dia tak suka aku diam. Dia nak aku perang dengan dia, lepastu aku yang kena minta maaf dekat dia. Dia tak mahu orang tau perangai dia seburuk ni sebab depan keluarga aku dia lah yang paling baik dalam bumi kedah ni.
Bila aku dah sampai tahap tawar hati, aku tak boleh mintak putus. Dia akan ugut aku guna mak ayah dia. Dia cakap kalau jadi apa2 dekat mak abah dia, aku lah yang kena tanggung.
Mungkin dia ingat aku main2 bila aku mintak putus. Bila aku cakap, aku tak kisah apa pun yang jadi, dia akan merayu aku untuk maafkan dia.
Doakan aku supaya mental aku sihat2 belaka.
Sekian luahan aku..
– Siti (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dik.. tinggalkan dia. Dia bukan org yg baik. Tak berkira celah mana kalau lepas tu dia mengungkit. Lepas tu suka2 playvictim.
Tinggalkan dia segera. Awak hilangkan diri dari radar sekejap. Menyesal dulu tak peZ. Jangan menyesal kemuadian. Tak berguna.
Bimbang kalau dah kawin… awak dan anak2 jadi mangsa. Percayalah.. angkat kaki cepat.
Cuba google dan baca ciri² orang Narcissism. Dari cara awak cerita tu macam ada ciri² tu pada tunang awak.
Red flag dik, lebih baik putuskan & jauhkan diri dari org mcm ni! Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Adik masih muda, perjlnn masih jauh, buatlah alasan putus mcm nak sambung belajar ke, usahakan lah supaya dpt jauh dari org ni.
Take care dek. Don’t lose yourself for someone. It didn’t require that much hardship to be loved and to loved someone if they are the one for you. Kalau dah jodoh semuanya akan dipermudahkan. Insya allah.
Sebelum terrrlambat baiklah putuskan hubungan.Kalau dah kahwin menyesal pun tak guna.Dah nampak sisi gelap tunang adik.Siapa dia nak atur hidup adik sedangkan mak ayah adik sendiri tak buat macam tu.Inikan pula kalau dah kahwin.Memang murung kehidupan awk dik.Kalau awk bagi dia peluang untuk berubah MEMANG DIA TAKKAN BERUBAH.Banyak lagi lelaki yang lebih baik diluar sana.Buat solat istikharah minta petunjukNya.
Narcissistic behavior ni. Banyak symptom dia fit the profile. Boleh merana hidup kalau dah kahwin. Saya tahu sebab sedang lalui tapi terpaksa berlapang dada dan hadap sebab dah ada anak. Bezanya saya lelaki. Nasihat nya satu je, run while you still can. Dia tak boleh control yang umur lebih kurang sebaya, sebab tu dia cari yang muda, anak2 macam awak. Jenis nak buat keputusan sendiri pon takut. Silap2 awak kena diagnose sakit mental pula lepas kahwin.
Dik, putus je tunang, pergi sambung study, dah takyah fikir pasal jodoh lagi k. tunang awak tersangat lah redflag ye, muda lagi jangan kahwin dengan laki tak betul merana hidup
ingat dik, sebab awak terlalu muda, sebab tu dia pilih awak untuk jadi isteri dia, sebab awak masih naif, mudah di injak2, mudah tunduk pada dia. Dunia ni luas, banyak perkara menarik dan orang yg baik2 kat luar sana, carilah kebahagiaan awak sendiri sebab awak terlalu muda, jangan ikat diri dengan perkahwinan dengan lelaki sebegitu, jangan menyesal kemudian hari
Please lari..bila dah kawin ,ni turning back .susah nk tuntut cerai,tmbh lagi bila ada anak .sambung bljr,kalau awak kawin Dan jadi apa2 ,awak boleh survive Dan tak bergantung pada suami .believe me