Salam semua. Aku terpanggil nak cerita kat sini sebab baca confession fara pasal keajaiban perubatan alternatif tu. Aku sendiri pernah mengalami perkara macam tu. Perkara yang menjadi titik tolak penerimaan aku terhadap perubatan alternatif ni.
Masa sekolah rendah, aku selalu tak sihat. Salah satu faktor sebab aku asthma. Dan aku juga kuat bersukan. Jadi aku selalu tak sihat. Sampai satu masa, aku perasan kaki aku, dua dua belah naik lebam lebam. Lepas susut 1, naik 2. Lebam tu macam tak berhenti. Kerap naik. Jadi family aku bawa la aku ke pusat rawatan alternatif ni. Sebab lebam lebam kan. Diorang pikir macam ade benda lain la ni.
Orang yang rawat ni, ustaz. Anak didik seseorang yang agak terkenal. Aku tak nak la mention nama. Tp famous la jugak. Masa tu sekolah rendah, aku ingat ingat sikit la apa yang berlaku masa aku ke sana. Masa sampai ke rumah dia tu, ramai gak orang. So tunggu la turn. Sampai turn aku, dia tanya beberapa perkara tapi aku dah tak ingat sangat. Lepas tu, dia bekalkan sebotol air yang dah dibacakan dan tangkal. Ya, tangkal. Bukan gelang. Tangkal. Aku ingat lagi tangkal tu warna kuning, dari kain dan tengah tengah tu macam dia balut something dalam dia.
Aku bawak balik dan pakai. Family aku pun masa tu first time jumpa orang perubatan alternatif ni dan terimanya je la apa yang dia bagi. Tak berapa tahu sangat. Jadinya aku pakai la tangkal tu seminggu. Seminggu tu jugak, aku tak sedap tidur. Terganggu. Dan selalu rasa tak sedap hati. Rasa macam, diperhatikan. Mula mula aku senyap dari mak aku sebab aku takut mak aku marah aku mengadu macam macam. Ye la dia dah bawak gi berubat kita komplen itu ini. Tapi sebab makin tak sedap hati, dan mengganggu emosi, aku beritahu jugak. Ye la masa tu budak sekolah rendah, takut la jugak kena macam tu.
Nasib baik mak aku tak marah bila aku mengadu. Mungkin mak aku pun tersedar pasal perkara ni. Dia suruh aku buang air yang aku dapat dengan tangkal tu. Tangkal tu, sebelum buang, aku ingat aku nak tengok isi dalam bahagian tengah tu. Nak bukak, tapi langsung tak jadi. Sebab takut kot kot ade benda lain yang melekat dengan aku ke lepas aku buka isi dalam tu. Dahla aku dulu kaki baca Mastika haha.
Selepas tu, family aku memang tak percaya dah perubatan alternatif ni semua. Bukan nak burukkan perubatan ni, tapi sebab dah pernah terkena. Jadi beringat la. Pasal lebam lebam tu, tak lama lepas tu makin susut tapi makan masa jugak. Mungkin sebab faktor aku kuat melasak, biasa la kan naik lebam lebam tu. Masalahnya saudara mara aku, ada beberapa lagi yang masih menjadi peminat tegar rawatan alternatif ni. Sakit sikit cakap kene sampuk. Mengamuk mengamuk pun dia suruh bawak berubat sebab takut kena sampuk setan. Dah mengamuk tu datangnya dari amarah, memangla kerja setan nak melaga lagakan manusia haha.
Tu je nak story. Harap dapat dijadikan iktibar.
– Meow
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit