Pesakit D3pression Dipaksa Bermadu

Hi, saya sekarang duduk depan almari. Melayan sakitnya murung.

Untuk pengetahuan korang, saya dah kahwin dengan suami selama 12 tahun, dan selama 12 tahun jugalah saya dicurangi.

Mungkin saya yang bodoh kerana sentiasa mempercayai suami akan berubah.

Saya kahwin dengan suami atas dasar ingin selamatkan suami, kerana suami bersedudukan dengan perempuan selama 3 tahun dan mendapat 2 orang anak luar nikah.

Dia mengadu tidak mencintai saya, kerana terlanjur ketika mabuk. Dia juga mempunyai seorang anak luar nikah lagi bersama perempuan lain.

Niat saya disitu hanya ingin menyelamatkan.. Ya saya seorang yang sangat dungu.

Selepas beberapa lama kemudian, saya mengandung anak pertama, dan disitulah suami curang dengan “wanita cinta pertamanya”

Buat pengetahuan korang, sampai sekarang saya menjaga dua orang anak luar nikahnya. Sangat tragis, ya saya sangat dungu.

Episod curang berulang kali berlaku, dan berulang kalilah dia berjanji ingin berubah.

Sampai satu tahap, saya mengandung dan saya telah jatuh murung. Kemurungan saya tahap kritikal dan sangat bergantung dengan ubat.

Oh ya, sebelum jatuh murung, saya kerap kerasukan dan sesak dada. Sana sini saya berubat konon ada gangguan benda halus. Rupanya saya cedera dari sudut emosi.

Bila saya sakit, dia tidak ambil peduli. Sampai tahap mahu warded, saya dibiarkan bertiarap merangkak mencari baju sendiri.

Sementara dia baring atas katil sambil bermain henpon. Saya menangis dia keluar rumah.

Saya selalu mengadu bahawa saya sakit, namun seolah-olah tiada kesan dengan dia, sering dicurangi, sementara saya yang menjaga anak-anak kecil.

Saya seorang suri rumah dan mahir dalam berniaga online, Saya sentiasa support dan tiada lansung simpanan kerana semata-mata bantu suami.

Pada bulan September 2021, dia nikah lain, masa tu saya mengandung 4 bulan.

Kerana ketahanan mental saya yang terlalu rapuh, saya pergi ke KL dan menjaga anak-anak sendirian, saya tinggal dengan adik yang bersuami belum ada anak.

Dari mula perkahwinan mereka, saya tidak pernah setuju, dan dia berulang kali bercakap akan tinggalkan perempuan yang baru dia kahwini.

Kerana kesihatan saya tidak mengizinkan untuk bermadu. Dan suami saya tahu, saya boleh memohon fasakh kerana penganiayaan yang dilakukan kepada saya.

Perempuan tu seorang janda anak 3, dan sudah 2 kali berkahwin. Suami saya suami yang ketiga.

Banyak lagi cerita yang menyedihkan..

Sampai saat ini, sudah setahun berlalu, saya hidup bermadu. Keadaan saya tidak pulih, dan sangat bergantung dengan ubat. Sudah 5 tahun saya sakit dan dalam rawatan.

Sedangkan orang normal pun makan hati, apa lagi saya, Saya sering mencederakan diri kerana kemurungan saya sangat sakit, sampai tak tertanggung.

Seperti yang anda ketahui, pesakit deppression sentiasa dan setiap saat merasakan kemurungan di dalam hati.

Saya boleh bergelak ketawa, bercakap normal. Namun saya menanggung sakit kemurungan. Susah untuk saya jelaskan bagaimana sakitnya kemurungan.

Sekarang, anak bongsu saya sudah berumur 10 bulan, dan saya ingin menuntut fasakh.

Namun, suami suruh saya tidak memikirkan pekara ni, dan fokus kepada jualan.

Sungguh hairan, bagaimana dia boleh suruh seorang pesakit deppression untuk tidak memikirkan keadaan saya yang bermadu.

Tambahan lagi, dia ada buka perniagaan di kedai milik suami saya.

Suami saya sekarang mempunyai tanah kawasan bandar. Baru saja keluar geran, kerana arwah bapa suami lama mendirikan warung di situ. Geran itu atas nama suami.

Sangat menyakitkan, perempuan itu berniaga atas tanah yang saya pernah berjual dengan suami, menggunakan modal mak saya.

Dengan alasan kemampuan ekonomi, suami suruh saya terima. Tapi saya sakit??? Macam mana nak terima???

Sekarang dia umpama malaikat, jaga solat dan menjaga saya dengan baik. Dan saya tahu itu hanya trick untuk saya terima hidup bermadu.

Dia mengetahui saya tengah kumpul dokumen untuk tuntutan fasakh.

Saya tahu, tuntutan fasakh, mengambil masa yang lama, apa lagi saya tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk hire peguam.

Duit saya sentiasa masuk, dan sentiasa keluar, semata-mata tolong dia untuk bina kedai atas tanah yang baru sahaja berjaya di pohon.

Pilu hati saya, entah kenapa saya sukar melangkah pergi, sedangkan saya tahu dia seorang yang narsistik. Saya tidak kuat dari segi kewangan, dan tiada rumah lain untuk saya pergi.

Tolonglah… Bagi saya cadangan dan kata-kata semangat untuk saya keluar dari perkahwinan yang saya tidak mampu lalui.

– Si Murung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *