Assalamualaikum admin. Terima kasih sebab sudi publish confession saya.
Saya seorang perempuan yang bekerja di syarikat swasta dan berumur 27 tahun. Saya seorang yang menghidap penyakit major depression semenjak tahun 2003 dan mula follow up dan ambil ubat dengan doktor dari tahun 2008 bila keadaan saya makin teruk.
Untuk masyarakat yang bebas daripada mental illness, saya ingin ucapkan tahniah. Sebab anda semua tak perlu hadapi kata2 dari masyarakat yang anda terkena penyakit ini kononnya disebabkan lemah iman, mengada-ngada dan terlalu ikut emosi.
Ok, sebelum saya bekerja, saya telah melanjutkan pengajian saya di salah sebuah ipta. Untuk pesakit mental illness macam saya ni, ia merupakan situasi yang amat mencabar bagi saya.
Selain itu, saya juga ada menghidap penyakit kanser stage 1 pada tahun 2008. Tapi Alhamdulillah saya dah sembuh sepenuhnya. Sewaktu zaman saya sebagai siswi, disebabkan penyakit saya, saya ditinggalkan oleh bekas kekasih saya. Kononnya mak bekas kekasih saya kata susah nak jaga orang berpenyakit macam saya.
Waktu tu saya betuk2 kecewa dan hanya Allah saja yang tau. Disaat itulah, ada 2 kawan saya yg tidak henti2 bagi sokongan terhadap saya. 2 kawan tersebut adalah kawan yang paling saya sayang sepanjang hidup saya.
Pembelajaran saya juga makin merosot disebabkan penyakit saya. Bila ada group assignment, semua nak elak dari saya. Saya terpaksa survive sendiri. Kelas pun dah tak sama dengan classmate lama sebab banyak subjek yang saya repeat. Kesemua sekali 7 paper yg saya repeat.
Untuk pesakit mental illness, saya berasa susah sangat fokus, lambat pickup dan badan terasa sakit2 untuk pergi ke klas. Untuk pengetahuan semua, saya pernah dapat pointer bawah 2.
Masa pun berlalu, dan berbalik kepada 2 orang kawan yang paling saya sayang tadi, mereka pun dah bekerja. Tapi apa yang paling saya sedih. 2 kawan saya yang paling saya sayang semakin menjauhkan diri daripada saya.
Ini disebabkan oleh penyakit mental illness saya yang makin teruk sampai mereka tidak tahan dengan karenah saya. Kononya saya mengada-ngada, cepat terasa dan lain2. Sebenarnya, orang yang sakit sahaja rasa macamana saya lalui. Sampai salah satu kawan yang saya sayang tu, kahwin pun tak ajak saya. Saya betul2 sedih.
Sekarang Alhamdulillah, saya dah grad dan saya ambil masa dalam 8 tahun jugak untuk menghabiskan pengajian saya. Sekarang aku dah dapat kawal penyakit aku, korang still nak kawan dengan aku tak? Aku betul2 rindu korang ni. Dan akhir sekali, andai aku pergi dulu, aku nak cakap kat korang yang aku betul2 rindu korang sangat2.
– Ms. K
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit