Pesakit, Silalah Faham

Assalamualaikum semua buat warga net dan penduduk Malaysia sekalian.

Sebelum memulakan tulisan ini, izinkan saya perkenalkan diri. Tulisan saya ini bertujuan mendidik bukan hendak menghentam.

Saya seorang doktor yang bertugas di salah satu hospital kerajaan yang selalu di kerumuni ramai manusia. Hampir sedekad saya bertugas di hospital kerajaan.

Boleh dikatakan hampir setiap minit pesakit berpusu – pusu datang seperti rumah terbuka. Yelah, manakan tidak sebab bayar satu ringgit dan banyak kemudahan yang tersedia dan boleh datang bila-bila masa.

Tambahan pula jika ada perjumpaan di klinik pakar, pesakit hanya perlu menghulur 5 ringgit bagi mendapatkan khidmat nasihat dan ubat ubatan susulan dari pakar.

Kami sering dimarahi, diherdik, direndah-rendahkan dan dianggap bagai orang gaji (ini realiti). Kadang-kadang seperti kain lap yang dibasuh berulang-ulang kali. Terlalu hina kami dimata manusia lain.

Kadang-kadang dianggap sebagai kuli dan jika tidak di ikut kehendak pesakit terus dilaporkan ke pihak atasan dan badan-badan disiplin yang lain.

Jadi, sila faham wahai pesakit sekalian.

1. Jika anda “Terasa” seperti demam satu hari dan perlukan cuti disebabkan demam tersebut, sila pergi ke klinik yang berdekatan. Hospital bukan tempat untuk anda minta cuti tanpa sebab.

2. Jika anda terpaksa menunggu dan mengambil masa yang lama untuk bertemu dengan doktor di kecemasan lebih-lebih lagi zon hijau, ingatlah, terdapat ramai lagi pesakit yang lebih kritikal dan perlukan sokongan ubatan bahkan sokongan oksigen di zon kuning dan merah

3. Jika anda disuruh untuk makan ubat, kawal air dan sukat air (bagi pesakit yang mempunyai masalah jantung atau buah pinggang) atau elak bertemu dengan orang sakit lain, sila buat perkara tersebut.

Tujuan hanyalah untuk memberikan kesihatan kepada tubuh badan anda. Bukan untuk dibuat main dan simpan ubat yang berikan buat koleski di peti sejuk dan pekasam.

4. Sekiranya anda hendak membuat saringan kesihatan am, hospital bukan tempatnya. Anda boleh mendapatkan khidmat tersebut di mana – mana klinik yang berhampiran. Sila faham.

5. Jika anda mempunyai darah yang perlu diambil dan dihantar ke makmal, ingatlah bahawa keputusan darah tersebut tidak keluar setelah 5 minit.

Disebabkan pesakit terlalu ramai, kadang – kadang keputusan tersebut mengambil masa hampir 2 jam atau lebih. Sila tunggu bersabar.

6. Jika anda mempunyai sanak saudara yang dihantar ke hospital. Ingatlah bahawa waktu melawat itu terhad. Anda boleh melawat mengikut masa yang ditetapkan.

7. Jika berada di hospital, sila beradab dan tidak meninggikan suara. Ini bukan tempat untuk anda menengking dan bercakap kasar. Sekiranya disuruh rehat dikatil sila berehat. Sekiranya anda sakit, buat cara seperti orang sakit.

8. Jika anda sakit, dan diarahkan untuk kemasukan ke wad, sila fahami dan tunggu kemasukan ke wad. Hampir kebanyakan masa, wad penuh dan dihuni oleh pesakit yang perlu rawatan sehingga 5 hari atau lebih. Jangan buat pandai dan menolak dari kemasukan ke wad.

9. Jika anda di hospital dan perlukan rawatan susulan dan rujukan ke pakar, sila buat diri anda sebagai pesakit. Bukan asyik ulang cakap “Nak balik”. Kemudian tu jalan – jalan dan bersiar-siar dekat hospital macam orang tak sakit. Ingat hospital tu rumah sakit. Bukan tempat bersiar-siar.

10. Jika anda perihatin kepada saudara anda yang sakit, sila tinggalkan nombor telefon yang boleh dihubungi. Bukan tinggalkan mak ayah yang sudah tua yang tak tahu pakai telefon terkapai-kapai cari anak. Hospital bukan pusat jagaan orang tua anda.

11. Jika anda sakit, ketahuilah, ubat perlukan masa untuk bertindak. Bukan bagi ubat 1 minit terus nampak effect. Sila tahu, masa juga adalah ubat.

***nota kaki.

Kadang-kadang masyarakat kita pandang enteng kepada sistem kesihatan yang sedia ada,

Contohnya :

Nak sihat tapi tidak ada life style yang sihat.

Nak perubatan yang tip top dan terbaik, tapi bayaran culas.

Nak sihat tapi kadang-kadang seringgit pun berkira.

Nak sihat segera, tapi tak suka makan ubat. Suka makan ubat tak tentu hala.

Nak sihat tapi percaya cakap bomoh atau dukun asap.

Kalau kita boleh simpan duit untuk pergi bercuti, sila lah juga simpan duit untuk kesihatan sendiri.

Moga tuhan bantu kita semua dan jadi celik untuk kesihatan sendiri.

Sekian bebelan sayang.

– Doktor Cabuk Tapi Perihatin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *