Masa aku sekolah dulu aku takde kawan. Zaman sekolah aku ialah zaman yang tak best pun bagi aku. Tapi kenapa ade orang kata zaman sekolah ialah zaman yg paling best dlm hidup. Bagi aku tak. Aku tak bergaul sangat dgn orang sekeliling. Menyebabkan aku takde kawan. Kawan yg aku ade pulak menyakitkan hati aku.
Aku didiagnos menghidap penyakit skizofernia sewaktu aku berumur 25 tahun. Saat tu dunia aku gelap. Aku sakit. Tapi Tuhan maha penyayang. Walau aku asyik fikir lebih baik aku mati.
Masa zaman sekolah dulu aku gantung tali baju pbsm dekat tingkap dan aku waktu tu sedang membayangkan bahawa aku turut gantung leher aku di situ. Aku rasa nak bunuh diri sebab zaman sekolah aku tak best. Kawan aku cakap bende yg aku tak nak dengar.
Aku tak tahu macam mana aku boleh terkena penyakit skizofernia. Satu penyakit yang kejam, memakan kenikmatan hidup aku satu persatu. Daripada kerja, aktiviti sosial, pergaulan dan pelajaran, semuanya terkesan dgn penyakit skizo. Aku dah ada negatif simptom sejak di bangku sekolah.
Aku gagal berkomunikasi dengan baik dengan orang sekeliling. Aku selalu fikir ade musuh yang ingin menjahanamkan hidup aku sedangkan semua itu tak wujud. Aku selalu rasa ade camera yg tersembunyi yang merakam kehidupan aku. Perasaan negatif simptom tu satu perasaan yang memenjarakan jiwa. Jiwa aku dah dibeli oleh Allah.
Aku sedih sangat dulu bila selalu fikir ade orang yg dengki kpd aku, aku selalu fikir ade orang yg mungkin jatuh cinta kepada aku yg sedang mengintai kehidupan aku melalui hanset dan juga melalui televisyen. Perasaan aku waktu tu sedih dan rasa seperti satu saat yang penuh luka. Jiwa ku sudah dipenjara dengan negatif simptom penyakit skizofernia.
Hari-hari sejak berbelas tahun yg dulu beginilah hidup aku. Kalau boleh aku nak avoid sangat tgok tv jadi aku duduk dlm bilik lama lama. Dulu aku pg lawatan sekolah dengan kawan dan duduk dalam hotel yg ade tv, kawan aku kata kat aku menyesal sbb ajak aku skali. Sebab aku tak reti nak enjoy dan buat dia gembira.
Perkataan enjoy takde maknanya dlm kehidupan aku. Aku faham je remaja zaman sekarang semuanya nak enjoy je. Aku makan ubat hospital sejak positif simptom penyakit skizo wujud dlm kehidupan aku. Sejak itu jugalah negatif simptom mulai hilang. Aku sudah boleh fikir secara rasional yang aku tak memiliki musuh yg tersembunyi.
Suara-suara halus tu sudah hilang dgn ubat hospital. Tapi kadang-kadang suara itu masih dapat memenjarakan aku kedalam dunia alam ghaib. Aku dipaksa utk berkahwin dengan mereka. Aku masih belum sihat sepenuhnya. Dalam seminggu, ade satu hari yang aku rasa sakit. Sakitnya sukar digambar dengan kata-kata.
Aku cemburukan remaja yg sehat walafiat di luar sana. Badan aku ade rasa sakit sbb terkena tactile hallucination. Jin menyakiti tubuh aku sbb aku tak ikut cakap mereka. Sebelum aku makan ubat hospital, aku dengar 10 suara yg berkata-kata kpd aku. Tapi sekarang suara tu dah hilang jd satu suara saja.
Kalau aku amik dos yg tinggi,aku tak dapat tidur sebab ubat tu buat badan aku jadi sakit. Tapi aku sekarang memang bergantung pada ubat buat selama-lamanya. Inilah kisahku pesakit skizo.
Pesakit skizo
– Baiduri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit