Hai semua. Terima kasih team IIUM Confession siarkan artikel aku ini. Aku harap tulisan aku ini boleh jadi amal jariah bila aku meninggalkan dunia nanti.
Biarlah orang tak kenal aku, tapi Allah dan malaikat tahu apa yang aku catat dan share malam ini. Hehe. Kita semua akan mati. Ini sangat dan paling pasti ye.. serius takut. Huhu.
Sejak kebelakangan ni, kita selalu kan dengar berita kematian mengejut, accident, sakit dan macam-macam lagi. Ramai yang muda-muda pulak tu.
Sedar tak sedar, sebenarnya kita dalam barisan yang sedang beratur giliran untuk kembali pulang kepadaNya.. kita aje masih tak sedar kita dalam barisan sebab leka dengan dunia yang fana ini.
Baiklah, kembali pada tajuk asal. Dua perkara tersebut yang aku nak sebutkan ialah Solat dan AlQuran sebenarnya.. Sedikit latar belakang aku.
Aku berusia awal 30an.. bekerja dalam bidang professional yang kononnya sibuk dan jadi frontliner di zaman covid. Jadi, siapakah aku?
Haha.. boleh teka dah tu. Kerja aku merawat pesakit.
Aku dulu sebelum sambung degree, aku pernah menghafaz AlQuran dalam program persijilan. So masa sangat suntuk iaitu setahun setengah untuk habiskan hafalan 30juzuk. Walaupun merangkak, Alhamdulillah aku habis.
Suasana di tempat aku belajar dulu tu sangat best guys. Setiap masa berkepit dengan Quran, hafal hafal hafal dan hafal. Yang dah hafal entah ke mana.. Astaghfirullah.
Tapi tulah, aim persijilan tahfiz memang macam tu.. sebab habis sahaja khatam hafalan akan terus sambung belajar di bidang professional.
So bagi aku.. aku rasa bertuah sangat dengan anugerah perasaan tenang dan tak menyerabutkan bila hidup seharian dengan AlQuran.
Ia sentiasa kuat dalam ingatan dan hatiku meronta-ronta untuk hidup kembali di zaman itu.. which is impossible la kan.
Aku perasan, bila dah pernah melewati umur 20an dan semakin berusia ni, semakin kuat aku rasakan semacam dekat sangat dah dengan mati. Bersediakah aku? Bersediakah kalian?
Aku rasa selama-lamanya kita akan jawab takkan bersedia sebab mati itu sendiri menakutkan dan sakit. Tapi.. kita tak boleh lari pun dari mati dan buat persediaan.
Bab solat. Aku kecewa dengan solat aku. Entahlah.. sangat kecewa dan rasa macam tak diterima sepanjang masa. Dulu masa housemanship, solat cepat-cepat sangat. Yelah, kerja berlambak, solat lama-lama orang cari pulak kan.
Sampailah ke zaman dah habis houseman, sikap cepat-cepat tu semacam tak boleh ubah dah. Susah sangat.
Nak doa lama-lama pun rasa gelisah sahaja lepas solat. Teruk kan? Ada sahaja benda gangguan datang dalam kepala itu ini yang tak pernah selesai. Semacam hilang fokus.
Aku selalu solat dengan anak aku then anak aku pernah tegur ; ehhhh lajunya solat. Tak sempat nak ikut. Aku semacam.. eh, rasa macam biasa je. Dah lah tak khusyuk juga sebenarnya. Astaghfirullah.. terima kasihlah anak ingatkan. Kena lagi..
Jadinya, bab solat ni. Aku nak seru kita semua, jomlah kita baiki selagi ada masa.
Setiap rukun kena belajar bagi sempurna balik.. banyak sangat kelemahan kita sebenarnya. Selagi tak belajar selagi itulah kita perasan sorang solat kita dah bagus.. which is not good sangat tau.
Time solat, letaklah phone jauh-jauh dan silentkan lainlah kalau kau oncall or whatsoever. Banyak sangat bacaan sebelum memulakan solat boleh baca untuk bagi kita khusyuk contoh surah Annas.
Bab bersuci (thaharah) kena lulus, bab wuduk kena lulus dulu.. kalau tak lulus, solat pun tak lulus..
Bayangkan dulu aku tak tahu bila solat, bacaan wajib mesti didengari oleh telinga kita paling kurang. Tak boleh senyap baca dalam hati tau atau gerakkan mulut sahaja. Ya Allah banyaknya salah solat aku yang dulu. Huhu.
Then, kena rasakan bahawa solat itu yang terpaling penting dalam hidup dan boleh jadi yang terakhir. Kerja ke apa, semua takkan habis.
Kena betul-betul jadikan habit, asal azan je terus bangun bergerak ke arah nak dirikan solat. Solat kan amalan pertama Allah tanya dalam kubur nanti. Ada bos pun tak payah nak takut sangat, dia pun manusia yang Allah akan tanya bab solat.
Kita semua sama sahaja.. Bukan Allah tanya bab kerja, pangkat atau harta dulu. Bab solat tu haaaa… berat oi nak jaga solat ni. Tapi mesti kita boleh dirikan solat yang terbaik dari masa ke semasa, itu je kita kena yakin dan pegang kuat-kuat.
Orang yang jaga solat bila masuk waktu ni, sebenarnya automatik orang lain akan nampak ada kemuliaan dan prinsip biarpun tanpa kata-kata atau zahirnya solat itu dibuat dihadapan orang lain.
Allah sentiasa angkat darjat orang yang sentiasa solat awal waktu ni. Tak percaya?
Trylah buat dulu hehe. Rasakanlah ketenangan dan kemuliaannya bila jaga betul-betul solat di awal waktu.
Seterusnya, kena azam paling kurang untuk golongan yang sama macam aku ni, kononnya sibuk pagi-pagi dengan anak-anak sekolah dan kerja, mesti ada satu masa sekali seminggu bawa keluarga ke masjid.
Mula-mula paksa suami pergi masjid paling kurang waktu subuh atau maghrib setiap hari.
Yang family ni bawa hari jumaat pagi pergilah berkampung di masjid beramai-ramai sekejap. Anak-anak akan dapat pengalaman manis dalam bab solat ni.
Percayalah.. bila mereka lost atau dalam masalah, mereka akan tetap solat dan jari jalan yang betul. Siapa yang bertanggungjawab untuk buka jalan ni?
Kitalah ibu bapa yang kena kenalkan anak pada tabiat yang betul dalam solat ni. Awal-awal berat tapi lama-lama akan rasa ringan..
Jika ditakdirkan kita ibu bapa meninggal dunia dahulu, anak-anak inilah akan terus solat dan doakan kita tau. Huhu.
Fuhhh.. panjang dah ni. Bab ke dua ialah Quran pulak. Nak sambungan ke? Haha..
– Puan Mencari Cahaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit