Pesan Buat Hawa

Assalamualaikum dan hai readers.Terima kasih admin(kalau tolong siarkan..nah,muahh setepek..hahaha..).

Aku Nor,kembali lagi dengan confession kali ni untuk berpesan kepada kaum sejantina denganku supaya berhati-hati la eh.Malaysia sekarang ramai sangat pendatang asing.Walaupun ada yang baik,sekadar datang sini nak kerja namun tak dinafikan ada juga yang tak elok.Dalam banyak buah pasti ada yang tak eloknye walaupun sebiji,ye dak?!Harap kejadian ni dapat jadi pengajaran kat semua la.

Dua hari lepas abang aku yang baru bangun tidur selepas balik dari shif kerja malam(bangun untuk solat zohor),sambil duk tunggu orang azan tu dia termenung memerhati keluar dari tingkap bilik dia then dia ternampak la ada sorang mat Bangla ni duk perhati je rumah jiran aku ni(selang 3 buah rumah).Jiran aku ni Cina(anak dia aku panggil amoi and mak dia panggil aunty je),masa tu Aunty ni sorang je dengan cucu dia(umur 8 bulan macam tu) kat rumah.Pintu pagar dan gril dia tutup,hanya pintu je tak tutup.Jiran aku ni suka jemur baju kat luar pagar sebab nak bagi kena cahaya matahari.

Tapi satu kesilapan dia sebab sampai baju yang ‘kecik’ tu pun dia jemur kat luar juga.Back to mat Bangla tadi,aku tak pasti dia sekadar memerhati saja atau dia ada mengambil baju atau baju ‘kecik’ amoi tu.Abang aku tak nampak sangat sebab lindung ngan piring astrok dengan signboard banggol jalan(banggol ke bonggol entahla cam mna ejaan dia ek..huhuu..senang bumper jalan la),muka mat Bangla tu pun tak nampak sangat.Kawasan taman aku duduk ni memang ramai geng dia orang sebab dekat-dekat sini ada kilang.Lorong jalan rumah aku pula memang laluan dia orang la kalau nak ke kedai bawah tu atau nak naik public transport untuk dia orang ke bandar.Abang aku baru je nak buka tingkap nak jerkah tapi mat Bangla tu dah blah.Tak dapat nak buat report polis sebab muka tak nampak pun.

So,pesan aku kat kaum Hawa dan peringatan aku sendiri juga berhati-hati la ye.Yang suka jemur baju tu pastikan jemur baju/seluar ‘adik’ korang kat dalam rumah atau pagar.Elakkan juga jemur baju pada waktu malam sebab banyak juga buruk dari baik yang aku pernah baca la.Bagi yang kerja,mungkin waktu malam la kau nak basuh baju kan?!Apakata kau ubah basuh diawal pagi je.Kalau tak boleh juga ikut suka korang la.Aku nasihatkan aje.huhuu..Bagi yang duk kat rumah sorang tu,tak kisah la suri rumah ke gegadis ke(yang working hours tak sama dengan orang lain) ataupun student yang menyewa luar kolej kediaman universiti,please alert dengan kejiranan korang dan sentiasa alert untuk kunci pagar(kalau boleh manggakan),kunci grill dan pintu ye.Nombor kecemasan pastikan korang tau seperti no. Ketua Rukun Tetangga kat situ,pegawai polis peronda kat situ ke.Ape-ape pun berhati-hatilah ye.Dunia sekarang tak sama dengan dulu.

Ketemu lagi di lain confession.Maaf segala salah silap pada coretan aku kali ni.Chao!

– Nor

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit