Pesan Buat Lelaki Mulut Perempuan

Hai korang. Aku nak share pengalaman aku berhadapan dengan lelaki tapi mulut perempuan a.k.a. abang ipar aku.

Biasanya kita dengar kalau problem ipar duai ni kan, mesti orang akan kata kakak ipar red flag… jarang dapat abang ipar red flag sebab lelaki biasanya cool, tak suka masuk campur urusan orang…

Nasib aku dapat abang ipar yang busy body kalah perempuan.. kaki sindir bini orang tapi hakikatnya bini sendiri pun tak ada lah sempurna sangat.

Abang ipar suka sindir pemakaian aku. Aku ni takda lah kategori free hair, pakai sendat nampak lurah, kain nampak celah paha. Biasa ja. Biasa macam orang biasa. Cuma mungkin dia expect aku ni pakai baju seluar longgar.

Tapi masalahnya, dia yang lebih2 kenapa? Macam lah aku ni bini dia. Dahlah tegur dengan cara menyakitkan hati. Bini kau sendiri video, tudung singkat nampak bentuk t***k ada kat merata tempat. Kenapa kau tak tegur?

Kalau nak ikut islamik sangat, bersolek pun tak boleh bang. Tabarruj namanya.

Bini kau bukan main lagi bersolek. Kenapa tak tegur? Sebab hakikatnya kau sindir orang untuk menyakitkan hati dia. Bukannya kau nak tegur sebab dosa ke apa.

Mungkin sebab kau sendiri tak mampu nk tegur bini kau kan. Sebab tu kau mampu sibuk urusan bini orang sahaja.

Ya… sebab tu lah, bila kau nak buat benda yang bini kau larang… kau siap pesan kat ahli keluarga kau supaya tutup mulut, jangan tercakap benda tu kat bini kau, sebab nanti bini kau bising.

Aku ni bukan macam kau suka lagakan orang laki bini. Cuba bayang kalau aku jadi batu api… hmm… seburuk-buruk perangai aku, tak sampai lagi tahap nak ‘panaskan’ rumah tangga orang macam abang ipar aku tu.

Abang ipar aku pernah sindir aku. Katanya tak berbaloi hantaran mahal, sebab aku tak pandai masak, perangai aku tak semengah. Sampai aku terdiam.

Ehh dia ni kutuk aku ke kutuk bini dia. Sebab mak mertua aku pernah kutuk bini abang ipar depan aku.

“Dia tu memang tak reti nak jaga anak ke? Semua benda suami kena buat.”

Kau rasa? Kalau dah mertua pun kutuk macam tu. Bagus sangat ke bini kau?? Diorang ni duk sekali dengan mertua dulu, tapi dengarnya dah pindah keluar.

Dah kalau keluarga kau helok, bini kau helok. Agak2 kenapa ya pindah keluar. Kenapa tak stay ja satu rumah?

Entahlah, aku pun malas nak ambil tahu hal diorang. Semoga diorang bahagia sampai ke hujung nyawa.

Abang ipar aku ni dah umur 40 tau korang. Kerja… hmm aku tak pernah tahu dia kerja apa. Muka memanjang ada di rumah. Kerja busybody lah kut.

Nasihat aku satu sahaja kepada sesiapa yang bergelar ipar di luar sana. Benci macam mana pun korang dengan bini atau laki adik beradik korang, layanlah dengan elok.

Sebab adik beradik kau yang pilih untuk kahwin dengan mereka. Apa yang kau dengki sangat dengan adik beradik sendiri sampai kau sanggup nak tengok rumah tangga mereka bergolak sebab busuk hati kau.

Hukum karma tu ada. Jangan lupa. Kau duk kata orang perangai tak semengah padahal kau pun sama. Mungkin kau rasa keluarga kau terpaling mulia sampai kau dan adik kau seronok hina orang.

Padahal kau lupa, kau pun ada kurangnya. Dah nama manusia… cuma aib kau… orang tak buka, walau kau seronok duk kutuk orang.

Tambahan: seronok duk label ipar duai tak pandai masuk majlis.

Ada satu soalan untuk manusia macam ni.

Orang yang tak pandai masuk majlis atau majlis kau sebenarnya yang toksik sampai orang tak ingin nak masuk?

Bawa-bawalah renung kelemahan diri dan keluarga juga. Jangan semua benda buruk orang sahaja.

Sekian,

– Lyn (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *