Pesan Kak Chik

Random pesan Kak Chik. Jangan marah aaaa.

Lintas jalanraya jangan lenggang lenggok Mak Munah pergi pasar tau. Jalan tu kereta, motor, bas, lori semuanya laju-laju.

Bila jalan kat sidewalk, jangan jalan horizontal ala-ala power rangers. Kalau laju takpe jugak, ni ala-ala ayu kepit buku lali. Orang belakang nak pintas pun payah.

Buang sampah dalam tong sampah. Bukan tepi tong sampah.

Mak anda bukan orang gaji. Yang lelaki tu pergi tolong sidai / angkat baju ye. Yang perempuan sinsing lengan basuh pinggan / masak. ( or vice versa ). Semua ada tugas. Jangan nak terbongkang atas katil mesej awek / pakwe / bermedia sosial je kerjanya.

Balik kampung menyeronokkan. Tapi jangan bebankan ibu bapa anda . Tunggu ibu / ibu mertua anda memasak untuk anda sekeluarga ?. Anda tunggu makanan dihidangkan atas meja. Amboi amboi amboi. Pampers pakai buang anak-anak jangan ditinggal diceruk bilik air sampai berbau. Bilik yang digunakan tolong kemas seperti sedia kala sebelum kembali ke kediaman anda.

Sila pakai foundation yang sesuai dengan kulit anda. Dikhuatiri muka anda menjadi biru dan ada calitan-calitan putih.

Jaga hak jiran tetangga kerana mereka merupakan orang pertama yang anda minta pertolongan andai berlaku musibah. Jangan halang laluan jalan mereka. Jangan buang sampah dikawasan jiran. Bermanis muka terhadap jiran.JRandom pesan Kak Chik. Jangan marah aaaa. Lintas jalanraya jangan lenggang lenggok Mak Munah pergi pasar tau. Jalan tu kereta, motor, bas, lori semuanya laju-laju.Bila jalan kat sidewalk, jangan jalan horizontal ala-ala power rangers. Kalau laju takpe jugak, ni ala-ala ayu kepit lutut. Orang belakang nak pintas pun payah.Buang sampah dalam tong sampah. Bukan tepi tong sampah.Mak anda bukan orang gaji. Yang lelaki tu pergi tolong sidai / angkat baju ye. Yang perempuan sinsing lengan basuh pinggan / masak. ( or vice versa ). Semua ada tugas. Jangan nak terbongkang atas katil mesej awek / pakwe / bermedia sosial je kerjanya. Balik kampung menyeronokkan. Tapi jangan bebankan ibu bapa anda . Tunggu ibu / ibu mertua anda memasak untuk anda sekeluarga ?. Anda tunggu makanan dihidangkan atas meja. Amboi amboi amboi. Pampers pakai buang anak-anak jangan ditinggal diceruk bilik air sampai berbau. Bilik yang digunakan tolong kemas seperti sedia kala sebelum kembali ke kediaman anda. Sila pakai foundation yang sesuai dengan kulit anda. Dikhuatiri muka anda menjadi biru dan ada calitan-calitan putih.Jaga hak jiran tetangga kerana mereka merupakan orang pertama yang anda minta pertolongan andai berlaku musibah. Jangan halang laluan jalan mereka. Jangan buang sampah dikawasan jiran. Bermanis muka terhadap jiran.

Jauhi dadah. Kesannya membinasa.

Bila ada terkebil-kebil tak tahu nak buat apa ( contoh pertama kali memasuki kelas memandu ), tolong mereka tunjuki arah. Kalau tak tahu, jangan tengok. Buat kawan tu lagi gabra bila banyak mata memerhati.

Penjaga kaunter pertanyaan, bila ditanya jangan jawab sambil lewa / marah / menyengkelkan / sinis /prejudis. Kalau tak, tukar je nama jadi kaunter tak boleh ditanya.

Jangan buang sampah ikut pintu kereta / dari atas bangunan. Kalau tak mampu buat baik, jangan menyusahkan orang.

Ingat rumput di tanah. Jangan hanya terpesona dengan bintang di langit. ( contoh drama pukul 7).

Bila nampak sesuatu yang memalukan terjadi kepada kawan ( contohnya kain dia senteng lepas masuk bilik air), tegur secara sembunyi. Kesian dia nanti tersenteng sampai balik rumah.

Oh ya, seluar senteng atas buku lali a big no untuk yang memakai hijab. Pelik lagi memelikkan.

Bila nampak anak orang lain tantrum, jangan pandang pelik kat ibu bapa mereka. Kita tak tahu puncanya.

Tak nak buat baik sebab nanti takut riak. Assalamualaikum awak, itu pun dah dikira riak tau.

Pakai tudung tutup dada jangan diikat jerut leher. Jangan !.

Berkat tu sikit rasa cukup, banyak boleh diagih-agih. Yang tak berkat tu sikit tak cukup, banyak tak puas. Kak chik terpandang ayat ni dalam Tv Al-Hijrah.

Doa dimakbulkan dalam 3 cara.

1: ALLAH makbulkan ikut yang kita mintak.

2: ALLAH makbulkan ikut kesesuaian kita. Contoh kita sakit , ALLAH makbulkan doa kita sakit sampai tahap tu je. Jadi sakit kita tak jadi makin teruk.

3: ALLAH makbulkan di akhirat kelak. ( kata-kata ustaz dalam rancangan Tanyalah Ustaz ).

– Kak chik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit