Pesan Kepada Anak Muda

Assalamualaikum, dulu saya pernah menulis tentang Ya Kamu Mampu!! (https://iiumc.com/ya-kamu-mampu/).

Ramai yang komen menyokong dan ada yang katakan kisah ni tak betul tak logik menyimpan untuk beli tanah dan rumah cash.

Selepas saya jatuh muflis saya kerja kedai makan je.

20 tahun saya pakai kereta saga lama walaupun saya ada kemampuan nak tukar kereta tetapi saya tak tukar sebab saya ada matlamat, matlamat saya nak beli tanah dan dirikan rumah atas tanah saya.

Gaji saya tak besar bermula dengan RM400 hingga naik EM1200 sebulan. Naik sebab saya belajar menjadi tukang masak, dari pelayan ke tukang masak.

Perniagaan dadih saya pun semakin hari semakin baik, dari 1 kedai yang saya letak dadih hingga lebih 50 kedai sekarang. Pendapatannya Alhamdulillah.

Isteri saya pun bermodalkan RM40 jual jamu2 kampung hingga hari ni puluhan ribu sebulan.

Hasil duit yang saya kumpul dari tahun ke tahun bertambah. Tahun pertama mungkin RM1k, tahun 90an RM1k dah banyak. Tahun seterusnya bertambah, bertambah dan bertambah.

Selama 20 tahun lebih saya menyimpan akhirnya dapat beli tanah dan dirikan rumah. Saya mampu lakukan anda semua juga mampu!!

Tips untuk berjaya kumpul duit dan hidup tanpa hutang yang pertama, tahan nafsu pakai apa yang ada jika ada motor bawa motor ke tempat kerja, jika ada kereta bawa kereta.

Kumpul duit sikit beli cash kereta second hand janji sampai tujuan jangan bernafsu ikat hutang beli kereta baru.

Buat bisness kecil2, hasil jangna dijoli tetapi dijadikan modal untuk besarkan perniagaan. Ya mula2 kamu tak akan nampak untung tapi bila dah mula berkembang hasilnya akan datang mencurah2.

Fikirkan perniagaan yang mampu kamu buat dalam keadaan kekangan masa kerja kamu. Uruskan perniagaan sebaik mungkin.

Upgrade diri dengan ilmu, jangan bertahun2 jadi pelayan je. Belajar memasak, sekarang macam2 medium boleh kamu gunakan untuk upgrade diri dalam bidang masing2.

Saya dulu selepas kerja salin semua resepi2 dari tukang masak, cuba masak dirumah. Bila tak jadi minta tips dari tukang masak, cuba lagi dan lagi sampai berjaya.

Akhir sekali jangan lupakan ibu bapa, jangan lupa sedekah kepada yang memerlukan sebab sedekah ni la yang melengkapkan usaha kita dan dengan izin Allah rezeki akan dilipat kali gandakan.

Anak2 saya semua saya tak ajar berhutang dan hidup sederhana.

Pesan saya pada anak2, muda2 ni jangan tambah komitmen, jangan beli kereta baru cukup sekadar sampai tujuan, jangan takut nak maintain kereta lama upgradekan diri belajar sikit baiki kereta,

Kos hantar baiki lagi sikit dari kos beli kereta baru, jangan ikut trend beli telefon mahal2 sekadar untuk menunjuk.

Pakaian cukup sekadar menutup aurat dengan sempurna tak perlu bermewah2 walaupun dengan alasan menutup aurat cukup dengan tudung pasar malam janji sampai tujuan.

Kumpul duit untuk tujuan dan matlamat yang lebih penting. Jangan sesekali berhutang dengan bank.

Belajar untuk besederhana, jangan takut hinaan orang, jangan bermegah dengan pujian. Orang hanya puji sekejap je yang merana kamu lah yang terpaksa bayar bulan2.

Saya mampu lakukan, kamu juga mampu. Usaha sebaik mungkin dan tawakkal kepada Allah. Oh ya lagi 1. Tips untuk mulakan perniagaan, jual barang keperluan bukan barang aksesori.

InsyaaAllah akan cepat laku dan bila dah nama keperluan orang akan sentiasa cari nak atau tidak terpaksa beli sebab ianya keperluan.

Saya doakan kamu semua berjaya. Ya kamu mampu!!!

– Iman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *