Pesan Mami Millenium

Semoga Yang Maha Esa melimpahkan rahmatNya berlipat kali ganda buat kita dalam bulan yang penuh barakah ini.

Mami ingin berkongsi tips dan nasihat buat bakal-bakal isteri dalam memilih pasangan, suami dan bakal ketua keluarga. Nasihat ini mohon jangan diambil ringan, lebih-lebih lagi buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga pada zaman yang serba mencabar ni.

Mudah-mudahan, nasihat yang bakal Mami berikan ini, menjadi manfaat yang penuh kebaikan buat combi-combi sekalian. Mami tak mahu bakal-bakal graduan yang naif menimpa nasib yang sama macam kes-kes penceraian yang Mami handle sebagai kaunselor. Tak sama macam program ijazah, nasihat mami ni bukan korang boleh dapat kat dalam dewan kuliah atau public lectures. Ia berdasarkan pengalaman Mami, teman-teman dan pengalaman Mami bekerja bagi kaunseling kat pasangan yang failkan penceraian.

Baiklah Mami ingin ringkaskan petua cari suami macam ni:

1. Bab Salam Perkenalan

Kalau bakal suami yang tak pernah kita jumpa, berusahalah untuk kenal hati budi dahulu. Pada zaman kita ini, terlalu ramai spoiled brats yang malas bekerja, mengharapkan sumber rezeki dari isteri untuk menampung pendapatan. Lebih-lebih lagi bagi ‘jantan’ yang taraf pendidikannya agak rendah, selepas beberapa tahun malah mungkin tahun pertama kahwin dah mula buat perangai malas kerja. Ikut statistik kat pejabat Mami, perangai sebenar suami akan timbul dan penceraian biasa berlaku ketika isteri sedang mengandung. Kenapa? Hubby dah tak boleh lari dari tanggungjawab lagi. Manakan tidak, masa belajar dulu dah malas, kena pula bekerja pakai kudrat (kena tolong buat macam-macam kat rumah) lagilah menjadi-jadi sikap malasnya nak cari rezki. Simptomnya kerap menukar pekerjaan dan tak pernah buat part time jobs melebihi 3 bulan.

Ramai juga isteri yang terperangkap dengan suami yang menampilkan imej ala-ala ustaz dan ayat pikap line yang mencairkan but at the end, mereka ni pandai berlakon dan bercakap saja. Sedangkan ikut Islam, tanggungjawab cari rezeki dan bagi nafkah adalah suami. Tapi apa yg terjadi zaman ni, boleh pulak kaum lelaki memilih cari calon isteri dengan mengharap kriteria yg punya kareer stabil, pendidikan tinggi..sedangkan makan duit perempuan tu haram kalau istri tak redha.So, kalau itu target bakal hubby korang, bolehlah friendzone kan mereka dulu.

Lagi satu paling penting kita nak kena selidik, adakah bakal suami kita tu ada masalah psikologi. Contohnya family background dia ada penceraian ke tak. Ada yang jenis kahwin cerai ni dibuat macam tukar sport rim kereta saja. So, kalau dah terjebak bukan senang nak patah balik. Cuma ada 3 kali jer peluang menggegarkan arasy (talak) jadi kenal masak-masak latarbelakang bakal hubby korang. Jangan kena kaki pukul. Penagih Syabu , kaki dera ni semua kalau muka tak hensem, skill mengayat dia memang lain macam. Kesian pula mat skema yang dah la tak pandai bagi pikap line, muka pun xleh “pegi”.

Jangan terpengaruh dengan dakyah ‘bercinta lepas kahwin’. Silap haribulan, kena bakal hubby korang yang perangai yang tak senonoh, kuat berkepit bawah ketiak mak. Sikit-sikit nak tanya mak, tak ada prinsip hidup, senang kena hasut, habis punah rumahtangga korang. Memang syurga bawah tapak kaki ibu, tapi syurga isteri pula bawah tanggungjawab suami. Jauhilah menumpang rumah mertua lepas kahwin. Binalah istana sendiri walaupun rumah setinggan sekalipun.

2. Sekufu (sama taraf)

Ada sebabnya perkara ini dititik-beratkan dalam ugama. Berbeza dengan kaum lelaki yang boleh pilih calon isteri dengan kufu yang lebih rendah. Latar-belakang seseorang tu yang berlainan boleh menyebabkan timbulnya banyak salah faham dalam pergaulan. Kalau korang memang background anak orang berada, pinggan mangkuk semua embok bibik tolong cucikan, sampah tuala wanita semua pembantu rumah tolong kutip, janganlah nak cuba nak tiru cerita hindustan, sanggup nak berkahwin dengan seseorang yang pendapatannya cukup-cukup makan, familinya kais pagi makan pagi. Cinta tu takkan buatkan korang kenyang, bidaah je kalau yang mengharapkan selepas kahwin nanti ekonomi akan berkembang melimpah-ruah atas asbab kasih-sayang. Tapi jangan sesekali korang merendah-rendahkan maruah sesiapapun. Sebab dunia kita ni berputar. Masalahnya kalau terlalu jauh perbzeaan kufu nanti korang pula akan terseksa atau menyeksa bakal ‘somi’ dengan permintaan yang macam-macam. Sedangkan bagi korang permintaan korang tu memang basic gila.

ii. Sekufu tahap pemikiran

Setidak-tidaknya, cari pasangan yang sama tahap education atau yang tak terlalu jauh sangat. Cara mereka (bakal somi) menilai duniawi dan menyelesaikan masalah kehidupan ni bergantung kepada cara asuhan keluarga (kalau baik, insha allah) , pengalaman hidup , pengaruh persekitaran macam kawan-kawan, media sosial dan lain-lain. Banyak kes para isteri tak boleh ‘brain’ / terima cara hubby settle masalah macam takder duit pegi pinjam Ahlong, tak cukup duit jual harta pusaka beli dadah syabu, jual anak sendiri, kebodohan ini semuanya yang akan berakhir dengan penceraian. Orang yang kurang pendidikan ni sangat lah mudahnya kena pengaruh kawan-kawan. Dalam banyak kes penceraian yang Mami handle kan, ramai juga suami yang tinggalkan isteri dan curang dengan skandal yang baru kenal dari media sosial macam WeChat, FB dan lain-lain. Para suami yang curang ni biasanya cuai tentang risiko penyakit kelamin berjangkit yang boleh merosak dirinya sendiri atau isterinya pula. Bahkan, banyak juga kes yang mana isteri terjebak kena Aids padahal suami penampilannya kalah ustaz dengan gaya alim ulamak semua cukup. Tips akak, dalam hal ni selalulah periksa pasport suami anda. Ramai rakyat Malaysia mendapatkan pelacor di Indonesia, Thailand dan Vietnam sebab now everybody can fly yer.

3. Jangan Jadi Desperado Sanggup Terima Siapa Saja

Kalau korang tak percaya dengan akak ni, sila luangkan masa baca FB Kisah Rumah Tangga. Banyak kes isteri yang mengadu mengalami penderitaan pasal ‘somi’ mereka sampai tahap menyesal berkahwin. Seolah-olah macam kena rantai seperti hamba abdi pun ado. Masa akak bertugas jadi kaunselor, paling teruk ada yang meraung-raung mintak tolong agar dapat keluar dari alam perkahwinan masing-masing dan yang labelkan ‘hidup dah macam neraka’..setiap hari gaduh, setiap hari dapat penendang, kena maki dan caci dengan kata-kata yang sangat-sangat keji, sangat -sangat hina dan tak sangka keluar dari mulut ‘somi’ yang sepatutnya korang sayang , yang patutnya membela kaum isteri masing-masing dengan belaian penuh kasih sayang.Ya, masa zaman berdating dulu kemain pijak semut tak mati, bagi nasihat dah macam imam muda bagai. Bila dah kahwin barulah jelas perangai masing-masing.

Berusahalah untuk benar-benar kenal siapa bakal calon suami korang. Janganlah mudah sangat menerima seseorang dalam hidup korang. Seboleh-bolehnya korang tanam lah rasa curiga setiap ‘stranger’ yang korang baharu kenal. Zaman ni terlalu ramailah kaki pembohong dan conman. Kahwin sebab nak pergunakan isteri untuk bayar hutang piutang, sebabkan isteri jadi bangkrap dengan jadi penjamin loan bank. Janganlah korang jadi bodoh sebab cinta sanggup buat pinjaman untuk kereta ‘somi’, hutang peribadi then bagi duit kat dia konon nak berniaga dan macam-macam sebab lagi. Sekali nama kita kena blacklist sebab hutang, nak dapat kerja apa pun tak boleh dah. Esok bila dah jadi macam tu, ‘somi’ korang pon cabut dan ceraikan korang dan biarkan terkontang-kanting dengan anak-anak..So,JANGAN SESEKALI BUAT HUTANG ATAU JADI PENJAMIN untuk orang selain diri sendiri. Sedangkan mak bapak korang pun jarang korang belanja, nikan pula ‘somi’ yang tak tentu hala arahnya.

Bukan semua orang ditakdirkan untuk berkahwin. Biarlah jadi andartu sekalipun, kadangkala ia lebih baik daripada hidup dalam neraka dunia ni dik. Jagalah mak ayah, buat harta atas nama sendiri, belajar setinggi yang mungkin dan bina kareer sekukuh yang mungkin. Education dan career tulah yang akan bawa kita ke mana-mana kalau langit dah menjadi gelap gelita. Dalam dunia ni, kemungkinan besar hanyalah mak ayah dan adik beradik saja yang sayang kita dengan ikhlas. Bila nanti adik-adik dah mengembang saiz XXL, kembang sana sini lepas beranak, leher hitam, keti berkerak sebab alahan dan sebagainya, masa tu adik tahulah sejauh mana ikhlasnya encik ‘somi’ korang.Jangan terpengaruh dengan telenovela cinta karut dalam tv tu, konon-konon hubby loaded gila bawak kereta mewah, rumah banglo bagai..korang cek dulu dah berapa bulan kereta tu tak bayar, kad kredit dah santak sampai tahap mana. Kalau ikut statistik KWSP, tak sampai 5% daripada semua golongan yang bekerja dalam Malaysia ni yang ada pendapatan lebih daripada RM3,000 sebulan. So korang congaklah sendiri berapa ramai rakyat Malaysia yang terjebak dengan hutang kereta dan kad kredit yang melampaui tahap pendapatan masing-masing. Banyak yang ada sekarang ni muflis pada usia yang sangat muda.

4. Kemampuan Seksualiti

Akak faham yang kebanyakan korang ingat benda ni remeh temeh. Tambahan pula yang background pendidikan konon ala Islamic lah sangat. Tapi kalau ikut realiti, sebab penceraian paling paling utama No.1 adalah suami tak ‘mampu’ memberi nafkah batin pada isteri masing-masing. Kalaulah ditimpa nasib malang dengan suami yang dahlah tak pernah mampu hulur nafkah zahir, nafkah ni pon dia gagal, maka memang sangat teruklah suasana rumah tangga jadinya. Bagi yang tak pernah kahwin, penyeksaan seorang isteri yang tak dapat memenuhi tuntutan rohaninya akibat kegagalan suami adalah sangat dhoif, sangat menyiksa jiwa mereka. So, siasat juga lah adakah bakal suami anda punya keluarga yang jumlah familinya setakat beranak tunggal, pernah alami kemalangan jalanraya yang melibatkan anggota bawah badan atau biasa terdedah dengan bahan-bahan kimia di kilang industri, oil n gas dan sebagainya. Senang kata kalau tak subur tu, boleh bergaduh sahaja jadinya setiap hari.

Dengan ini, berakhirlah bahagian pertama syarahan Mami buat graduan muslimah dan mereka-mereka yang ingin membaca dan mendapatkan iktibar. Insha Allah semoga memperoleh manfaat bagi mereka yang benar-benar ingin mengetahui realiti sebenar rumahtangga pada masa ini.

– Mami Milenium

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit